Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, Komponen Barisan Nasional (BN) adalah sebuah
kerajaan yang tidak ada ‘tolok bandingnya’ dalam soal merealisasikan tanggungjawab dan pembelaan,
dengan mengutamakan soal keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Saddi berkata, kerajaan terbukti tidak sedikitpun
mengenepikan sebarang keperluan serta tuntutan rakyatnya, walaupun terpaksa berdepan
ancaman dan bahaya, demi mempastikan keharmonian serta kemajuan negara terus
terjamin.
“ Saya berani mengatakan kerajaan BN tidak ada
tolok banding. Kemajuan serta faedah yang dikecapi sehingga hari ini tidak akan
mampu dinikmati sekiranya pembangkang mengambilalih teraju pemerintahan
negara,” katanya.
Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) SK. Kampung Paris 1 di dalam kawasan Dun Sukau, Saddi
menegaskan, usaha padu kerajaan
menangani krisis kemasukan Kumpulan Pencoroboh dari negara jiran di Kampung
Tondou Lahad Datu sehingga kini, membuktikan kesungguhan kerajaan terhadap isu
keselamatan rakyat itu.
“ Malah kita mengucapkan takziah dan amat terhutang budi
terhadap pengorbanan Allahyarham Insp. Zulkifli Mamat dan Sarjan Saharudin Daud
yang sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan tanahair dari ancaman
musuh negara.
“Nama mereka akan terus tercatat dalam liputan sejarah dan mereka
akan terus menjadi sumber inspirasi pengorbanan pasukan keselamatan dan rakyat
Sabah,” katanya.
Sewaktu memulakan ucapannya, Saddi mengajak para pemimpin dan
anggota PIBG SK Paris berdiri untuk membacakan Surah Al-Fatihah untuk
dihadiahkan kepada para anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam
menghadapi krisis pencerobohan di Tandou Lahad Datu.
Saddi juga mengajak rakyat agar terus memberikan keyakinan yang tinggi
terhadap peranan dan usaha pasukan keselamatan dalam menjaga keselamatan dan
kententeraman rakyat di negara ini, khususnya di Sabah.
“ Kalau saya katakan bahawa pasukan keselamatan ini
sebenarnya cukup beramanah, pujian itu masih kurang. Tetapi mereka ini sudah
terbukti berani berkorban untuk mempertaruhkan nyawa, demi kedaulatan negara
dan rakyat,” katanya.
Saddi kemudian mengulangi seranan agar semua anggota PIBG
termasuk para guru dan pelajar meningkatkan daya kreativiti dan berinovasi
dalam menjayakan misi pembangunan ilmu dan pendidikan rakyat di kawasan itu.
Katanya, dengan pendekatan mantap pihak PIBG terhadap usaha
mengatasi kelemahan infrastruktur
pendidikan serta bidang pelajaran tertentu di sekolah itu, usaha meraih lebih
ramai pelajar mencapai keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan Ujian
Pernilaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat direalisasikan.
Saddi berpendapat, antara usaha penting yang perlu dilakukan
oleh badan PIBG itu yang memantapkan hubungan serta persefahaman akrab di
antara para guru dan murid, serta ibubapa di sekolah berkenaan.
Sambil sokongan sedemikian, kata Saddi, dapat membolehkan
negara melaksanakan dasar pendidikan baru negara yang sudah digariskan di bawah
bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Ia bagi membolehkan
semua pihak dapat ‘menjiwai’ aspirasi dan cita-cita untuk menguasai kejayaan di bidang
pembelajaran dan ilmu di sekolah berkenaan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi PIBG Sekolah
tersebtut, Ardin Suradi dan Guru Besarnya, Puan Junainah Lo.