Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PROGRAM SEPAKAT BISTARI ANJURAN JABATAN PENERANGAN SABAH





Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman mengingatkan rakyat agar tidak ‘mengadai’ masa depan semata-mata sanggup menerima momokan pihak pembangkang untuk mendapatkan simpati mereka menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Beliau menegaskan, rakyat di kawasan luar bandar bukan saja perlu berkerja keras untuk merebut peluang bagi mencapai aspirasi dan matlamat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus berusaha menyediakan program pembangunan berterusan terutama di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10) .


“ Tetapi bersikap teguh mempertahankan kedudukan kerajaan dengan memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak akan kemampuan kerajaan BN dalam peranannya membela dan memajukan rakyat menuju wawasan Sabah sebagai negeri maju di tahun 2015 dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara maju di tahun 2020,” katanya.


Berucap melancarkan Program Sepakat Bistari anjuran Jabatan Penerangan Sabah peringkat Daerah Kinabatangan di Dataran GDW Kampung Sukau di sini, Saddi berkata, tindak tanduk pembangkang memesongkan pemikiran rakyat termasuklah berkaitan isu kebengkarapan yang kononnya di hadapi negara pada tahun 2019 sekiranya terus menanggung pelbagai keperluan subsidi rakyat, Saddi berkata,


“ Ini adalah isu yang diputarbelitkan pembangang selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala memberi taklimat keada pegawai-pegawai kerajaan berhubung bebanan kerajaan yang terus menangung pelbagai subsidi sekian lama.


“ Tetapi tidaklah membawa maksud bahawa kerajaan akan bangkrap. Kerana kerajaan mempunyai kemampuan dan perancangan ekonomi yang terbaik sehingga berupaya menyediakan peruntukan RM230 bilion untuk menampung pembangunan infrastuktur di seluruh negara dalam RMK10 yang akan brmula awal tahun depan,” katanya.


Bagaimana, kata Saddi, sebuah kerajaan yang kuat seperti BN boleh menghadapi masalah kewangan yang besar sedangkan ianya mempunyai anggaran pendapatan tahunan yang terus meningkat, dibuktikan dengan prestasi ekonominya yang bertambah meningkat dalam kelompok 10 negara terbaik di dunia setakat ini, diumumkan sendiri oleh pihak pakar kewangan antarabangsa.


Dalam konteks menuju sebuah negeri maju, kata Saddi, Dun Sukau sebagai salah satu kawasan luar bandar turut berpeluang mengganjakkan peluang ekonominya dengan mengujudkan Pekan Baru Sukau yang pelan pembangunannya sudahpun diluluskan kerajaan negeri, diumumkan pada Persidangan Dewan Undngan Negeri lepas.


Turut hadir pada majlis itu ialah Encik Harun Madasa mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Penolong Pegawai Daerah, Madinin Zinin yang mewakili Abdul Latif Kandok, Pegawai Penerangan Daerah, Majin Amping dan Pengerusi Komuniti Bistari Kampung Sukau, Haji Mohd Noh Karong, PKR Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman yang mengetuai pimpinan masyarakat kawsan dalam Dun Sukau dan Pengeusi JKKK kampung itu, Azahari Haji Ranggon


Saddi berkata, kewujudan Pekan Baru Sukau dengan Majlis Pecah Tanah tapak tersebut yang dijangka dilakukan Ketua Menteri Sabah sendiri, Datuk Seri Musa Haji Aman brpotensi menjadi flatform kpada kerajaan negeri mengstrukturkan semula pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan dan Pejabat Daerah Kinabatangan yang sebelum ini terbahagi dua termasuk berkongsi peranan dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam memberikan khidmat kepada seluruh rakyat kawasan Dun Sukau.


“ Tinggal lagi, dengan adanya sebuah pekan baru yang amat strategic kedudukannya ke arah mengurbanisasikan Dun Sukau ini, terpulang kepada rakyat setempat samada sudah bersedia merebut peluang sosioekonomi dan pembangunan yang bakal tersedia ini,” katanya.


Tegas wakil rakyat itu, adalah amat tepat sekali Jabatan Penerangan Sabah mengadakan program Sepakat Bistari di kawasan itu dalam konteks mengimarahkan rakyat dengan maklumat berkaitan persekitaran pembangunan, .dasar-dasar kerajaan serta peranan yang sedang dan dilakukan keajaan negeri dan pusat, dalam konteks perpaduan berbilang bangsa serta perbezaan agama yang pelbagai, ke arah memenuhi matlamat Gagasan Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Kata Saddi, usaha mengimpunkan rakyat menerusi program-program pameran olej jabatan-jabatan kerajaan, ditambah dengan keceriaan mengadakan sukan rakyat dan pentas hiburan akan memperlihatkan peranan sebenar Jabatan Penerangan menjayakan tanggungjawabnya dalam ‘melestarikan maklumat serta kemampanan pembangunan negara secara holistik’ di bawah gagasan negara, dicetuskan Perdana Mentei, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


“ Saya sendiri menyarankan jika program bersifat pendidikan dan kefahaman seperti ini terus diadakan setiap tahun di kawasan ini, apalagi dngan melibatkan penyertaan rakyat yang lebih besar supaya tingkat kefahaman mereka tidak lagi dapat dipersoalkan serta dipergodak-gadikkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.


Wakil Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Harun Madasa dalam ucapannya memberitahu, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang dua hari program itu dijalankan yang melibatkan penyertaan golongan muda dan dewasa kea rah mencapai matlamat penganjuran itu.

MAJLIS PENANGGUHAN JUARA RAKYAT DI SUAN LAMBA LANUT,SUKAU.

Saddi sedang memeberi ucapan
Saddi tertarik dengan salah satu hasil kraftangan masyarakat Suan Lamba Lanut sambil disaksikan Napsah & Abd Rahman.

Saddi menerima cenderahati daripada Datuk Dayang Napsah selepas merasmikan Majlis Penangguhan Juara Rakyat di Suan Lamba Lanut, sambil disaksikan Datuk Abdul Rahman dan Pangiran Damsah.


SUKAU:


Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, beliau mempunyai malamat mengembalikan semula keceriaan penduduk Kampung Suan Lamba Lanut di sini, sebagai sebahagian program merancakkan pertumbuhan ekonomi di persekitaran Pekan Baru Sukau.

Untuk itu, katanya, beliau akan sedaya upaya melayani permintaan penduduk seperti kemudahan bekalan air, menaiktaraf jalanraya serta pusat pertemuan masyarakat di kampong itu, diikuti usaha menjayakan bidang ekonomi.

“ Kesemua permintaan ini akan saya sampaikan kepada pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Bagaimanapun kemudahan bekalan air sudahpun dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) menerusi rancangan penyaluran bekalan itu secara berperingkat di seluruh Dun Sukau.

“ Tetapi kita amat serius terhadap menaiktaraf jalan ke kawasan ini, selain langkah menyediakan program ekonomi yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Majlis Penanguhan Program Juara Rakyat di kawasan Suan Lamba anjuran Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Kinabatangan d Padang Kampung Suan Lamba Lanut di sini.

Turut hadir serta menyampaikan ucapan pada majlis itu ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno Kinabtangan, Datuk Napsah Bin Datuk Seri Panglima Pangiran Mohd Galpan dan adik beliau Datuk Abdul Rahman selaku Pengerusi Umno Zon Suan Lamba.
Saddi berkata, beliau amat tertarik dengan cadangan penduduk agar sebahagian dari tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) yang sudah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit diperuntukkan kepada penduduk Suan Lamba yang tidak memiiliki tanah, sebagaimana dilakukan agensi kerajaan negeri itu melalui pengujudan skim-skim peneroka di seluruh negeri.

Katanya, kalau rancangan itu boleh berlaku ia akan mengembalikan keyakinan penduduk kembali ke kawasan ini untuk memulakan penghidupan baru bersama sebahagian lagi yang masih bertahan.

Katanya, pada awal tahun 70an, kawasan Suan Lamba Lanut diiktiraf sebagai kawasan terpenting dalam Dun Sukau dan Parlimen Kinabatangan kerana disinilah terletaknya kediaman pemimpin yang mendapat kepercayaan kerajaan Parti Usno, Allahyarham Datuk Pangiran Mohd Ghalpam Bin Pangiran Indar yang berperanan memimpin serta menjayakan beberapa program ekonomi rakyat di Kinabatangan.

Keadaan kawasan itu, kata Saddi, berubah bermula dari pertukaran tampuk kerajaan dan ia terus terpinggir apabila hasil mahsul penduduk terutamanya kegiatan mengutip sarang burung di Gua Gumantong tidak lagi dikuasai oleh masyarakat tempatan.

“ Saya berpendapat kegemilangan ini boleh dikembalikan dengan kesediaan penduduk untuk meningkatkan lagi kerjasama dan kesatuan terutama dalam memajukan kawasan ini dalam pelbagai keperluan sebagaimana saya maksudkan, “ katanya.

Kata Saddi lagi, cadangannya mengujudkan Pekan Baru di kawasan Kampung Sukau yang sudah diluluskan kerajaan bakal memberikan impak besar kepada program sosioekonomi penduduk Suan Lamba kerana kedudukannya yang masih hampir dengan pekan itu.
“ Setidak-tidaknya pekan ini bakal menjadi tumpuan penduduk dalam mendapatkan keperluan serta memasarkan hasil ekonomi dan sebagainya. Ia iikuti tugas-tugas mendapatkan khidmat kerajaan kerana kedudukannya yang juga berpotensi sebagai pusat pentadbiran baru daerah Kinabatangan,” katanya lagi.

Beliau akan berusaha menyampaikan cadangan ekonomi penduduk kepada kerajaan, selain membantu menyalurkan peruntukan pembangunan infrastruktur penduduk di bawah peranannya.

Yang lebih penting, tegas Saddi, rakyat di kawasan itu mempergunakan segala peluang yang ada disediakan kerajaan, selain menjadikan program jurara rakyat itu membolehkan mereka mendapat maklumat, ruang dan meningkatkan kerjasama merealisasikan kemajuan yang diharapkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi parti Umno.

Dalam satu dialog bersama penduduk, Saddi bersedia mempertimbangkan permohonan mengujudkan dewan serbaguna di kampong itu.

Selesai.

YB SADDI MERASMIKAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM DAERAH KINABATANGAN

Saddi bersama-sama Abd latif & Hj hamidin Radin pada majlis perasmian Festival Kesenian Islam dibagunan Serbaguna Sri Lamag, Bukit Garam.
Saddi menerima cenderahati daripada Abdul Latif selepas merasmikan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Kinabatangan.


KINABATANGAN:

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kesenian Islam mampu mentarbiahkan ummah dengan sejarah dan pencapaian menyeluruh tamadun Islam untuk terus menjadi agama yang unggul yang dihormati di merata sejagat .
Katanya, menerusi bidang kesenian Islam sepeti festival nasyid, marhaban, berjanji dan sebagainya membolehkan setiap individu muslim mengenali, seterusnya menghayati ajaran Islam dengan mengakui akan kebesaran Allah Swt, diikuti kemaksuman Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w serta Al-Quran yang diturunkan sebagai panduan ummah.
“ Tinggal hanya kita perlu memperbaiki setiap penganjuran menjayakan program-program festival kesenian Islam ini agar ianya mampu hidup dan segar di peringkat akar umbi, seiring dengan mesejnya dapat diterima dan diikuti seluruh ummah, tidak terkecuali kawasan Kinaabatangan ini,” katanya.
Berucap merasmikan Festival Kesenian Islam Peringkat Daerah Kinabatangan di Dewan Serbaguna Bukit Garam di sini, Saddi menegaskan, kelangsungan mengimarahkan kegiatan kesenian Islam yang bermula sejak Zaman Khalifah Al- Rashidin sebagai sebahagian kegiatan dakwah terhadap keagungan Islam itu, satu pendekatan mentranformasikan bentuk ‘penyampaiannya sesuai dengan tuntutan persekitaran dalam mengetengahkan imej Islam hari ini.
“ Persepsi dan tuntutan ini seharusnya diterjemahkan secara lebih berkesan, kita perlu merenung kembali akan bagaimana keupayaan umat Islam di bawah zaman keagungan Islam itu memerintah dan berkembang sehingga lebih 780 tahun, bermula dari tanah suci Mekah hingga ke negara-negara eropah di negara Andalusia (Sepanyol).
“ Hari ini, sesudah kejatuhan kerajaan Islam, kita sedar kegiatan kesenian ini bukan saja terus menjadi alat untuk menyatukan ummah serta meningkatkan ilmu, tetapi berfungsi dalam meletakkan Islam di negara ini sebagai asas untuk memperkasakan bidang-bidang ekonomi bersepadu, berpandukan ajaran Islam sebenar,” katanya
Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, masyarakat Islam di kawasan ini juga mempunyai banyak ruang dan peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan mereka, dengan aktif dan terlibat menjayakan program-program dakwah anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah (Jahiens) dan agensi-agensi kerajaan yang diper tanggungjawabkan.
“ Saya berharap dengan aktiviti seperti hari ini mampu akan memberikan kesedaran dan kekuatan baru kepada kita bukan saja untuk memberikan dorongan kepada anak-anak dan masyarakat akan faedah program ini. Tetapi juga memberikan sumbangan yang boleh menjayakan aktiviti ini agar sampai ke matlamat yang disasarkan,” katanya.
Menyatakan penghargaan kepada Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif kandok serta Jaheins kerana mempastikan penganjuran festival itu dianjurkan setiap tahun di daerah ini, Saddi berharap, program itu akan lebih menarik minat masyarakat seluruh umat Islam di Kinabatangan pada penganjurannya di tahun depan.

“Saya bukan saja mengharapkan jika program ini turut dapat di adakan di kawasan Dun Sukau, tetapi turut memberikan kerjasama yang diperlukan demi untuk mencapai matlamat penganjuran ini,” katanya.
Selesai.