Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

1800 pelajar terima manfaat Program CSR KPD - Saddi









SANDAKAN 19 Dis 2017 :  

Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, salah sebuah daripada agensi milik kerajaan negeri akan terus meningkatkan peranan dalam membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat yang kini dibebankan dengan kos kehidupan yang tinggi, kata Pengerusinya, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Katanya, selain memberikan peluang kepada rakyat untuk terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang dicaburi badan berkaitan kerajaan (GLC) itu, pelbagai sumbangan seperti memberikan bantuan awal persekolahan serta aktiviti kebajikan lain terus diaktifkan KPD di bawah Program Sosial Korporat (CSR) agensi itu.

“ Kita juga sedang mengembangkan pemberian bantuan-bantuan CSR ini kepada kawasan-kawasan  Bandar dan luar Bandar seperti sumbangan awal persekolahan kepada pelajar di kawasan Dun Sungei Sibuga hari ini, “ katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucaptamanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kepada 1,800 pelajar rendah dan menengah dalam kawasan DUN Sukau di bawah Program CSR KPD Sabah,  di Dewan Masyarakat Sandakan pada Isnin. Program itu disempornakan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman 

Saddi berkata, pemberian bantuan di bawah CSR agensi itu merupakan aktiviti tahunan KPD, seiring dengan seranan yang pernah disarankan oleh Tan Sri Musa kepada semua badan GLC di Sabah demi untuk meringankan beban rakyat yang terus memerlukan pembelaan daripada pada semua pihak.

 “ Jadi jangan dengar cakap-cakap kosong daripada rakyat bahawa kerajaan tidak memberikan perhatian dan pembelaan kepada golongan yang memerlukan. Terutama,  kononnya kalangan rakyat yang sedang dibebani oleh GST (Cukai Perkhidmatan Barangan) yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan.

Saddi menegaskan, kenaikan harga barangan adalah berpunca daripada sikap peniaga yang sengaja mencari untung dan membalakangi peraturan serta syarat yang dikenakan pihak kerajaan.

“ Maka yang menjadi sasaran oleh pihak pembangkang ialah kerajaan. Mereka berusaha memburuk-burukkan kerajaan terutama dalam usaha mereka memenangi hati rakyat dalam menghadapi kempen PRU 14 yang menjelang tiba...Bagaimanapun tidak semua rakyat kini percaya akan dakyah-dakyah dan pembohongan ini,” katanya.

Sambil menzahirkan ungkapan, “ Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang memberi kita merasa,” Saddi berkata, pemberian bantuan awal persekolahan itu sebagai tanda terima kasih kepada sokongan yang terus diberikan rakyat dalam mempertahankan kekuatan kerajaan Barisan Nasional (BN) di kawasan Dun Sukau.

Dengan melebarkan sumbangan bantuan KPD ke kawasan lain, kata Saddi, nilai bantuan itu akan terus ditingkatkan nilai dan jumlahnya menerusi keuntungan yang terus meningkat dapat diraih oleh anak-anak syarikat milik KPD dalam pelbagai bidang pelaburan.

“ Selagi saya diberikan tanggungjawab menaruji kepimpinan badan GLC seperti KPD ini, maka sumbangan seperti ini akan terus kita tingkatkan demi untuk kebaikan rakyat yang memerlukan pembelaan,” katanya.

 Tan Sri Musa ketika memberikan ucapan perasmian memberikan jaminan bahawa bantuan kepada rakyat di negeri menerusi badan-badan GLC di Sabah akan terus dilaksanakan di bawah komitmen kerajaan BN Sabah, selagi diberikan mandat oleh rakyat negeri ini.

“ Pihak pembangkang, apalagi mereka yang merupakan kalangan yang kecewa akan sanggup berbuat apa saja, termasuk becakap bohong dan berjanji kosong untuk memberikan keyakinan kepada rakyat.

“ Namun saya yakin, rakyat Sabah sudah faham taktik politik ini. Maka jangan berikan layanan kepada mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mendekati pengundi sebelum memperdayakan mereka, “ katanya.