Membuat lawatan mengejut ke Loji Air Menggaris |
Keadaan loji air yang seakan-akan terbiar |
Ahli Dewan
Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mendesak Jabatan Air
supaya menyegerakan projek penyaluran bekalan itu ke seluruh kawasan ini
menerusi kemudahan loji dan perpaipan
yang sudah siap dibina bagi mempastikan rakyat menerima kemudahan tersebut
sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 13.
Beliau berkata,
rakyat khususnya yang mendiami sepanjang jalan utama Bukit Garam, Batu Putih
hingga ke Paris sepatutnya sudah memperolehi bekalan berkenaan semenjak projek
penyediaan loji air Kampung Menggaris serta pemasangan paip di kawasan terbabit
siap sejak awal tahun ini.
“ Bagaimanapun
ketika saya melakukan tinjauan mengejut ke Loji Air Menggaris kelmarin
mendapati masih ada sebahagian kerja-kerja pemasangan paip utama di bahagian
loji berkenaan, diikuti beberapa kerosakan kecil di bahagian peparitan di situ
perlu diselanggarakan,” katanya.
Menyatakan
perkara itu di sini, Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD)
Sabah menegaskan, kewajaran untuk rakyat menikmati bekalan itu sebelum PRU ke
13 amat sesuai memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah mengeluarkan
peruntukan besar terhadap keperluan itu yang sekian lama dinantikan.
“ Kalau sudah
rakyat sekian lama menantikannya, maka waktu yang amat sesuai mereka menerima
kemudahan tersebut pada pilihanraya kali ini,” katanya.
Bagaimanapun,
tegas Saddi keselahan dalam kelewatan itu bukan berpunca daripada kelemahan kerajaan
tetapi pihak yang dipertanggungjawabkan gagal menyempurnakan penyediaannya
sebagaimana yang diharapkan.
“ Saya berharap
supaya kelemahan yang ada dapat diatasi segera dan projek penyeluran bekalan
berkenaan dapat disediakan dalam tempoh yang terdekat dan ianya sekaligus akan
menjadi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI)
kepada kerajaan BN dan pimpinan di peringkat akar umbi,” katanya.
Saddi kemudiaan melakukan tinjauan mesra ke
atas rakyat di sepanjang Batu Putih yang menghadapi masalah kerosakan rumah untuk
di atasi.
Beliau berkata,
tinjauan berkenaan amat penting bagi mempastikan beberapa kelemahan di
peringkat penyenaraian projek pembaikan rumah rakyat yang dilakukan di
peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat diatasi.
“ Saya juga
sudah mendapati beberapa nama di kawasan ini yang tercicir dari menerima
program pembaikan rumah itu, selain projek bekalan rakyat. Namun saya akan
pastikan mereka mendapat perhatian yang diperlukan,” katanya.