Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Adun Sukau melawat mangsa kebakaran di Kg Sukau

Saddi menberikan kata-kata semangat kepada Pn Muhimmah sambil diperhatikan oleh para pemimpin kampung
Menyaksikan rumah yang musnah dijilat api sambil dijelaskan oleh salah seorang anak mangsa kebakaran tersebut
Saddi menyampaikan sumbangan kepada Muhimmah Binti Arbi 
Saddi beri sumbangan yang sama kepada Husir Singgong
Dua rumah berjiran musnah dijilat api dalam kejadian di Kampung Sukau malam Jumaat
Sebahagian daripada saki baki rumah yang hangus terbakar


Dua buah rumah kediaman berhampiran yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada tengah malam Jumaat lepas di Kampung Sukau di sini telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Kedua-dua kediaman itu yang dimiliki pengusaha homestay, Husir Bin Singgong serta  jirannya, Puan Muhimmah Arbi , 50an telah mendapat sumbangan  peralatan membina semula kediaman, diikuti pakaian orang dewasa serta kelengkapan anak-anak sekolah sebagai ihsan kerajaan Barisan Nasional

Sebagai tanda simpati, wakil rakyat itu turut menghulurkan sumbangan wang tunai peribadi  beliau bagi meringankan lagi beban yang sedang ditanggung oleh kedua-dua keluarga akibat kejadian tersebut.

“ Saya juga sedang memerhatikan perkembangan kedua keluarga ini. Jika ada keperluan tambahan, kita sedia pertimbangkannya demi kebaikan mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan  ke atas kejadian itu pada Jumaat.

Turut bersama-sama beliau turun padang menunjukkan simpati ialah isterinya, Datin Noraidah Jambri dan para pemimpin kampung.

Pada tengah malam jumaat. Kedua-dua  keluarga terlibat mengalami keadaan ‘sehelai sepinggang apabila kediaman mereka yang dibina lebih  20 tahun lalu musnah dijilat api pada kebakaran yang bermula pada kira-kira pukul 12.30 malam.

Difahamkan, ekoran belum beroperasinya kemudahan Pejabat Operasi Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Daerah di daerah Kinabangan yang masih dalam pembinaan, kebakaran itu yang hanya mengambil masa kurang sejam itu gagal dipadam  kerana api merebak begitu cepat.

Keadaan tersebut hampir merebak ke bangunan sekolah rendah berhampiran tetapi cuba dihalang oleh penduduk sekitar yang mendengar jeritan mangsa terlibat. Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut beberapa orang mangsa, kebakaran itu  dipercayai berpunca  daripada litar pintas. Bagaimanapun punca sebenar kebakaran serta kos kerugian kedua-dua rumah terlibat masih lagi disiasat.

Saddi ketika menemui kedua buah keluarga mangsa itu telah menyampaikan  rasa simpati beliau di atas  musibbah yang mereka hadapi dan menyatakan kesediaan kerajaan serta dirinya untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Dalam pada itu, Saddi mengingatkan para penduduk di kawasan diwakilinya supaya terus berhati-hati bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“ Apalagi pada bulan Ramadhan ini, elakkan  dari aktiviti memasak makanan tanpa menghiraukannya bagi mengelakkan kejadian kebakaran seumpama itu.

Kepada kedua keluarga yang terlibat dalam kejadian itu, katanya, mereka perlu besabar dengan ujian yang diberikan, semuga Allah Swt akan memberikan mereka hikmah yang lebih baik selepas bencana yang dihadapi.

28 Julai 2012

Program Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Majlis Berbuka Puasa telah dilancarkan



Tiba di Kampung Tanjung Aru untuk memulakan program tahunan  ADUN Sukau


Melayani Siti Kalna Bt Haji Abdul, golongan OKU di Kampung Tanjung Batu Laut dalam program Ziarah Ramadhan




Memberikan sumbangan kepada Ketua Cawangan Umno Tanjung Aru, Abdillah Danan yang mengalami demam strok sempena Program Ziarah Ramadhan di mukim itu kelmarin




Melakukan lawatan ke atas ketua cawangan  UMNO Kampung Paris, Sida Parusai yang  mengalami lumpuh dan menitiskan air mata



“ Saya mahu rakyat, khususnya pemimpin badan-badan JKKK dalam kawasan Dun Sukau menyerlahkan segala permasalahan dan keperluan kampung sebelum pilihanraya Umum ke 12 (PRU13).

“ Jangan nanti apabila permasalahan rakyat tidak didengar dan diselesaikan, yang dipersalahkan kelak ialah wakil rakyat… Dan yang turut  menjadi mangsa adalah rakyat kerana tidak mendapat perhatian serta pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN).”

Gesaan ini diluahkan  Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman semasa mendengar taklimat Pengerusi JKKK Tanjung Aru Haji Ismail Ahmad,  sempena memulakan program  tahunan anjuran beliau, Ziarah Ramadhan, Tinjauan Mesra dan Majlis Berbuka Puasa di seluruh Dun Sukau yang bermula di Mukim  Persisiran Pantai Dun itu  kelmarin.

Saddi yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) mahu setiap badan JKKK diketuai Pengerusinya akan memberikan penjelasan serta taklimat sedemikian semasa lawatannya di kampung-kampung berkenaan dalam bulan Ramadhan ini bagi mendapat maklumat yang lengkap dan rasmi untuk disampaikan kepada pihak kerajaan.

Sabah, Sarawak bukan 'simpanan tetap' bagi Barisan Nasional


Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya menganggap Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetap' yang secara automatik menyumbang kepada kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeneri Amir berkata, secara amnya sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih tinggi berbanding kepimpinan peringkat negeri.

Namun, jelas beliau, sokongan pengundi terhadap BN boleh berubah sekiranya beberapa isu terutamanya berkaitan masyarakat pribumi di dua negeri tersebut tidak diberi perhatian sewajarnya.

"Mesti diperbetulkan segala dasar yang tidak betul termasuk dalam soal pembahagian kekayaan dan pelantikan kaum pribumi Sabah dan Sarawak untuk memegang jawatan tinggi kerajaan.

"Secara keseluruhan, BN perlu menunjukkan mereka mampu menjadi sebuah kerajaan yang adil. BN akan terus berkuasa sekiranya masalah dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan bertajuk Sabah dan Sarawak: Simpanan Tetap atau...? pada perbincangan meja bulat bertema PRU13: Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara di sini hari ini.

Selain Jeneri, ahli-ahli panel sesi tersebut ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM Sabah), Dr. Arnold Puyok dan pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan manakala Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu, Jayum memberitahu, peningkatan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dipandang ringan pemimpin-pemimpin BN.

Menurut beliau, pengundi di dua negeri berkenaan mahu sokongan mereka terhadap BN dihargai dan bukannya sekadar dianggap sebagai 'simpanan tetap' sahaja.

"Tindakan meminggirkan kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya umum akan datang. Perlu diingatkan, kesetiaan pengundi di dua negeri tersebut tidak terletak kepada parti atau individu tetapi kepada kestabilan politik," ujarnya.

Sementara itu, Arnold berkata, keputusan pilihan raya umum akan datang di Sabah bakal ditentukan oleh beberapa faktor termasuk dinamik politik, pemilihan calon dan bilangan calon atau parti yang bertanding di sesebuah kawasan.

Tambah beliau, perubahan strategi politik pada saat-saat terakhir juga bukan sesuatu yang mustahil di Sabah kerana senario itu pernah berlaku apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada BN ketika pilihan raya negeri semakin hampir pada 1990.

Sumber: Utusan Malaysia 25 Julai 2012

Skim Persaraan Swasta dilancar


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang memberi peluang kepada golongan pekerja dan mereka yang bekerja sendiri membuat simpanan persaraan secara sukarela bermula September ini.

Mengumumkan berita gembira itu, Perdana Menteri berkata, PRS diwujudkan untuk memastikan setiap orang dewasa produktif yang masih muda dan generasi Malaysia akan datang mempunyai tabungan dan simpanan aset kewangan mencukupi menjelang persaraan mereka.

"Skim ini menawarkan pelbagai peluang kepada rakyat. Bagi individu, PRS menyediakan dana persaraan untuk mobiliti karier manakala bagi pihak majikan pula, ia mungkin boleh digunakan untuk mengekalkan bakat sedia ada, di samping menarik bakat-bakat baru.

"Sehubungan itu, saya menyeru majikan mempertimbangkan penggunaan PRS untuk menawarkan lebih banyak pakej ganjaran menarik dalam bentuk sumbangan bagi faedah persaraan pekerja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran skim tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Serentak dengan pelancaran itu, Najib turut mengumumkan pelantikan Zaiton Mohd Hassan sebagai Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta yang pertama.

Ahli Lembaga Pengarah yang lain ialah Datuk Nozirah Bahari; Datuk Dr. R. Thillainathan; Ou Shian Waei dan Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Skim Persaraan Swasta adalah skim simpanan yang disediakan oleh lapan penyedia dana swasta yang dilesen dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Lapan penyedia dana itu adalah AmInvestment Management Sdn. Bhd.; American International Assurance Bhd.; CIMB-Principal Asset Management Bhd.; Hwang Investment Management Bhd.; ING Funds Bhd.; Manulife Unit Trust Bhd.; Public Mutual Bhd. dan RHB Investment Management Sdn. Bhd..

Najib berkata, PRS dirangka untuk memberikan saluran tambahan kepada pekerja dan pekerja yang bekerja sendiri membuat simpanan persaraan mereka.

Menurut beliau, sebagai insentif penyertaan dalam PRS, individu diberikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 manakala majikan pula diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerja mereka di atas pada kadar yang diwajibkan dan sehingga 19 peratus gaji pekerja.

Katanya, pengecualian cukai turut diberikan ke atas pendapatan yang diterima daripada skim itu.

Tambah beliau, set pertama skim tersebut mengandungi 24 dana dan para pekerja boleh memilih dana pertumbuhan, dana sederhana dan konservatif berdasarkan risiko yang dipilih.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan penubuhan platform tapak dagangan bagi syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan untuk meningkatkan dana dan peluang bagi pembiayaan modal berisiko.

"Terdapat minat kukuh di kalangan perusahaan kecil dan sederhana, modal teroka dan ekuiti swasta untuk meraih dana.
"Selain menyediakan peluang pembiayaan, tapak tersebut juga membolehkan para pelabur berdagang dalam platform yang efisien dan telus," katanya.

Bagi memenuhi minat rakyat dalam pelaburan logam bernilai tinggi, Najib turut mengumumkan penubuhan bursa mercantile yang bakal menyediakan peluang untuk melabur dan lindung nilai emas hadapan serta logam.

Najib menambah, untuk meningkatkan penyertaan dalam pasaran modal, SC akan memperkenalkan dua kategori individu berdaftar bagi mengukuhkan peranan peniaga, memudahkan peruntukan perkhidmatan khusus dan akses asas pelanggan lebih baik.

Syarikat-syarikat broker saham pula katanya, dibenarkan berurusan secara terus dengan ejen dan wakil-wakil pembangunan perniagaan bagi memenuhi keperluan perniagaan.

"Langkah ini akan menambah produktiviti serta mewujudkan lebih 6,000 wakil-wakil pasaran modal berlesen dan menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan bakat muda tempatan," katanya.

Pada masa sama, Najib juga mengumumkan Kempen Pelaburan Bijak Kebangsaan selama enam bulan bermula Oktober ini bagi meningkatkan pelabur berpotensi kepada 1.5 juta. Katanya, program itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) iaitu sayap pendidikan SC.

Sumber Utusan 18 Julai 2012

Sabah BN uses social media to reach out to the people



SANDAKAN: Sabah Barisan Nasional (BN) is making use of the social media in explaining issues and thwarting the propaganda of the opposition political parties, its secretary, Datuk Abdul Rahman Dahlan, said here.

“The social media is an important platform in politics now, and Sabah BN does not want to be left out of the picture,” he said at a dinner with Beluran BN leaders last night.

Abdul Rahman, who is the MP for Kota Belud, said the use of the social media to reach out was an alternative, besides going down to the ground to meet the people.

It was one of the approaches adopted in the preparations of Sabah BN to face the next general election, he added. 

Source - Bernama July 19, 2012

Bersara sekarang - Dr. M




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya bersara daripada politik sekarang dan bukannya menunggu sehingga pakatan tersebut kecundang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memberikan nasihat tersebut berkata, tiada guna Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kekal dalam politik hanya kerana mahu mengejar impian menjadi Perdana Menteri.

"Dia (Anwar) patut bersara sekarang. Tak ada guna langsung. Dia punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri.

"Kita buat (lantik) dua Perdana Menteri, bagi dia satu PM Kehormat selama lima hari (selepas pembangkang tewas), lepas itu dia boleh bersara," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas 'hasrat' Anwar untuk bersara daripada politik dan kembali mengajar sekiranya pembangkang tidak mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti dilaporkan oleh Financial Times, Selasa lalu.

Dr. Mahathir menambah, kenyataan itu sebenarnya satu retorik politik Anwar. "Kalau dia kalah pun dia dok (masih) niat lagi nak jadi Perdana Menteri ni," katanya sinis.

Dana RM500j untuk usahawan



Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bekerjasama dengan SME Bank untuk menubuhkan Pembiayaan Teras, satu kemudahan pembiayaan dengan dana sebanyak RM500 juta.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembiayaan tersebut adalah untuk membantu pengembangan perniagaan syarikat bumiputera berprestasi tinggi di bawah program Teras.

" Peminjam untuk kegunaan modal kerja boleh meminjam dari jumlah RM1 juta sehingga RM10 juta, manakala bagi pembiayaan pembelian aset boleh meminjam sehingga RM20 juta," katanya semasa sidang akhbar mengumumkan kerjasama tersebut di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Eksekutif Teraju, Husni Saheh dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Rahmat Bivi Yusoff.

Menurut Nor Mohamed, skim pembiayaan terbaharu ini tidak memerlukan peminjam mengemukakan cagaran, namun setiap projek yang dicadangkan haruslah mempunyai prospek keuntungan.

Program Teras dikendalikan oleh Teraju dengan matlamat untuk membantu usahawan bumiputera berkembang ke peringkat antarabangsa dengan memudah cara akses kepada peluang-peluang perniagaan.

Jelasnya, setakat ini 130 syarikat telah dipilih berikutan mempunyai rekod perniagaan yang baik, kedudukan kewangan yang kukuh serta menunjukkan potensi pertumbuhan yang telah dinilai dengan teliti oleh SME Corporation, menerima SCORE di antara tiga bintang sehingga lima bintang dan pernilaian kredit yang tinggi.

"Jika boleh, kami mahu bayaran pinjaman itu dikeluarkan sepenuhnya dalam masa setahun," katanya.

Two schoolgirls drown in Sandakan boat capsize


Two schoolgirls aged 10 and 12, from SK Kampung Baru, Pulau Timbang drowned while two other girls were injured when the boat they were travelling in capsized yesterday.

The dead were identified as Zulaikah binti Amri, a Year Four pupil, and Zulaika binti Amri, 12, a Year Six pupil whose body had however yet to be recovered at press time. The girls were among six persons on board the boat while on their way home to Kampung Serabut at another part of the island when the incident happened at about 1.30pm.

According to Marine Operations Force (MOF) commanding officer ASP Gan Ping Sin, the four who survived were the boatman in his 30s, who is also Zulaika’s father, and two of his sons and another daughter aged between one and five.

The boat was leaking and had engine problems before it capsized,” he added. The enforcement unit here has launched a search and rescue operation to find the 12-year old girl but it was called off at 6pm due to darkness and big waves, he said.

Source: TheBorneoPost July 7, 2012 Saturday

Renowned Japanese singer visits namesake Orang Utan




Mariko, the 24-year-old Orang Utan at the Sepilok Rehabilitation Centre received a special visit by renowned Japanese singer and songwriter, Hatta Mariko, yesterday.

According to Hatta Mariko, she first visited Mariko last year after she knew they shared the same name.

“The first time I knew there is an Orang Utan named Mariko was three years ago and I am happy to know that because I’m interested in the species since I was a child.

“Upon knowing there is a Mariko here, I wrote a song entitled “My name is Mariko” and dedicated it to the Orang Utan,” she said when met yesterday at the Sepilok Rehabilitation Centre.

“The idea to write the song came as I heard the Orang Utan population is on the decline and the animal has become an endangered species,” says Mariko.

“I hope my song creates an awareness for all of us to protect our habitat, not only the Orang Utan but also other animals,” she said adding that Mariko’s sister has also the same name with her sister, Noriko.

“During my visit last year, I came with several of my fans, unfortunately this time around, I cannot bring them as they are all afraid to leave Japan due to the recent disaster,” she explained.

Accompanying the chief executive officer of Hatta Mariko patronage, Yuko Nakamura and the company’s treasurer, Hiroko Nakagawa. Mariko also donated RM12,000 to the Orang Utan Trust Fund.

According to Mariko, the money was raised by her fans in Japan who shared the same concern with the well being of the species.

Source: TheBorneoPost July 6, 2012 Friday

Opposition ‘blind’ to devt by BN – MP




Opposition leaders are ‘blind’ to the development brought about by the Barisan Nasional (BN) Government, Kota Belud member of parliament Datuk Abdul Rahman Dahlan said.

“They do not appreciate the development the Government has implemented for the people especially those at the grassroots level,” the Sabah BN Secretary said during a meet-the-people gathering at Kampung Rampayan Ulu here recently.

Abdul Rahman claimed that the opposition had never ceased accusing the BN Government of being cruel to the people.

“What is worse is that the opposition’s accusation that the BN Government is oppressing the rakyat. The BN Government is doing its best to make life easier for the rakyat through various approaches such as the distribution of the BR1M, free education and ensuring the peace and security of the state.

“But the opposition is accusing the Government of doing the opposite and is being oppressive,” he stressed

Source: TheBorneoPost July 5, 2012

Don’t reward ‘saboteurs’ in GE – Ghapur




Kalabakan member of parliament Datuk Seri Ghapur Salleh, who said he does not want to see ‘candidate saboteurs’ get recognition, has urged the Barisan Nasional (BN) leadership and Umno to be more vigilant in addressing such issue in the next election.

Referring to past cases, Ghapur said the situation seemed to show that ‘the candidate’ and ‘the sponsor’ were rewarded as recognition for their action in the 12th general election when by right BN should be more wary of such individuals.

“What was surprising, once the election ended, both of them were given honorary titles, and at least one was offered a high position in a BN component party,” he said on Tuesday.
He said the situation occurred in Kalabakan during the last general election.

“At that time, an independent candidate contesting was sponsored by a former BN leader and we had to work hard to ensure the BN candidate won. Thankfully, our efforts were successful,” he said.

“We voice this matter out because we do not want things that had happened before happen again in the next election. We do not want an ‘insider’ to sabotage candidates selected by BN,” he said.

“As chairman of Umno and Kalabkan BN, I see this an important issue because we want to see BN win big in the next election,” he said.

Ghapur said he had taken the matter up in a meeting with Umno disciplinary committee in Kota Kinabalu last month and he hoped it would be given due attention.



Source: The BorneoPost July 5, 2012 

Nasib 30 buah keluarga dari Kg Sukau yang terlibat diusir Mahkamah akan terbela


Saddi menerima permohonan tanah oleh 33 keluarga terlibat yang diketuai Dolmat ambil disaksikan Ketua Anak Negeri, Pastor Haji Mansor, di pejabat wakil rakyat Dun Sukau itu
Gembira…. Dolmat menyuarakan kegembiraannya kepada Saddi di atas peluang yang diberikan  pihak kerajaan


Kesemua 30 buah keluarga yang terlibat diusir Mahkamah kerana menduduki kawasan  tanah  haram di sini sejak berpuluh tahun lalu di sini, menarik nafas lega apabila mereka ditawarkan memohon sebuah kawasan tanah kerajaan untuk tujuan pertanian semula.

Kumpulan itu yang diketuai Dolmat bin Dulamit, mengemukakan borang Permohonan tanah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman bagi membolehkan mereka disenaraikan sebagai pemohon di pejabat berkenaan di sini.

“Saya amat simpati dengan nasib mereka. Sejak diusir, ada sebahagiannya menumpang di rumah keluarga,  ramai lagi menyewa rumah di merata kawasan termasuk di sekitar Daerah Kinabatangan dan Bandar Sandakan,” katanya.

“Maka, saya  mencadangkan kumpulan ini memohon  sebuah kawasan tanah kerajaan di dalam kawasan Dun Sukau agar mereka dapat memulakan hidup baru.  Bagaimanapun kita berharap  pihak Jabatan Tanah dan Ukur mempertimbangkan permohonan mereka,” katanya.

Kekurangan prasarana menghalang kemajuan sukan di Daerah Kinabatangan - Saddi


Saddi menyampaikan ucapan pada majlis tersebut
Saddi menyampaikan anugerah olahragawan kepada atlet mewakili SMK Pekan Bukit Garam
Saddi menyampaikan hadiah kepada juara perbarisan daripada SK Kampung Sukau
Saddi menerima cenderhati daripada Albert sambil diperhatikan Amdan
SK Sukau, pasukan diiktiraf sekolah paling berdisiplin
Persembahan muzik orang sungai oleh para pelajar SMK Bukit Garam
Pertunjukan pencak silat oleh guru silat persatuan seni silat kinabatangan

“Saya fikir zaman melihat atlet sukan sekolah-sekolah bertanding berkaki ayam sudah lama berakhir, tetapi hari ini masih berlaku di dalam daerah Kinabatangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mempersoalkan keupayaan atlet daerah itu ke arah melahirkan jaguh-jaguh sukan negeri dan kebangsaan pada masa akan datang.

Katanya, semua pihak harus berganding bahu dalam merobah isu ‘ketinggalan’ zaman itu, manakala beliau dan rakan-rakan pimpinan lain berusaha memperjuangkan hasrat rakyat memiliki sebuah Kompleks Sukan di daerah ini.

Berucap merasmikan Penanguhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Kinabatangan kali ke 53 di padang SMK Pekan di sini, Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu mahu seluruh rakyat di daerah ini memberikan sokongan padu terhadap hasrat memiliki sebuah kemudahan penting untuk kepentingan generasi belia itu.

“Soalnya bagaimana daerah ini melahirkan jaguh-jaguh sukan yang berjaya. Kedudukan prestasi atlet dari sini terus tercorot sekian lama.  sudah tentu ia berpunca dari banyak kelemahan kita, termasuklah kemudahan kompleks sukan  sedemikian belum dapat disediakan.

Kita perlu bersatu demi kekuatan BN - Datuk Bung Moktar

Bung Moktar menyampaikan ucapan
Saddi menyampaikan ucapan
Bung Moktar (tengah) diapit oleh Saddi, Masiung Banah, Datuk Dr. Zaki dan Datuk Salleh
Bung Moktar menerima cenderhati daripada Arisin selepas merasmikan Program Tranformasi Bina Negara Peringkat Daerah Kinabatangan

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Dun Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata,  rakyat di kawasan Dun Sukau sudah menggalas bentuk tranformasi yang boleh membawa banyak kemajuan mencapai negara maju di tahun 2020.

Katanya, apa yang dimanifestasikannya dengan kerjasama rakyat ini menepati sebagaimana yang dilaung-laungkan kerajaan pusat, di bawah Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, rakyat Dun Sukau  boleh menarik nafas lega kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan beberapa keperluan rakyat  seperti menyediakan bekalan air hampir di semua kawasan,  pengeluaran geran tanah serta penyediaan pembangunan asas rakyat yang sekian lama diharapkan.

“ Saya bersyukur, sejak empat tahun lalu kita menyelesaikan banyak perkara. Kita menyediakan beberapa makmal melibatkan bidang tanah, diikuti makmal kebajikan,E Kasih, pembangunan dan yang terbaru ialah melibatkan kepentingan golongan belia. Semua sasaran ini kita berikan keutamaan.

“ Satu masa dulu, saya tidak pernah terfikir akan ada bekalan air bersih yang disalurkan terus ke Kampung Tanjung Aru melalui kabel dasar laut.

“ Kita juga memberi penarafan bintang-bintang kepada kampung-kampung di dalam Dun Sukau yang memerlukan perubahan berasaskan kedudukan ekonomi penduduknya.  Kita mahu ada jalinan usahasama antara rakyat dan para pemimpin akar umbi di kawasan ini, demi mencapai kemajuan yang diharapkan kerajaan,” katanya.

Memberikan ucapan pada Program Tranformasi Bina Negara Peringkat Daerah Kinabatangan anjuran Biro Tatanegara dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan, Parlimen Kinabatangan,  Unit PKR Dun Sukau dan  UPKR Dun Kuamut, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) berkata, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin banyak membantu memperjuangkan kemajuan rakyat di kawasan itu.

Golongan ibu tunggal tidak akan disisihkan - Saddi


Saddi menyampaikan ucapan
Adun Sukau memukul gong sebagai tanda simbolik majlis perasmian  Program Jalinan Kasih

Saddi menyampaikan cenderhati kepada Pegawai Pertanian Kinabatangan, Awang Walid sebagai salah seorang ahli penal program jalinan kasih




Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini,  Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengajak anggota persatuan ibu-ibu tunggal di Kinabatangan supaya sentiasa berada di belakang kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), demi mendapat khidmat dan pembelaan yang sewajarnya.

Kata Saddi, golongan wanita  itu harus sedia memberi kerjasama dan sokongan mereka kepada sebuah kerajaan yang kuat seperti BN yang sekian lama menyediakan pelbagai program penbelaan termasuk kaum wanita agar mereka juga boleh berjaya dalam bidang ekonomi dan pembangunan diri.

“Sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan terancang,  khidmatnya terbuka luas termasuk kepada golongan wanita dan ibu ibu-ibu tunggal.  Sebagai contoh,  bantuan 1Azam, E Kasih dan banyak lagi  yang membolehkan kaum wanita,  termasuk merka yang ditinggalkan suami untuk mampu hidup berdikari dan akhirnya berjaya dalam hidup,” katanya.

Berucap merasmikan Majlis Jalinan Kasih Bersama Ibu Tunggal di Dewan Seri Lamag, Kinabatangan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan di sini, Saddi berkata, sebahagian besar wanita termasuk kalangan ibu tunggal dalam negara ini adalah penyumbang besar kepada kemajuan dan kestabilan politik negara.

Social media helps BN in polls - CM



The social media is a far-reaching and strategic machinery for the Barisan Nasional in the coming general election. Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman said government-friendly social media played an important role to defend government policies online.

He said that social media such as blogs, Twitter and Facebook enabled the government to engage with the public directly.

Therefore, social media practitioners should practice a proper way in conducting their own social column, he said at the 1Malaysia Social Media Convention of Zone 5 at Sri Libaran Hall yesterday.

“Social media practitioners are government cyber warriors where they act as a medium to channel accurate information about government developments.

“Media practitioners should not condemn their own leaders by expressing negative issues that will give inaccurate information to others,” Musa said while urging the social media practitioners to write frequently and be united in the face of an opposition that only work to confuse and mislead the public.

Pembetulan berhubung isu sekatan projek pemasangan paip bekalan air...




Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N.48 Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman hari ini menjelaskan,  isu sekatan projek pemasangan paip bekalan air oleh Jabatan Kerja Raya di kawasan ini  melibatkan sepanjang jalan Suan Lamba-Sukau dan Kampung Bilit-Sukau, bukan sepanjang jalan Sukau seperti yang dilaporkan semalam.

Datuk Saddi berkata,  kedua-dua projek pembinaan  Jalan Suan Lamba - Sukau dan Bilit - Sukau masing-masing disiapkan antara empat bulan hingga dua tahun lalu yang membolehkan pihak JKR daerah memiliki cukup masa  untuk mendapat sebarang pengesahan berkaitan pembinaan projek-projek jalan terlibat daripada kontraktor berkenaan.

“Yang mengecewakan saya tempoh yang ada tidak digunakan oleh pihak Jurutera JKR Daerah Kinabatangan menilai sebarang prestasi dan kelemahan projek-projek jalan berkenaan bersama kontraktor yang dipertanggungjawabkan, sehingga ianya menghalang perlaksanaan projek pemasangan paip air ke kampung-kampung terlibat berikutnya,” katanya.

Mengulas laporan Mesyuarat Tindakan Daerah Kinabatangan semalam,  tindakan JKR menyekat perlaksanaan projek pemasangan paip ke beberapa buah kampung atas alasan agensi itu tidak menerima secara rasmi projek pembinaan dua jalan kampung itu daripada kontraktor terlibat, mengecewakan wakil rakyat itu.