Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Saya akan bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian!!!

Saddi buat pengumuman bertanding Ketua Bahagian Kinabatangan
Antara yang hadir dalam mesyuarat Umno Kampung perpaduan
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan dan mantan Adun Sekong, Datuk Salleh Janan antara yang hadir

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, peranan dan tanggungjawab memajukan rakyat di seluruh Sukau dan Kinabatangan  bergantung kepada peranan yang boleh dimainkan oleh Parti Umno.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, ia  termasuk keupayaan membangunkan Pekan Baru Sukau,  menyelesaikan isu pembinaan  sekolah rendah dan menengah yang tertangguh dalam kawasan Sukau dan Batu Putih, diikuti keperluan pembangunan sosio- ekonomi rakyat yang masih ketinggalan. “ Gagasan ini saya tumpukan sejak bertanding selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan tahun 2009.

“Namun apabila saya tewas, walaupun secara tradisinya jawatan Timbalan Ketua Bahagian dipegang lebih tiga panggal oleh Adun Sukau sebelum ini (Datuk Aklee Haji Abbas), peluang saya berkhidmat hanyalah sebagai Ketua Cawangan Umno Perpaduan 1, Batu Putih.

“ Saya terus berusaha ‘mengejar’ untuk berbaik-baik  dengan kepimpinan bahagian, termasuklah memberikan bantuan dan terlibat dalam beberapa program penting.

“Tetapi saya tetap tertinggal untuk berkerjasama,  sedangkan segala peranan saya  dipandang  ‘sceptical’ (sinis),” kata Saddi.