Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Hanya tinggal papan tanda..!?



Selepas Majlis Perasmian Lebuhraya PAN Borneo di Lahad Datu saya sempat singgah di Kampung Paris 3, Sukau. meninjau Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) System Retikulasi tahun 2015 Negeri Sabah (KKLW ) Zon 4hb Bermula Dari 11hb Dis 2015 dan dijangka siap pada 11 Jun 2016. 

Namun, apa yang peliknya projek ini belum pun bermula, ramai penduduk bertanya apakah status projek ini adakah projek ini terbangkalai atau projek ini terlibat dengan dalam kes rasuah yang melibatkan mantan pengarah & timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah baru-baru ini atau projek ini 

Ada "signboard" tetapi tuntutan projek ini sudah di bayar kepada pihak kontraktor.. Jabatan air minta tolong lah bila kah rakyat dapat menikmati bekalan air bersih ini yang telah dinanti-nantikan oleh penduduk sekian lama. Jangan jatuhkan hukuman kepada rakyat yang tak bersalah untuk sama-sama menikmati erti kemerdekaan..

Tahniah PM..




Majlis Pelancaran Lebuhraya PAN Borneo Sabah, membina jalan pintas Lahad Datu dirasmikan oleh YAB DSP Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di SMK Sepagaya, Lahad datu, Sabah. Yang turut dihadiri YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPD 3/2016




Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di bilik mesyuarat Bougainvilla, Hotel Promenade Kota Kinabalu..

Usahawan pemangkin kemajuan ekonomi Kinabatangan



Majlis pelancaran Dashboard Komuniti Dan Keusahawanan Peringkat Daerah Kinabatangan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan petang tadi.

Sempena lawatan kerja Pesuruhjaya Polis Sabah



Lawatan kerja Pesuruhjaya Polis Sabah Y.Bhg Datuk Abdul Rashid Haji Harun ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan pada 13.12.2016

Mercu tanda Pekan Baharu Sukau hampir siap




Lawatan singkat untuk meninjau perkembangan pembinaan Masjid Tun Juhar di Pekan Sukau. Alhamdulilah.. Sudah hampir siap dan boleh kita gunakan tidak berapa lama lagi. Dengan adanya masjid ini Akan bertambah berkat lagi lah keujudan pekan baharu Sukau kerana kita memulakannya dengan dakwah & kemuliaan Allah S.W.T.

Program merapatkan silaturahim waris Andi Matajang






Berkesempatan menghadiri Majlis Perhimpunan waris Imam Abdulrahim Bin Andi Laiha Bin Andi Matajang yang menghimpunkan satu rumpun keluarga yang besar Imam Abdulrahim yang terdiri Dari keluarga: 

1. Haji Zakaria

2. Haji Omarmaya

3. Yahya

4. Haji Abdulrahman

5. Sulaiman

6. Haji Amirbek

7. Amirshah

8. Haji Amirbak

9. Norhimah

Alhamdulilah..Program ini berjaya menyatupadukan & suai kenal legasi cucu cicit keluarga ini..Insha Allah majlis ini akan diteruskan pada masa akan datang...

Sekitar PAU 2016




Kenangan sempena Perhimpunan Agong UMNO 2016, semoga UMNO akan terus kukuh dalam menjuarai pembelaan rakyat di bumi bertuah ini.

Belia pewaris kepimpinan negara



Pagi ini hadir di Seminar Memperkasa Kepimpinan Belia dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah. Di Dewan Sri Libaran Sandakan..

Bajet 2017 : Rakyat Dijiwai, Kemakmuran Dinikmati"



Baru sebentar tadi yang dikasihi YAB DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Sabah selesai membentangkan Rang Undang Undang Enakmen Perbekalan 2017 atau bajet Negeri 2017 di Dewan Undangan Negari Sabah, Yang bertemakan "Rakyat Dijiwai, Kemakmuran Dinikmati" insyaAllah saya akan turut membahas bajet ini Pada hari selasa 22hb. Nov, 2016.

Semoga dipermudahkan urusan berhubung Skim Pekebuh Kecil


Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Skim Pekebun Kecil Daerah kinabatangan 1/2016 yang di pengerusikan oleh saudara Saat Durasit Juru ukur Daerah sandakan/PPHT kinabatangan. Alhamdulilah banyak masalah hal pemilikan tanah skim ini dapat diselasaikan

Alhamdulillah...


Hari ini saya menerima draft laporan akhir cadangan untuk mengujudkan Pusat Pentadbiran Daerah Baru (Daerah kecil) bagi kawasan DUN N. 48 Sukau, Kinabatangan menjelang tahun 2020 daripada Institute for Development Studies Sabah (IDS). Saya akan meneliti draft ini sebelum dimuktamadkan oleh pihak IDS & Kementerian Pembangunan Luar bandar Sabah untuk dibentangkan kabinet & Kerajaan Negeri Sabah. Kepada Rakyat DUN Sukau marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar cadangan ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya.

Syabas RT Daerah Kinabatangan




Malam ini meluangkan masa merasmikan Program Malam Penghargaan Kawasan Rukun Tetangga Daerah Kinabatangan 2016 yang turut dihadiri oleh Puan Delin Liet Blaun Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Sabah.

Pelan strategik dirangka untuk kampung pesisir







Hari ini mengetuai lawatan kerja sehari bersama seramai 25 pegawai kerajaan negeri dan persekutuan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Ag. supain, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ke 15 buah kampung persisiran pantai di bawah pentadbiran MPS.. Alhamdulilah kita telah bersetuju untuk merangka satu plan strategik untuk membangun kampung-kampung yang terlibat dan akan dibentangkan kepada jawatankuasa khas untuk pertimbangan kerajaan.

Telus dan proaktif tangani masalah rakyat - Saddi




Hari ini YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman telah menyerahkan watikah perlantikan kepada PJKKK kawasan DUN N48 Sukau dalam sebuah majlis sederhana bertempat di Conference Room, Airport Golf Driving Range, Batu 7 Sandakan.
Majlis dwi tahunan ini telah dihadiri oleh seramai 42 orang pengerusi-pengerusi JKKK dari kampung-kampung di dalam kawasan DUN yang beliau wakili.
Dalam ucapannya antara lain YB Datuk Saddi melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua JKKK yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di kampung masing-masing.
Beliau seterusnya berharap agar JKKK yang telah dilantik sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan serta sentiasa peka terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Pada majlis ini juga beliau menyeru kakitangan UPPM Sukau agar berperanan lebih pro-aktif, lebih sensitif dengan masalah rakyat yang disampaikan oleh JKKK dari segala sudut dan aspek. Beliau menekankan bahawa tiada kompromi dalam konteks menangani isu dan masalah rakyat.

Agenda baharu Korporasi Pembangunan Desa Sabah




Alhamdulillah.. Selepas selasai sehari lawatan ke Taman Agroteknologi Mardi & pengusaha-pengusaha tanaman strawberry, sebentar tadi baharu selasai mempengerusikan Mesyuarat Khas 1/2016 BOD Korporasi Pembangunan Desa Sabah di meeting room Century Pines Hotel Resort, Cameron Highlands, Pahang DM.

Meninjau penanaman strawberry di Cameron Highlands



Lawatan kerja sambil belajar ke Taman Agroteknologi Mardi di Cameron Highlands, Pahang D.M oleh Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD). Dalam perancangan, KPD berminat untuk venture dalam penanaman strawberry di Kundasang untuk menjadi strawberry, produuk baru Agro pelancongan di sabah.


Sehari di Kinabatangan..



Pada sebelah pagi menghadiri Majlis Perasmian Karnival Tani 2016 Fakuliti Pertanian Lestari, Transformasi Teknologi Pertanian Untuk Perniagaan (UMS), dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah. 
Tengah hari, merasmikan Majlis Reunion Mega 2016, Mantan Pelajar SMK Bukit Garam Sesi 1986 - 1990 di Dewan Sri Lamag Kinabatangan. 
Jam 3 petang bergegas pula ke Kg Buang Sayang, Suan Lamba bagi melancarkan sepak mula Temasya Liga Bola Sepak 9 Sebelah peringkat Mukim Suan Lamba.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan kudrat dan iradatNya saya dapat meluangkan masa bagi ketiga-tiga program ini.

Majlis Perasmian Kursus Mega eUsahawan peringkat daerah Sandakan


Kelmarin saya telah merasmikan Kursus eUsahawan di Sri lamag kinabatangan. Hari ini saya menghadiri majlis perasmian yang sama iaitu Kursus Mega eUsahawan anjuran bersama oleh Yayasan Sabah, MDEC, Amanah Ikhtiar & Majlis Perbandaran Sandakan. Yang di rasmikan oleh YAB Datuk seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di Dewan Sri Libaran, Sandakan. Alhamdulillah penyertaan Amat mengelakan Dari para belia Lebih 90% adalah beliawanis ini menunjukan kesedaran belia dalam menjana ekonomi sampingan melalui digital ekonomi amat tinggi. Tahniah MDEC.

Syabas Yayasan Sabah Zon Timur...



Alhamdulillah...hari ini dapat meluangkan masa merasmikan Kursus eUsahawan yang telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Timur di Dewan Sri Lamag Kinabatangn. Saya merasa kagum dengan dominasi penyertaan oleh kaum hawa amat menggalakkan. Syabas kepada peserta dan tahniah kepada penganjur.

"UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH"



Merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 1438H / 2016M. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada En Arisin Aripin (mantan Pegawai Daerah Kinabatangan) yang telah terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Daerah Kinabatangan 2016. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Akademi Tahsin Negeri Sabah yang telah memilih saya selaku Penasihat 2 akademi tersebut.

"UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH"

Majlis Korban Berkelompok 2016/1437H



Hari ini telah berlangsung “Majlis Korban Berkelompok 2016/1437H”  di Kg Gomantong Jaya Bersama  YB Datuk Saddi Haji ABdul Rahman, ADUN N48 Sukau merangkap Pengerusi KPD Sabah.

Dalam ucapannya YB Datuk Saddi mengingatkan, serta mengajak masyarakat agar dapat menghayati ibadah korban bukan sahaja pada setiap datangnya 10 zulhijjah, akan tetapi diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagaimana tuntutan dalam agama islam. Sehubungan itu, beliau mengucakan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang telah mengusahakan program majlis korban berkelompok ini dengan jayanya dan seterusnya mengajak seluruh JKKK agar dapat meningkatkan kerjasama dengan masyarakat di kampung masing2 untuk mengadakan program seumpamanya di masa akan datang. Majlis dianjurkan bersama oleh JKKK Kg Gomantong Jaya, JK Masjid Nur Iman Kg Gomantong Jaya dan KRT Kg Gomantong Jaya.

Selamat Menyambut Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Sabah 2016



Hadir di Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Sabah Dan road to maha tahun 2016. Disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di Dewan Sri putatan, putatan. Yang menarik perhatian Saya, salah satu penarima anugerah high achiever dari Kg Paris, Kinabatangan. Sdra Abdul Latif Bin Hamzah PJKKK Kg Paris 3, Tahniah!

Suasana Pelancaran Tamu Mingguan Pekan Sukau




Alhamdulillah…hari ini saya merasmikan Pelancaran Tamu Mingguan Pekan Sukau yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) bertempat di Dataran Tamu Pekan Sukau. Saya amat teruja dengan sambutan dan penyertaan peniaga-peniaga serta pengunjung yang amat menggalakkan, dan sungguh ia di luar jangkaan saya. Berkesempatan beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung, saya amat berharap agar kehadiran pada hari ini dijadikan sebagai pemangkin untuk meneruskan aktiviti ekonomi seumpamanya di minggu-minggu akan datang. Saya yakin dan percaya dengan bermulanya urusniaga tamu pada hari ini, ianya akan sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan penduduk…Insya Allah.


Syabas dan tahniah! Saya ucapkan kepada semua yang terlibat mengusahakan dan menjayakan program ini.

Sempat menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon 5 Sabah





Semoga Mesyuarat Perwakilan UMNO khasnya UMNO Zon 5 sentiasa dalam keadaan harmoni dan bersatu. Sesungguhnya parti UMNO adalah parti kesejahteraan rakyat, negara kita Malaysia yang tercinta dibawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Najib Tun Abdul Razak, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.