Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Khabarkan kepada pembangkang khidmat dan pembelaan BN - Saddi

Saddi menyampaikan bantuan mesin jahit kepada penerima daripada pesisir pantai
Bantuan Tangki, Sentuhan Kasih Saddi kepada masyarakat nelayan
Saddi menyumbangkan sumbangan kasih bantuan zink
Pengerusi KPD, Saddi merakamkan gambar kenangan bersama penerima sumbangan beg sekolah
Saddi menyampaikan pakaian sukan kepada belia-belia di persisir Pantai Dun Sukau



Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan keupayaaan ditunjukkan Barisan Nasional (BN) yang berupaya membela dan memajukan rakyat negeri ini  harus ‘dikhabarkan’ kepada pembangkang agar menghentikan  niat mereka dari  terus memesongkan pemikiran rakyat  menjelang PRU ke 13.

“Bila-bila mereka (pembangkang) datang bertanya khabar, beritahulah, bahawa keadaan rakyat menjadi berambah baik di bawah pemerintahan dan khidmat BN yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Boleh kita beritahu, tentang keupayaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai arkitek pembangunan negeri yang bijaksana. Beliau berupaya mempastikan kebajikan,  pembangunan dan soal ekonomi rakyat berbilang kaum di Sabah terus terpelihara,” katanya.

Berucap di hadapan para pemimpin akar umbi dan sebahagian masyarakat Pesisir Pantai Dun Sukau, sempena pemberian sumbangan Beg Sekolah Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Sentuhan Kasih anjuran UPKR Dun Sukau, Saddi berkata,  kekuatan BN hari ini meyakinkan rakyat akan satu perubahan pembangunan baru yang lebih besar di Sabah selepas PRU ke 13.

Katanya, gandingan kepimpinan kerajaan pusat dan negeri itu bukan saja memberikan keyakinan masa depan kepada rakyat dalam negara ini termasuk di Sabah selepas PRU ke 13.

“ Namun saya saya yakin dan percaya, rakyat di kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan akan turut menerima banyak limpahan pembangunan selepas BN berjaya meneruskan pemerintahannya kali ini,” katanya.

Sehingga hari inipun, kata Saddi,  sudah tidak ada individu rakyat dalam Dun Sukau yang tersisih daripada pelbagai khidmat yang mampu diberikan kerajaan BN.

Ia ditambah  dengan keupayaan ekonomi rakyat yang diukur menerusi perolehan Keuntungan Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Indeks Ekonomi negara termasuk di Sabah yang bertambah baik,  terlaksana oleh hasil cetusan dan tumpuan pelbagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan gagasan 1Malaysia yang meyakinkan rakyat untuk terus bersama BN pada pilihanraya kali ini.

Gandingan keupayaan kerajaan negeri dan pusat, tambah Saddi, meyakinkan beliau untuk merancang pelbagai projek pembangunan mega dan jangka panjang di kawasan tersebut yang sebahagian darinya sudah mula dinikmati rakyat.

Berbeza dengan apa yang dimainkan pembangkang, kata Saddi, pihak berkenaan tidak lebih dari usaha memutarbelitkan pemikiran rakyat, serta memburuk-burukkan kerajaan.

“Malah mereka bukan saja terus berani memfitnah pemimpin Umno dan BN, tetapi sanggup bermain api perkauman serta segala hasutan semata-mata mahu menghancurkan perpaduan rakyat berbilang kaum serta rakyat sanggup bertindak membenci kerajaaan,” katanya.

Atas faktor yang ada, kata Saddi, rakyat tidak perlu lagi mendengar sebarang tawaran pihak pembangkang agar  mereka mengalihkan sokongan ralam Pru 13.

"Cukup, bagi mereka khabar bahawa rakyat tidak lagi mahu menerima kehadiran pembangkang, tetapi terus memilih BN pada PRU kali ini,” katanya.Saddi berkata, sumbangan beg sekolah oleh KPD dan UPKR kawasan itu akan terus dilakukan di kawasan itu, selagi BN mendapat tempat di hati rakyat.

Malah dengan kerjasama yang terus diberikan oleh seluruh rakyat tegasnya,  akan mempastikan program pembangunan dan ekonomi di Dun Sukau tercapai secara berperingkat-peringkat.