Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

RAKYAT LUAR BANDAR PERLU MEMBUDAYAKAN MINDA DALAM MEREBUT PELUANG EKONOMI




LAHAD DATU : Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, sikap membudayakan minda untuk didedahkan maklumat dan peluang-peluang ekonomi di kawasan sekitar menjadi asas utama rakyat luar bandar membebaskan diri dari kepompong kemiskinan.


Katanya, amalan itu bukan saja mendidik individu dan masyarakat merubah sikap ke arah kemajuan, tetapi membolehkan mereka memahami peluang-peluang ekonomi bersesesuaian untuk dilaksanakan.


“ Sebaliknya sikap yang gemar mengakui kelemahan tanpa menunjukkan usaha dan minat merubah diri, turut mengundang kepada keumunduran setempat yang akhirnya membantut usaha kerajaan membangun rakyat, manakala golongan sasar itu terus terpinggir dan ketinggalan,” katanya.
Berucap merasmikan Kursus Peningkatan Minda Insan Peringkat Daserah Kinabatangan tiga hari di sebuah hotel di sini, Saddi yang juga Pengerusi PNG Innovation Limited, sebuah syarikat pelaburan Yayasan Sabah, berkata, amalan buruk itu wajib disingkirkan untuk kemajuan negara khususnya di Dun Sukau.


Kursus itu merupakan anjuran Pusat Tuisyen Sri Saujana yang di pengerusikan oleh Haji Husain Permual dengan kerjasama Felcra Training Consultancy Bhd yang merupakan penaja program ini, pertama disertai lebih 40 orang Ketua Isirumah Rakyat Termiskin (KIRT) mewakili masyarakat Dun Sukau dan Kinabatangan.


Kata Saddi, Kursus bersifat motivasi anjuran kerjasama pihak terlibat itu hanya menyediakan pendekatan-pendekatan tertentu bagi membolehkan masyarakat KIRT itu terdedah terhadap peluang ekonomi di sekitar mereka.


Tetapi yang paling berkesan, katanya, apabila masyarakat itu sendiri mempunyai kekuatan minda dan pengetahuan untuk menerokai bidang-bidang ekonomi yang membawa keuntungan jangka panjang dan memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar.


Pemilikan ijazah saja, kata Saddi, belum menjamin seseorang itu mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi jika mereka tidak mempunyai pengetahuan serta pengelaman terhadap peluang yang dicaburi.


“ itu sebabnya ingin saya tegaskan di sini jika pihak penganjur kursus hari ini dapat menyelami peluang-peluang yang boleh disediakan selepas kursus ini. Demikian juga peserta yang terlibat mampu melakukan sesuatu yangt terbaik sesuai dengan matlamat kursus ini,” katanya.


Menurut Saddi, empat bidang ekonomi utama yang wujud di Sukau melibatkan bidang perladangan, pelancongan, perikanan dan pasaran runcit yang kesemuanya masih memerlukan penyertaan serta nilai tambah yang tinggi dari kalangan rakyat.


Bagaimanapun, katanya, sebahagian daripada peluang-peluang itu telah dicaburi masyarakat peniaga luar dan kebijaksanaan serta kepekaan rakyat diperlukan demi kebaikan mereka, berasaskan tanggungjawab dan sokongan dan bantuan yang boleh diberikan kerajaan.


Dengan menyatakan penghargaan kepada pihak penganjur terutamanya Felcra sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan pusat, Saddi menegaskan, beliau terus mengharapkan banyak pihak bersedia memberikan sumbangan dalam menyediakan kursus pemantapan minda dan kemahiran kepada rakyat di kawasan Sukau.


Jika usaha seumpama itu terus diperhebatkan, ianya akan memberikan pelbagai impak yang besar ke arah kemajuan kawasan Sukau yang turut dirancangkan kerajaan dan beliau.


“ Lebih-lebih dengan kesediaan kerajaan negeri dan persekutuan menyediakan peruntukan besar dalam Bajet Negeri dan Persekutuan 2009, sudah tentu kita tidak harus lepaskan peluang ini untuk kemajuan Sukau,” katanya dengan menambah beersedia melakukan perhatian yang terdaya untuk kebaikan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan