Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV



SUKAN RAKYAT PERLU DISERAPKAN DALAM SUKAN KOMUNITI : SADDI

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman mahu agar program sukan rakyat yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Komuniti Sukau Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan diangkat sebagai program sukan tahunan peringkat kawasan seluruh Dun Sukau, bermula tahun depan..

Saddi berkata, matlamat utama program tersebut adalah untuk mengisi program pembangunan sukan, selain bagi merapatkan hubungan antara golongan belia dan pemimpin dalam Dun Sukau bagi mengenali dan menyelami segala permasalahan kumpulan sasaran itu.

“ Banyak faedah boleh dikongsi dan diraih apabila kita dapat menyatukan hubungan baik di antara pemimpin dan belia di kawasan ini kerana mereka adalah sebahagian daripada keutamaan negara,” katanya.

Berucap merasmikan Sukan Rakyat Peringkat Kampung Tanjung Aru di sini pada Sabtu lepas, Saddi berkata, Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan kelab itu akan berkerjasama bagi menjayakan penganjuran tersebut bagi mencapai misi dan visinya.

Katanya, pelbagai pihak yang boleh memberikan sumbangan menjayakan program itu akan juga diundang bagi mempastikan program kesukanan peringkat Dun itu mariah dan mendapat penyertaan seluruh belia di Sukau.

Kata Saddi, acara sukan tahunan kawasan itu akan diadakan secara bergilir-gilir melibatkan 42 Kampung dalam kawasan Dun Sukau.

Kata Saddi, beliau merasa simpati terhadap golongan itu di Sukau kerana sehingga kini sudah amat jarang diadakan program sukan, apalagi yang melibatkan program pembangunan sukan teras dalam usaha mencungkil bakat-bakat sukan seperti bolasepak, badminton, sepaktakraw dan banyak lagi, yang boleh ditonjolkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Keadaan seperti itu, kata Saddi, jika berterusan boleh membawa fenomena yang tidak baik terhadap golongan muda dan belia dalam menjayakan pembangunan sukan negara, sekaligus mencetuskan hubungan yang tidak sihat dengan pimpinan kerajaan yang ada sekarang.

“ Mereka (belia) harus diberikan keutamaan. Bukan saja dalam soal pembangunan sukan, tetapi bidang pendidikan dan sosio ekonomi mereka. Kedudukan mereka sebagai aset negara bagi mengambilalih pimpinan akan datang sudah tentu lebih teratur dan cekap jika pembelaan ini sentiasa diperhebatkan,” katanya dengan menambah program sukan yang dianjurkan itu adalah salah saluran penting untuk mendekati golongan tersebut.

Saddi menambahkata, beliau sudahpun memaklumkan Menteri Belia dan Sukan Negeri yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin berhubung hasrat menganjurkan Pesta Sukan Peringkat Dun itu.

“ Menteri itu pada dasarnya menyambut baik cadangan ini dan saya percaya akan ada langkah-langkah seterusnya untuk mempastikan program ini mendapat kerjasama kementerian dan agensi-agensinya kelak,” kata Saddi.

Saddi yakin kedudukan Sukau sebagai salah satu distinasi pelancongan penting di negeri ini akan menjadikan program tersebut salah satu tarikan penting, memandangkan ianya akan menyajikan acara-acara sukan yang bersifat kebudayaan dan mampu menarik kehadiran pelancong asing.

Pada penganjuran Sabtu lepas, beberapa acara menarik diadakan sempena penganjuran itu yang antaranya melibatkan acarapadang, sukan air dan persembahan kebudayaan masyarakat kampung nelayan di Tanjung Aru.

Selesai.

Wakil rakyat terkejut Jabatan Hutan tebang pokok sawit penduduk Kampung yang didakwa ceroboh hutan simpan


Saddi menunjukkan kelapa sawit yang ditebang oleh kakitangan jabatan hutan.


Saddi berbincang dengan para pekebun kecil berkaitan kawasan tanah di Kampung Perpaduan Datu Ogi.


SUKAU wakil rakyat kawasan ini terkejut dengan tindakan kakitangan jabatan hutan daerah Kinabatangan menebang sejumlah besar tanaman kelapa sawit di Kampung perpaduan Datu Ogi, Batu Putih di sini Jumaat lepas yang didakwa terletak dalam kawasan hutan simpan.

Saddi Haji Abdul Rahman hairan dengan keputusan jabatan itu yang mempertikaikan kepentingan penduduk serta penjelasan berhubung status tanah mereka, sebaliknya bertindak agresif memusnahkan ratusan pokok kelapa sawit yang sudah ditanam dan mengeluarkan hasil itu.

Saddi yang bergegas meninjau kawasan tanah kebun terlibat petang Jumaat, mendapati kawasan kebun kelapa sawit yang ditebang itu adalah milik Haji Payani Bte Kandam, 60an, Sandara Bte Darmansah 64, Nurni Payani dan Zainatun Bte Otoh, kesemuanya penduduk berbangsa Sungai.

Berdasarkan penjelasan para pekebun kecil terlibat kepada beliau, dianggarkan kerugian keseluruhan akibat tindakan itu mencecah RM34,000, dengan setiap dari empat lot rugi RM11,610.

“ Saya amat kecewa dan sedih ….. Sepatutnya kakitangan jabatan mendapatkan penjelasan lengkap berhubung kedudukan tanah itu sebelum bertindak, termasuklah daripada pihak saya.

“Penduduk di sini juga tidak boleh disalahkan. Kerana keseluruhan kawasan tanah di sini sudah mendapat kebenaran diduduki di bawah skim pekebun kecil daripada kerajaan negeri sejak 20 tahun lalu,” katanya yang terkilan melihat kesan kemusnahan kelapa sawit yang menjadi sumber ekonomi penduduk itu.

Tambah Saddi, kerajaan pada ketika itu telah membenarkan para pemohon pekebun kecil di situ memiliki tidak kurang dari 15 ekar bagi setiap keluarga untuk tujuan pertanian.

Bagaimanapun, Saddi menjelaskan, ketetapan kerajaan itu sudah ditegaskan semula menerusi surat bertarikh 4 Hb September, 2008 yang dikemukakan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah Kinabatangan kepada Pengarah Jabatan Hutan agar kerja-kerja menyukat persempadangan hutan simpan milik jabatan itu berdekatan dengan Kampung perpaduan Datuk Ogi, ditangguhkan dahulu sehingga selesainya kerja-kerja penyuakatan lot-lot tanah penduduk kampung berkenaan.

Katanya, keputusan itu yang dihantar sesalinan kepadanya berassaskan keputusan mesyuarat jawatankuasa penggunaan tanah (LUC) daerah Kinabatangan yang telah meluluskan 15 ekar setiap loti bagi pemohon terlibat.

Kata Saddi, sebagai wakil rakyat yang kerap menerima aduan masalah pekebun kecil terlibat, beliau sudah kerap kali menyuarakan perkara ini di Persidangan Dewan Undangan Negeri dan kerajaan negeri juga telah memutuskan usaha pengukuran semua tanah milik pekebun kecil di kawasan Sukau ini termasuklah di kampung Perpaduan, Datuk Ogi itu akan diselesaikan tahun ini,” katanya.

Tetapi samada pekara itu, difahami kakitangan Jabatan perhutanan terlibat atau tidak, tegas Saddi, hingga membawa kepada tindakan menebang kelapa sawit itu beliau masih tidak faham.

Menurut pekebun kecil berkaitan, jabatan itu dijangka akan meneruskan tindakan mereka menebang kelapa sawit yang dianggap memasuki kawasan hutan simpan di situ.

“ Saya juga sudah menghubungi salah seorang kakitangan jabatan berkenaan di Kinabatangan dan meminta operasi penebangan itu dihentikan sementara sehingga pengukuran tanah berkenaan selesai dilakukan.

“ Kerana mana mungkin pekebun kecil terlibat boleh meneruskan kehidupan mereka di sini jika tanah yang dimiliki tidak mencapai 10 ekar akibat tindakan jabatan itu,” katanya.

Beliau juga meminta penduduk terlibat bersabar dengan keadaan itu dan menyerahkannya kepada beliau dan kerajaan BN untuk menyelesaikannya.

Sandara yang ditemui melahirkan rasa sedih dengan keadaan itu berikutan tindakan jabatan itu turut memusnahkan rumah papan serta reban ayam miliknya untuk mendiami kawasan itu.

“ Saya sedih, berpuluh tahun sudah kami di sini berkebun kelapa sawit. Tiba-tiba kakitangan jabatan memusnahkan apa yang sudah kami lalukan dengan susah payah,” katanya.

Seorang guru, Asmat Ali yang pihak keluarga isterinya memiliki kebun kelapa sawit di situ juga merasa kecewa kerana kakitangan jabatan hutan yang terlibat dalam operasi itu sama sekali enggan bertolak ansur, walaupun dirayu supaya menangguhkan tindakan itu sementara penduduk meminta wakil rakyat yang ada campur tangan.

“ Saya sebalinya diherdik oleh salah seorang dari kakitangan jabatan itu ketika membuat rayuan.. bahawa mereka tidak perdulikan siapapun wakil rakyat kami kerana mereka menjalankan arahan jabatan,” kata Asmat.

Sedangkan, kata Asmat, banyak lagi alternatif boleh dilakukan jabatan itu daripada membuat tindakan terburu-buru tersebut termasuklah mengenakan caj sewa tanah kepada penduduk sehingga penanaman semula kelapa sawit itu menjangkau usia 25 tahun.


CADANGAN WUJUDKAN PUSAT KAJIAN PEMBIAKAN BURUNG DI GUA GOMANTONG DISAMBUT BAIK : SADDI




SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman amat menyambut baik cadangan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun agar sebuah pusat kajian santifik berhubung Pembiakan Sarang Burung di Gua Gumantong diwujudkan akan datang.

Katanya, cadangan tersebut memang amat tepat kerana ia bukan saja menghasilkan kaedah bagaimana memperbanyakkan pengahsilan sumber itu meningkat dan berkekalan, tetapi merangkumi soal khasiat dan kebaikannya sebagai sumber makanan dan minuman excotic untuk kesihatan.

“ Saya memang mengharapkan satu kajian mengenainya (Gua Gumantong) dapat diwajudkan demi meningkatkan nilai ekonomi salah satu produk pelancongan dan sumber ekonomi rakyat di kawasan Sukau,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Masidi sempena Majlis Perjanjian MOU antara Jabatan Hidupan Liar dan Universiti Cardiff berkaitan pengujudan Pusat Kajian Hidupan Liar Lembah Kinabatangan di Danau Girang di sini, Jumaat lepas.

Katanya, sebagaimana pengujudan pusat kajian Hidupan Liar di Danau Girang itu, kajian yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana pusat pengajian tinggi termasuk dari dalam negara terhadap kedudukan Gua Gumantong yang berpotensi sebagai sektor pelancongan dan perdagangan sumber itu.

Saddi berkata, syor dan pandangan menteri itu amat selari dengan cadangan beliau untuk mengujudkan Taman Gumantong yang menyediakan pelbagai kemudahan rekriasi di persekitaran gua tersebut yang akan dipanjangkan kepada kerajaan negeri.

Kata Saddi, apabila taman itu menjadi realiti kelak dengan kedudukan habitat dan pengahsilan ekonomi dari sumber sarang burung di gua itu meningkat, ianya akan menguntungkan banyak pihak.

“ Sudah tentu bukan saja kepada rakyat tempatan yang bergantung kepada sumber ekonomi di gua ini, tetapi kepada pengusaha sarang burung yang mendapat kontrak penuaian itu daripada kerajaan negeri,” katanya

Difahamkan produk sarang burung Gua Gumantong hari ini dikenali di merata rantau asia kerana khasiat kesihatan yang terkandung dalam bahan herba itu yang bermutu tinggi dan membawa kepada nilai pasaran puluihan juta ringgit setiap semusim penuaiannya

Kontrak penuaian sarang di gua itu dibenarkan kerajaan negeri kepada pengusaha yang layak ialah antara bulan April, September dan Disember.

Dalam pada itu, kata Saddi, pengwujudan pusat kajian sains berkaitan pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar di Danau Girang melibatkan Universiti Cardiff menerusi MOU dengan Jabatan Hidupan Liar membawa keuntungan jangka panjang kepada rakyat dan negeri Sabah.

“ Kalau dulu, masyarakat kampung tidak begitu memahami soal pengjagaan alam sekitar di kawasan masing-masing. Tetapi hari ini, dengan berkembangnya bidang-bidang ekonomi pelancongan, mereka amat menghargai sebagai sebahagian daripada produk pelancongan.

“ Saya mahu soal ilmu dan pengalaman berkaitan alam sekitar ini menjadi sebahagian lagi aset penduduk terutama mereka yang terlibat memajukan sektor perlancongan walaupun bermula dari peringkat kecil-kecilan,” katanya.

Dengan memuji pencapaian kajian univerisiti di kawasan itu hingga membawa pengistyiharan sebuah kawasan hutan Paya dilindungi kerajaan seluas 28,000 hakter (Ramsar), Saddi bersetuju jika tempoh kajiannya selama lima tahun bermula dua tahun lalu dilanjutkan untuk kebaikan kawasan tersebut.

Mengenai syor Masidi agar pihaknya mengemukakan kertas cadangan lengkap bagi mengujudkan Gumantong Park, beliau berkata, perkara itu akan disediakan dalam sedikit masa lagi.

“ Namun pada perinsipnya, saya berterima kasih di atas riaksi beliau terhadap cadangan itu (Gumantong Park). Maka reaksi ini akan memberikan dorongan kepada kami untuk menyediakan keperluan itu secara mungkin,: kata Saddi.

Selesai.


Maisidi, Saddi dan Madinin Zinin memerahti MOU antara Prof Dr. Mike dan Laurentius.


UNIVERSITI CARDIFF BUAT KAJIAN LIMA TAHUN DI DANAU GIRANG


SUKAU : Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masjidi Manjun berkata, rakyat negeri ini akan mendapat banyak manfaat berkaitan kaedah perlindungan flora dan fauna serta hidupan liar menerusi kajian lima tahun oleh Universiti Cardiff di Danau Girang, sebuah kawasan paya hutan dilindungi dekat Sungai Kinabatangan di sini.

Kata menteri itu, kajian meluas pusat pengajian tinggi daripada United Kingdom itu antara lain akan mempelbagaikan pengetahuan rakyat negeri ini untuk menjadikan perlindungan hidupan liar serta habitan hutan sebagai sebahagian produk pelancongan kekal dan menguntungkan di negara ini.

“ Saya merasakan masyarakat bukan saja di Sukau, malah negeri Sabah akan menikmati faedah ini di mana pakar-pakar dari Universiti Cardiff akan memaklumkan kepelbagai maklumat secara sains berhubung hasil kajian di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Pusat Kajian Pengurusan Hutan Paya Kinabatangan, Danau Girang antara Jabatan Hidupan Liar dan Cardiff Universiti Liar Sabah di sini Jumaat lepas.

MOU itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurentius Ambu dan Prof. Dr. Mike Bruford mewakili Universiti Cardiff. Turut sama menyaksikan MOU itu ialah Adun Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman.

Perjanjian yang sama antara kedua-dua pihak telah dilakukan dua tahun lalu dan MOU kali ini merupakan pembabitan kerjasama yang lebih spesifik berhubung kajian berkaitan.

Kata Masidi, pengahasilan daripada kajian pertama Cardiff Universiti itu telah membawa kepada pewartaan Kawasan Hutan Paya (RAMSAR) seluas 28,000 hakter di Danau Girang di sini yang mendapat pengiktirafan dunia.

Katanya, pengiktirafan itu menjadi kawasan hutan dan hidupan liar yang dilindungi di Sukau terus mendapat tumpuan pakar-pakar penyelidik dan pelancong dari luar negara untuk membuat penyelidikan dan lawatan ke kawasan ini

Dengan keupayaan itu telah mampu menambah jumlah distinasi pelancongan serta kajian mengenai kawasan seumulajadi di Kinabatangan .dan Sabah, yang memberikan kesan yang besar terhadap kepentingan ekonomi penduduk setempat.

Bercakap kepada media kemudiannya, Masidi yang juga Adun Ranau berkata, kewujudan habitat hidupan hutan dan sungai paya akan menjadi sebahagian kajian menyeluruh oleh pusat pengajian tinggi eropah itu.

“ Atas faedah kajian yang kita fikirkan memang menguntungkan rakyat dan negeri ini, itu sebab saya juga mencadangkan agar tempoh kajian ini dipanjangkan sehingga 10 tahun,” kata Masidi.

Hasil kajian tersebut, tambah Masidi, akan menjadi kualiti ekonomi kepada pembabitan masyarakat kampung dalam bidang pelancongan dan memberikan pengalaman serta pengetahuan baru kepada para pelancong.

Dalam pada itu, Masidi berminat jika kajian terperinci seumpama itu turut dilakukan terhadap Gua Gumantong, sebuah kawasan pengeluaran saranf burung layang-layang dalam kawasan Dun Sukau.

“ Kita memang mengharapkan kajian sedemikian kerana kita mahu bagaimana keupayaan sains boleh memperbanyakkan jumlah sarang burung di Gua Gumantong tanpa perlu mengikut musim,” katanya.

Katanya, jika ada mana-mana pusat pengajian tinggi berminat terhadap kajian ini, pihaknya amat mengalu-alukan demi meningkatkan lagi bidang ekonomi di daerah ini.

Dalam pada itu, kementeriannya amat menyambut baik cadangan wakil rakyat di kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman untuk mengujudkan sebuah taman komersial yang dikenali sebagai Gumantong Park untuk menambah nilai produk pelancongan di sini.

“ Hanya sedikit syarat perlu dipatuhi… ini kerana kawasan hutan di sekitar gua itu adalah di bawah milik Jabatan Perhutanan.

“ Tetapi saya fikir jika pembinaan bangunan berbentuk homestay serta memenuhi konsep taman itu tidak menganggu pemuluharaan alam sekitar, saya fikir cadangan (Saddi) itu tidak ada masalah. Saya memang bersetuju dengan cadangan ini,” katanya.

Tentang berberapa cadangan untuk memajukan kawasan Gua Gumantong itu serta satu pesta ‘mendarah’ sambutan tradisi sebelum memulakan penuaian sarang burung di gua itu, Masidi berkata,

“ Saya sudah menyarangkan saudara Saddi supaya mengemukakan kertas cadangan berhubung perkara itu sebelum pihaknya melakukan langkah-langkah sokongan lanjut, Namun pada perinsipnya pihak kementerian kita berminat terhadap cadangan menguntungkan ini,” katanya.

Selesai.

Saddi mengiringi Masidi untuk meninjau kawasan dalaman Gua Gumantong.

CADANGAN GUMANTONG PARK TELAH MENDAPAT PERSETUJUAN MENTERI : SADDI

KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata cadangan mengwujudkan Gumantong Park telah mendapat persetujuan pengwujudannya dari Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau menambah menteri itu menyambut baik cadangan agar kawasan persekitaran di Gua Gumantong, gua yang menyimpan khazanah sarang burung layang-layang terkenal di asia tenggara itu, dilengkapi pelbagai kemudahan berteraskan pelancongan untuk mencapai misi berkenaan.

“ Malah Datuk Masidi menyatakan bahawa cadangan mengwujudkan Gumantong Park di kawasan yang hampir dengan gua itu amat strategik dan berkeupayaan untuk menarik lebih ramai pelancong luar negara ke sini,” katanya selepas menghadiri satu program menemui rakyat di sini.

Kata Saddi, menteri itu mengutarakan riaksi ke atas cadangan itu selepas melawat kawasan gua tersebut selama lebih sejam, beberapa jam selepas satu lawatan kerja di Kampung Bilit minggu lepas.

Katanya, dalam lawatan ke gua itu, Masidi menambah masa lawatannya lebih lama bagi meninjau persekitaran gua itu sebelum memasuki ke salah sebuah kawasan penuaian sarang burung di Gua Gumantong bagi memerhatikan keadaan dalaman gua tersebut.

Menteri itu, kata Saddi, dilihat berpuas hati dengan kegiatan pemuliharan di dalam dan persekitaran gua sebagai mengekalkan keindahannya yang merupakan salah satu tumpuan pelancong di Sabah.

“ Menteri itu juga mengumumkan bahawa pihaknya sudah bersetuju bagi memasukkan ‘Itiadat Mendarah’ di Gua Gumantong sebagai salah satu aktiviti ritual bagi memulakanya kegiatan menuai sarang burung di gua itu, dalam kalender Pelancongan Negeri bermula tahun depan,” kata Saddi..

Menteri itu, katanya, mahu istiadat mendarah di kalangan penduduk setempat itu dijadikan sebagai salah satu program menarik bagi menarik kehadiran pelancong ke gua itu yang disambut secara besaran.

Dengan menyambut baik sokongan yang diberikan menteri itu, Saddi berkata, pihaknya akan merangka pelbagai perancangan agar aktiviti menarik pelancong itu mendapat kerjasama padu rakyat.

Kata Saddi, menteri itu juga optimis aktiviti sedemikian merupakan satu acara tambah nilai kepada kewujudan Gumantong Park di masa depan.

“Apa yang saya harapkan, kunjungan Datuk Masidi ke gua berkenaan serta kawasan pelancongan Sukau dan Bilit membolehkan menteri itu menilai lebih dekat peluang serta perspektif berbeza berkaitan pelancongan di kawasan ini yang bukan saja menguntungkan pengusahanya tetapi rakyat di kawasan ini, menerusi pelbagai peluang yang ada,” katanya.

Maka wakil rakyat itu berharap menteri pelancongan tersebut dapat juga mengambil langkah susulan terhadap cadangan itu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurestius Ambi, Penolong Pegawai Daerah, Arisin Aripin serta kakitangan daripada UPKR Sukau..

selesai




RAKYAT TEMPATAN JANGAN TERLALU MEMILIKI PEKERJAAN : SADDI

KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan salah satu faktor rakyat tempatan di luar bandar gagal merubah masa depan ekonomi mereka kerana sikap terlalu memilih pekerjaan.

Beliau berkata, sikap negatif yang menjadi tradisi di kalangan belia termasuk mereka yang berpendidikan baik itu turut mengagalkan perladangan visi dan misi kerajaan untuk membangunkan beberapa sektor berpotensi demi memajukan rakyat luar bandar.

“ Antaranya, bidang perladangan yang kepakaran mengenainya dikuasai sektor swasta di negara ini. Prespektif golongan muda yang menggangap bekerja di ladang sebagai ketinggalan zaman dan kotor, menjadikan peluang pekerjaan di sektor itu dikuasai buruh asing,” katanya.

Berucap merasmikan Program Pengajian Pekerja Tempatan di Sektor Perladangan, Program Penempatan Pekerjaan (3P) dan Taklimat Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia di Luar Negara di Balairaya Kampung Sukau di sini, Saddi berkata, pemahaman mendalam terhadap bidang kerjaya di sektor itu perlu diterokai, kerana bidang tersebut terus menjanjikan masa depan ekonomi yang cerah kepada rakyat tempatan.

Program itu adalah anjuran bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dengan Kerjasama Kretam Holding Berhad, salah sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia.

Turut hadir pada program itu dan menyampaikan ucapan ialah Pengarah Tenaga Kerja Sabah, Hajjah Siti Aishah Haji Mohd Asri, Pengurus Kanan Kretam Holding Berhad (KHB), Florian John Modoit.

Saddi berkata, usaha memberi kefahaman terhadap peluang-peluang kerjaya seperti perladangan, pelancongan dan pembuatan yang menjadi antara fokus utama kerajaan menjana ekonomi negara hari ini perlu dikongsi bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan syarikat swasta seperti KHB.

“ Saya amat mengalu-alukan program road show jabatan ini bersama KHB. Kalau boleh bukan sekadar di dalam Kampung Sukau, tetapi melibatkan kawasan-kawasan lain dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau yang masih memiliki ramai belia yang tidak memiliki pekerjaan.

“ Tugas ini sememangnya dapat mengurangkan lagi peranan saya yang perlu menyelesaikan banyak lagi soal-soal berkaitan ekonomi di kawasan ini.

“ Saya sedar antara lain tanggungjawab kami wakil rakyat perlu menyelesaikan masalah pengganguran di kalangan rakyat. Tetapi apa yang ada pada hari ini bukan saja telah melibatkan penyertaan mereka yang pakar terhadap isu dan soal peluang pasaran pekerjaan,” kata Saddi./

Tetapi mendedahkan peluang pekerjaan khususnya perladangan dari perspektif yang berbeza, termasuk membuka terus peluang perkerjaan di sektor swasta yang perlu diisi dalam masa pantas.

Lebih 100 orang belia dari Kampung Sukau mengisi lebih 200 kekosongan yang diwujudkan oleh KHB dan mereka yang layak dan berminat akan diserapkan terus dalam kekosongan dalam sektor ladang milik badan swasta itu yang terdapat di beberapa kawasan di Sabah.

Tambah Saddi, sektor perladangan kelapa sawit sentiasa menyediakan peluang ekonomi yang cerah kepada belia, apalagi kerana bidang tersebut sentiasa berkembang pesat di peringkat pasaran antarabangsa, selain bidang-bidang berasaskan R&Dnya telah membawa komoditi itu menerokai pelbagai bidang hiliran yang mencakupi tuntutan dunia maju sebagaimana yang telah dicapai hari ini.

Maka itu, katanya, apabila anak tempatan termasuk dari Sukau bersedia menguasai komoditi kelapa sawit di peringkat buruh, sudah semestinya mereka juga memiliki peluang luas untuk menguasainya bidang pengeluaran berteknologi tinggi itu.

“ Aspirasi dan cita-cita seperti ini yang perlu menjadi matlamat murni golongan belia di luar bandar,” katanya yang berbangga kepada daya usaha kedua pihak menjayakan program itu di kawasannya.

Sementara itu, Hajah Siti Aisah berkata, program seperti itu akan diteruskan di kawasan Dun Sukau, dalam usaha menyedarkan belia terhadap peluang di bidang perladangan dan sumber ekonomi lain menerusi prsspektif berbeza.

“ Sebagai mewakili pihak kerajaan saya memuji dengan keikhlasan KHB dan rakyat di kawasan ini untuk menyertai program ini sebagai salah satu usaha melakukan perubahan, “ katanya yang memuji sikap kepimpinan di kawasan ini yang prihatin terhaadap rakyat.

Beberapa pamrean yang melibatkan cabang-cabang di bawah jabatan Tenaga Kerja Malaysia diadakan dalam program itu

TAMAT








MANGSA ANGIN KENCANG TERIMA BANTUAN DARI YB. SADDI

Seramai 44 keluarga dari empat buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Kinabatangan yang terlibat dengan bencana angin kencang telah menerima bantuan atap zink dari wakil rakyat mereka, Saddi Abdul Rahman.

44 buah keluarga ini merupakan penduduk Kampung Semayang, Kampung Lubukan, Kampung Selogong dan Kampung Sungai Madang.

Dalam kejadian pada 8 Jun yang lepas, atap zink rumah keluarga yang terlibat ini telah diterbangi angin akibat bencana angin kencang yang berlaku di kawasan berkenaan.

Akibat dari itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman telah menyediakan peruntukkan bagi membantu rakyat di kawasan itu yang terlibat bencana angina kencang itu.

Walaupun terpaksa menggunakan bot dari bandar Sandakan untuk sampai ke Kampung Semayang bagi menyampaikan bantuan atap zink kepada mangsa yang terlibat.

Saddi dalam ucapannya memberitahu mangsa-mangsa bencana alam perlu banyak-banyak bersabar dengan apa yang berlaku.

Beliau turut mahu pemimpin di setiap kampung perlu membuat laporan segera dengan apa yang berlaku agar bantuan dapat disalurkan dengan cepat.

` Pemimpin diperingkat kampung inilah yang perlu memainkan peranan bukan sahaja membuat laporan kejadian seumpama ini tetapi membuat laporan mengenai penyediaan kemudahan asas dan infrastuktur yang diperlukan oleh rakyat di setiap kawasan yang diwakili mereka’, katanya.

Saddi turut mahu pemimpin masyarakat diperingkat kampung ini tidak tidur sebaliknya segera membuat laporan kepada pihaknya untuk memastikan permasalahan rakyat dapat diajukan kepada pihak kerajaan dan diselesaikan demi kebaikkan serta keselesaan rakyat.

Beliau kini akan membuat satu pendekatan baru seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana `Rakyat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

` Pendekatan baru itu ialah saya sendiri akan turun padang bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada tangan rakyat itu sendiri sama ada mereka itu terlibat dengan bencana alam atau memerlukan sumbangan ‘, katanya.

Saddi menjelaskan ini adalah satu pendekatan yang baik dimana kita lebih mengenali rakyat yang menerima bantuan sekaligus mengenalpasti permasalahan yang mereka hadapi.
` Usaha ini kita akan jalankan secara berterusan dalam membantu golongan yang susah dan memerlukan bantuan’, tegasnya.

Dalam pada itu permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat kampung Semayang mengenai masalah jalanraya menghubung ke Kampung Sungai Madang, Saddi menjelaskan ia akan mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Hutan Sabah mengenai perkara itu.
` Pihaknya akan membawa turut sendiri Pengarah Jabatan Perhutanan ini bagi melihat sendiri permohonan penduduk kampung yang mahukan jalanraya berkenaan yang terpaksa merentasi kawasan hutan simpan di kawasan itu’, katanya.

Beliau juga akan berusaha bukannya berjanji tetapi akan membantu masyarakat kampung disitu untuk menyediakan jalanraya berkenaan walaupun terpaksa menggunakan peruntukan ADUN.

` Ini adalah untuk kepentingan rakyat, tidak salah kita menyediakan kemudahan itu untuk keselesaan dan meningkatkan ekonomi rakyat disekitar kawasan berkenaan’, katanya.

Saddi menambah sekiranya jalanraya berkenaan telah disediakan sudah tentu rakyat disitu dapat mengangkut hasil laut dan tanaman mereka untuk dipasarkan ke bandar Sandakan.

` Kita hanya menyediakan kemudahan infrastuktur dan mereka (penduduk) dapat meningkatkan ekonomi mereka sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan’, katanya.

Beliau menjelaskan dimana kita telah membuka ruang yang luas kepada mereka melalui penyediaan kemudahan infrastuktur berkenaan.

Sementara itu, Saddi turut mahu rakyat di kawasan itu sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segala perancangan dalam membangunkan kawasan ini berjalan mengikut jadual.

` Rakyat juga perlu sedar dimana kerajaan BN sahaja yang mampu membangunkan negeri ini ‘, katanya yang mahu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan perpaduan.

Beliau menambah mereka ini (pihak tertentu) mahu melihat berpecah-belah dan menimbulkan bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan sedangkan mereka tidak tahu selama ini hanya kerajaan BN telah berusaha membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

` Saya amat yakin dimana rakyat di DUN Sukau ini tidak akan dipinggirkan oleh kerajaan BN kerana wakil rakyat disini adalah datangnya dari BN’, katanya sambil menjelaskan ini adalah satu pilihan bijak rakyat DUN Sukau yang memilih wakil BN untuk mewakil mereka.

Saddi berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan segala pembangunan dan bantuan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat.

Sebelum ini, Saddi juga telah menyampaikan sumbangan bantuan zink kepada 61 keluarga dari empat buah kampung di Zon Batu Putih iaitu Kampung Sentosa Jaya, Kampung Perpaduan Datuk Ugi, Kampung Batu Puteh dan Kampung Mengaris.

Dua keluarga lagi telah menerima bantuan tangki air dan Saddi juga turut menyampaikan 100 buah kerusi kepada Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan untuk kegunaan rakyat disitu.

Turut hadir, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau Sharin Abdul Rahman dan para pemimpin Unit PKR .

selesai





KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman menasihati para pemimpin di kawasan itu agar tidak melaga-lagakan pemimpin dengan pemimpin lain kerana ia satu perbuatan yang memecah-belahkan perpaduan.

` Mereka ini boleh diibaratkan sebagai `langau’ yang berkeliaran ‘, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Parpaduan, Batu Putih 1 & 2 dan penyerahan bantuan projek bekalan mukim Batu Puteh di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan Datuk Ugi, kelmarin.

Beliau menjelaskan ia dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tiada masalah dalam membelah nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau.

` Kami telah lama berjuang bersama-sama dalam Umno dan kami tidak menghadapi apa-apa masalah’, tegasnya sambil memberitahu dimana orang-orang yang bermasalah ini adalah para pemimpin yang sakit hati terhadapnya membuat laporan buruk mengenainya kepada Datuk Bung Moktar.

Saddi hairan dengan sikap `langau’ berkenaan yang cuba merosakkan perpaduan dan jalinan kerjasamanya dengan Datuk Bung Moktar.

` Saya tidak pernah lawan Ketua Umno Bahagian (Datuk Bung Moktar) semasa pemilihan Umno tahun lepas, tetapi cuba mahu mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Bahagian ‘, katanya.

Beliau berkata pemilihan telah berlalu dan ia menerima kekalahan berkenaan cuma ada pemimpin Umno yang melaga-lagakannya dengan Datuk Bung Moktar dengan menghantar laporan yang buruk.

` Tidak ada laporan yang baik dihantar kepada Datuk Bung Moktar terhadap diri. Apabila kita hari-hari dikipas oleh orang tertentu sudah tentu kita pun panas ‘, tegasnya.

Saddi yang juga Ketua Umno Cawangan Kampung Perpaduan mengingatkan para pemimpin berkenaan jangan putar belit fakta untuk kepentingan individu.

` Saya dan Datuk Bung Moktar Radin mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya melayan sikap pemimpin yang memecah-belahkan perpaduan’, katanya.

Dalam pada itu, Saddi juga tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya seperti Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Kampung dan para pemimpin di bawah pentadbirannya untuk tidak melayan dan tidak hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Datuk Bung Moktar Radin atau para pemimpin di bahagian Umno Kinabatangan.

` Saya mahu mereka menghormati para pemimpin terutamanya Datuk Bung Moktar Radin yang merupakan pemimpin yang telah lama mencurah bakti untuk kebaikkan dan keselesaan rakyat Kinabatangan.

Beliau meminta para pemimpin ini agar menghentikan perbuatan `langau’ ini yang hanya merosakkan perpaduan antaranya dengan Datuk Bung Moktar Radin sehingga rakyat keliru.

Pada majlis itu, Saddi telah menyampaikan bantuan tangki air kepada dua keluarga, 61 keluarga terima bantuan zink dan 100 buah kerusi untuk dewan serbaguna kampung.

Selesai

Pengukuran tanah milik orang Kampung Sentosa Jaya serta beberapa kampung lain akan dilakukan







KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman berkata tanah-tanah milik penduduk kampung di Kampung Sentosa Jaya, Kampung Perpaduan Datuk Ugi dan beberapa kampung berhampiran akan dijalankan pengukuran tanah oleh pihak kerajaan dalam tahun ini.

Saya telah mendapat jaminan dari menteri bertanggungjawab semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas dimana pengukuran tanah-tanah milik orang kampung ini akan diukur katanya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Perpaduan, Batu Putih 1 dan 2 serta Penyerahan Bantuan Projek Bekalan Mukin Batu Puteh di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan Datuk Ugi, kelmarin.

Beliau menambah ini adalah salah satu masalah rakyat di kawasan ini sekian lama dan masalah tanah ini perlu diselesaikan.

Sekiranya pengukuran tanah ini telah dijalankan, penduduk kampung perlu mengusahakan tanah-tanah milik mereka untuk meningkatkan ekonomi ‘, katanya.

Saddi tidak mahu ada penduduk kampung yang telah tanah mereka diukur bertindak menjual atau mengabaikan tanah itu (terbiar).

Ini adalah satu tindakan yang tidak awajar dilakukan sebaliknya berbudi kepada tanah dan sudah pasti akan menikmati hasilnya yang akan mampu meningkatkan ekonomi keluarga itu’, katanya.

Beliau juga amat mengharapkan kepada pihak kerajaan dimana tanah-tanah milik penduduk kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat.

Dalam pada itu, Saddi turut menegur Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar mencurahkan khidmat dengan lebih berkesan untuk rakyat.

Kenalpasti segala masalah rakyat disetiap kampung dan membuat laporan kepada pihaknya katanya yang mahu perkhidmatan yang lebih berkesan dijalankan demi kepentingan rakyat.

Beliau juga memberitahu dimana rakyat juga boleh menghubunginya melalui laman blognya selain JKKK yang telah dibekalkan dengan broadband.

Saddi tidak mahu ada pemimpin yang bercakap kosong di kedai-kedai kopi dengan mengkritik kepimpinannya sebaliknya mereka salurkan ketidakpuasan hati itu ke laman blognya untuk ia memperbetulkan segala kepincangan atau kesilapan yang dilakukan.

Sementara itu, Saddi turut meminta pemimpin-pemimpin di kawasan itu agar berhenti melaga-laganya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Saya dengan Datuk Bung ini tidak menghadapi sebarang masalah. Cuma ada pihak yang melaga-lagakan kami dan tidak senang dengan kepimpinannya’, katanya.

Beliau menjelaskan dimana sikap mereka itu hanya merosakkan perpaduan dan jalinan kerjasamanya dengan Datuk Bung untuk membelah rakyat di kawasan ini.

Pada majlis itu, Saddi turut menyampaikan bantuan zink kepada 61 keluarga dari empat buah kampung iaitu Kampung Sentosa Jaya, Kg. Perpaduan Datuk Ugi, Kampung Batu Puteh dan Kg. Mengaris.

Sebanyak 100 buah kerusi juga turut disampaikan untuk kegunaan Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan Datuk Ugi dan dua keluarga lagi menerima bantuan tangki air.

Turut hadir, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau Sharin Abdul Rahman dan para pemimpin di kawasan itu.



KINABATANGAN : Kementerian Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah membeli tanah milik persendirian dan ladang-ladang sawit sebagai penghubung hutan simpan ke satu hutan simpan lain untuk tujuan pembiakkan hidupan liar secara berterusan terutamanya badak.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata usaha ini adalah untuk memastikan pembiakkan badak secara berterusan yang kini hanya terdapat tiga kurang 30 ekor di Sabah.

Beliau memberitahu dimana tanah-tanah yang dipulihkan ini sebagai penghubung hidupan liar ke satu hutan simpan ke hutan lain bagi tujuan pembiakkan secara berterusan hidupan liar seperti badak yang kian berkurangan dari tahun ke tahun.

` Pembiakkan badak ini terbantut akibat hutan yang semakin sempit dan tidak dapat dihubungkan ke satu kawasan hutan lain yang juga terdapat badak di kawasan itu’, jelasnya.

` Tanah-tanah yang dibeli itu akan dipulihkan dengan ditanam pokok-pokok ‘, katanya ketika merasmikan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Industri Pelancongan Kinabatangan (KiTA) di Dewan Serbaguna Kampung Bilit, petang Isnin.

Beliau menambah Tanah Simpan Ripirian yang terletak ditebing sungai ini juga pihaknya akan pulihkan untuk tujuan sama.

` 30 hingga 60 meter dari tebing sungai akan tanam dengan pokok sebagai langkah pemulihan ‘, katanya sambil menegaskan dimana tanah simpan yang telah dicerobohi oleh ladang-ladang sawit akan diambil dan dipulihkan.

Masidi menjelaskan tanah tebing sungai ini tidak boleh dicerobohi kerana ia adalah tanah simpan ripirian yang telah digezetkan untuk tujuan hidupan liar.

` Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (EMPA) telah memberi jaminan bagi membantu pemuliharaan tebing sungai berkenaan’, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh kualiti air Sungai Kinabatangan yang telah tercemar akibat aktiviti peladangan terutamanya penerokaan tanah-tanah simpan ripirian tebing sungai dan sisa-sisa pembuangan baja.

` Walaupun terdapat langkah pemuliharaan sungai kinabatangan tetapi kualiti airnya telah tercemar akibat dua faktor berkenaan’, katanya.

Beliau berkata pembuangan baja ke kawasan ladang yang berhampiran sungai Kinabatangan ini merupakan faktor utama pencemaran yang boleh menjejaskan hidupan sungai seperti udang galah dan sebagainya.

Masidi turut meminta semua pihak agar membantu usaha-usaha pemuliharaan hutan dan menjaga kualiti sungai Kinabatangan secara berterusan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Saddi Abdul Rahman, Presiden KiTA Alexander Yee, Pengerusi Persatuan Pelancongan Sandakan Datuk John Lim dan para pemimpin masyarakat di kawasan itu.

selesai