Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Klinik Kesihatan beri manfaat kepada hampir 1000 penduduk

Saddi berbual dengan kakitangan klinik Sukau sewaktu melakukan kunjungan ke pusat kesihatan berkenaan
Saddi mendapat pemeriksaan tekanan darah dari Dr
Saddi meninjau kerosakan jalan kampung di Kampung Sukau untuk segera dibaiki
Saddi meninjau keadaan seorang penduduk dan memberikan sumbangan peribadi.


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, usaha meningkatkan tahap kesihatan rakyat di sini kembali rancak dengan khidmat operasi Klinik Kesihatan Sukau di sini yang telah dimulakan lebih dua minggu lepas.

Beliau berkata, klinik kesihatan bernilai RM14 juta yang mampu memberi perkhidmatan 24 jam itu boleh membantu masyarakat setempat dalam menghadapi soal kesihatan mereka, termasuk kes-kes penyalit berjangkit dan cedera ringan.

Perkhidmatan klinik tersebut terhenti hampir lima tahun selepas kemudahan yang dulunya dibina daripada peralatan kayu itu musnah dalam satu kejadian kebakaran yang melumpuhkan sama sekali peranannya.

“Klinik kesihatan yang ada memiliki 24  kakitangan  ini adalah  pertama seumpamanya dalam negara. Ia bukan saja berupaya memberikan perkhidmatan kepada hampir seribu penduduk dalam kawasan Kampung Sukau ketika ini, peralatan rawatan yang dianggap moden.

“ Namun, tahap perkhidmatan  klinik yang ada hanya empat buah katil  berserta sepasukan jururawat itu bakal bertambah apabila persekitaran ekonomi moden di sini bakal direalisasikan menerusi penyediaan perkhidmatan  Pekan Baharu Sukau,” kata Saddi.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan singkat ke klinik berkenaan baru-baru ini.  Turut menyambut kunjungannya ialah Dr. Teddy Chua, dibantu oleh Rudi Hebah dan Ketua Jururawat, Puan Juliana.

Tapak Pekan Baharu Sukau, Bandar Baru Biodiversiti yang  sudahpun diluluskan kerajaan negeri 24 Julai 2010 kini sedang menunggu peruntukan projek pembangunannya daripada kerajaan.  

Memberikan penghargaan serta bersalaman dengan kakitangan klinik tersebut, Saddi melahirkan rasa bangganya kerana klinik tersebut sudah memulakan operasi demi memberikan kemudahan rawatan kepada rakyat di sini.

Saddi juga diberitahu kemudahan klinik  luar bandar seumpama itu yang menyediakan seorang doktor pakar adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

Wakil rakyat itu yakin penyediaan khidmat kesihatan itu akan mampu merancakkan perhatian terhadap tahap kesihatan rakyat, selain dengan wujudnya Klinik Bot 1Malaysia yang akan mengadakan perkhidmatannya di sepanjang Sungai Kinabatangan dalam masa terdekat.

Sementara itu,  Saddi menggesa seluruh masyarakat di Kampung  itu agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kakitangan klinik berkenaan bagi membolehkannya memberikan perkhidmatan yang selesa dan lancar kepada setiap rakyat.

Saddi kemudian meninjau kerosakan jalan di  dalam Kampung Sukau yang perlu segera dibaiki sebelum PRU 13.