Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sekitar program turun padang ke Kg. Abai, Kinabatangan.


Pada lawatan turun padang ke KG. Abai hari ini, saya berkesempatan untuk merasmikan "Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah" peringkat Kg. Abai, Kinabatangan. Saya berharap agar pihak UPPM Dun Sukau dapat menganjurkan sukan seumpamanya dengan penyertaan belia-belia diperingkat DUN Sukau pada tahun hadapan dan menamakan pemain yang berpotensi untuk dilatih oleh KBSS negeri. Saya juga sempat meninjau tapak cadangan "Taman Pelancongan Desa" Kg. Abai seluas 70.8 ekar disamping menyumbang sedikit peruntukan bagi penyelenggaraan masjid kampung.

Lindungi masyarakat nelayan Sukau


Sukau 25 Mei :  Ahli Dewan Undangan kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, peranan Agensi Pengkuasaan Maritim Malaysia (APMM) amat ditagih dalam mempastikan Negara di sini bebas daripada ancaman barangan seludup  dan pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, kesungguhan yang dilakukan oleh agensi itu mendampingi rakyat termasuk menerusi Program Sahabat Maritim amat penting bagi mempastikan kegiatan jenayah penyeludupan barangan termasuk najis dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia ke Negara ini dapat dibenteras.

“ Yang penting  rakyat dan pasukan APPM memperkasakan hubungan mereka. Muafakat dan kerjasama boleh dibentuk demi keselamatan negara dan rakyat.

“ Malah saya melihat kerjasama kedua pihak ini suatu tauladan yang baik bagi mempastikan kerjasama di antara rakyat dan kerajaan boleh membantu menjayakan matlamat mempertahankan negara,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sahabat Maritim Kawasan Dun Sukau, salah satu daripada tujuh kawasan Zon Keselamatan Esscom di Perairan Pantai Timur Sabah (PTS) di  Kampung Tanjung Aru di sini pagi kelmarin.