Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

AL - FATIHAH


Sedang menunggu jenazah saudara Kassim Bin Sanggi dirumahnya di Bukit Garam, Kinabatangan. Dia buka saja sahabat tapi keluarga tempat membincang masa depan Sukau & Kinabatangan. Saya amat merasai pemergiannya. Ya Allah ampun kan dosa nya & tempat dia bersama orang yang engkau rahmati & kasihi. Alfatihah.. Aameen.

Semoga tabah menghadapi dugaan






Pagi ini menarima khabar musibah dan perasaan sedih dari pjkkk Kg Manggaris Batu Putih rumah kebakaran melibatkan 2 keluarga di Kg Paris 1. Pn Maimun Binti Kahar dan saudara Yusof bin Awang Banjir. Saya telah melawat kedua dua ahli keluarga pagi ini untuk menyampaikan bantuan peribadi dan kerjaan yg akan di berikan kemudian, saya mohon supaya pegawai Daerah kinabatangan & pejabat kebajikan mengambil tindakan segara untuk membantu kedua dua mangsa. Muda2an mereka tabah..

Sumbangan untuk SMK Sukau, Kinabatangan


YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, menyampaikan sumbangan kerusi plastik kepada guru SMK Sukau dipejabat UPPM N.48 Sukau, Bandar Labuk Jaya Batu 7 Sandakan.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPD Dis 2017




SANDAKAN 20 Dis 2017

Mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di Sabah Hotel Sandakan pagi tadi. Alhamdulilah idea saya untuk pelan Rasionalisasi telah diluluskan oleh jemaah lembaga pengarah dalam mesyuarat yang lalu. Kita mahu KPD bangkit daripada menanggung kerugian yang berterusan. Kita berharap pengurus besar yang baharu boleh melakukan pelan Rasionalisasi ini dengan jayanya & melihat hasil yang posotif pada suku ke-2 tahun 2018.

1800 pelajar terima manfaat Program CSR KPD - Saddi









SANDAKAN 19 Dis 2017 :  

Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, salah sebuah daripada agensi milik kerajaan negeri akan terus meningkatkan peranan dalam membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat yang kini dibebankan dengan kos kehidupan yang tinggi, kata Pengerusinya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Katanya, selain memberikan peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang dicaburi badan berkaitan kerajaan (GLC) itu, pelbagai sumbangan seperti memberikan bantuan awal persekolahan serta aktiviti kebajikan lain terus diaktifkan KPD di bawah Program Sosial Korporat (CSR) agensi itu.

“ Kita juga sedang mengembangkan pemberian bantuan-bantuan CSR ini kepada kawasan-kawasan  Bandar dan luar Bandar seperti sumbangan awal persekolahan kepada pelajar di kawasan Dun Sungei Sibuga hari ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kepada 1,800 pelajar rendah dan menengah dalam kawasan DUN Sukau di bawah Program CSR KPD Sabah,  di Dewan Masyarakat Sandakan pada Isnin. Program itu disempornakan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman 

Al-Fatihah..



KOTA KINABALU 05 Dis 2017

Hari ini Kenduri Tahlil untuk Almarhumah Pn. Rahimah Hj. Yunus di Pejabat Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah merangkap ADUN N.48 Sukau. Memohon kepada semua sahabat, ahli keluarga serta kawan-kawan semua, Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada almarhumah Pn. Rahimah hj. Yunus yang juga Setiausaha Pej kepada Pengerusi KPD Sabah YB Datuk Saddi Hj Abd Rahman.. Al-Fatihah

Sesi bersama Belia Kg Paris






PARIS III  03 Dis 2017

Paris 4X4 Challenger anjuran bersama kelab belia Paris dan kelab permotoran diesel Sabah dirasmikan oleh YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman Adun N.48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD).