Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tahniah & Jalankan tugas dengan berintegriti.





Kota Kinabatangan 31 Jan 2019: 

YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N 48 Sukau. Di Majlis Penyampaian Surat Pelantikan Pemimpin-Pemimpin Adat Kawasan DUN N 48 Sukau. Seterusnya beliau Merasmi dan menyempurnakan penyampaian Watikah Lantikan kepada Ketua Daerah Kinabatangan, Ketua-Ketua Anak Negeri, Wakil-Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-Ketua Kampung ‘Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Kemasukan beramai-ramai ahli UMNO Kinabatangan ke Parti Warisan Sabah






Sandakan 27 Jan 2019
 · 
"Perjuangan saya bersama UMNO sejak tahun 90'an. Dan saya melepaskan jawatan saya dua bulan yang lalu dan meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Warisan Sabah kerana saya mahu berpijak di bumi Sabah yang nyata. Kami sokong kerajaan baru kerana kami sangat yakin kerajaan pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal boleh memerintah negeri Sabah dengan baik" 
Petikan ucapan ADUN Sukau semasa Majlis Kemasukkan Keahlian dan Cawangan ke Parti Warisan Sabah serta Perasmian Pejabat Bahagian Parti Warisan Sabah P187 Kinabatangan.

Innalillahi wainnailaihi roji’un..




Sukau 12 Jan 2019 :

Berkesempatan menziarahi anak-anak dan keluarga Allahyarham Pakcik Hj Lepit Sahiran yang telah kembali keRahmat Allah SWT semalam. Innalillahi wainnailaihi roji’un. Allahummaghfirlahu Warhamhu wa’afihii wa’fu anhu 
Al-Fatihah..
Sebelum itu pada sebelah pagi, YB ADUN SUkau itu telah menghadiri Majlis Perasmian Sukaurians Fun Run dan Penyampaian bantuan awal persekolahan SMK Sukau 2019.

Back to school.



Kg Tg Aru 8 Jan 2019 : 

Program "Back to school" disempurnakan oleh YB DATUK Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N.48 sukau bertempat di Kg Tanjung Aru juga merupakan Program pertama sebagai ahli Parti Warisan Sabah moga dipermudahkan segalanya..