Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV









MANGSA ANGIN KENCANG TERIMA BANTUAN DARI YB. SADDI

Seramai 44 keluarga dari empat buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Kinabatangan yang terlibat dengan bencana angin kencang telah menerima bantuan atap zink dari wakil rakyat mereka, Saddi Abdul Rahman.

44 buah keluarga ini merupakan penduduk Kampung Semayang, Kampung Lubukan, Kampung Selogong dan Kampung Sungai Madang.

Dalam kejadian pada 8 Jun yang lepas, atap zink rumah keluarga yang terlibat ini telah diterbangi angin akibat bencana angin kencang yang berlaku di kawasan berkenaan.

Akibat dari itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman telah menyediakan peruntukkan bagi membantu rakyat di kawasan itu yang terlibat bencana angina kencang itu.

Walaupun terpaksa menggunakan bot dari bandar Sandakan untuk sampai ke Kampung Semayang bagi menyampaikan bantuan atap zink kepada mangsa yang terlibat.

Saddi dalam ucapannya memberitahu mangsa-mangsa bencana alam perlu banyak-banyak bersabar dengan apa yang berlaku.

Beliau turut mahu pemimpin di setiap kampung perlu membuat laporan segera dengan apa yang berlaku agar bantuan dapat disalurkan dengan cepat.

` Pemimpin diperingkat kampung inilah yang perlu memainkan peranan bukan sahaja membuat laporan kejadian seumpama ini tetapi membuat laporan mengenai penyediaan kemudahan asas dan infrastuktur yang diperlukan oleh rakyat di setiap kawasan yang diwakili mereka’, katanya.

Saddi turut mahu pemimpin masyarakat diperingkat kampung ini tidak tidur sebaliknya segera membuat laporan kepada pihaknya untuk memastikan permasalahan rakyat dapat diajukan kepada pihak kerajaan dan diselesaikan demi kebaikkan serta keselesaan rakyat.

Beliau kini akan membuat satu pendekatan baru seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana `Rakyat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

` Pendekatan baru itu ialah saya sendiri akan turun padang bagi menyampaikan bantuan berkenaan kepada tangan rakyat itu sendiri sama ada mereka itu terlibat dengan bencana alam atau memerlukan sumbangan ‘, katanya.

Saddi menjelaskan ini adalah satu pendekatan yang baik dimana kita lebih mengenali rakyat yang menerima bantuan sekaligus mengenalpasti permasalahan yang mereka hadapi.
` Usaha ini kita akan jalankan secara berterusan dalam membantu golongan yang susah dan memerlukan bantuan’, tegasnya.

Dalam pada itu permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat kampung Semayang mengenai masalah jalanraya menghubung ke Kampung Sungai Madang, Saddi menjelaskan ia akan mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Hutan Sabah mengenai perkara itu.
` Pihaknya akan membawa turut sendiri Pengarah Jabatan Perhutanan ini bagi melihat sendiri permohonan penduduk kampung yang mahukan jalanraya berkenaan yang terpaksa merentasi kawasan hutan simpan di kawasan itu’, katanya.

Beliau juga akan berusaha bukannya berjanji tetapi akan membantu masyarakat kampung disitu untuk menyediakan jalanraya berkenaan walaupun terpaksa menggunakan peruntukan ADUN.

` Ini adalah untuk kepentingan rakyat, tidak salah kita menyediakan kemudahan itu untuk keselesaan dan meningkatkan ekonomi rakyat disekitar kawasan berkenaan’, katanya.

Saddi menambah sekiranya jalanraya berkenaan telah disediakan sudah tentu rakyat disitu dapat mengangkut hasil laut dan tanaman mereka untuk dipasarkan ke bandar Sandakan.

` Kita hanya menyediakan kemudahan infrastuktur dan mereka (penduduk) dapat meningkatkan ekonomi mereka sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan’, katanya.

Beliau menjelaskan dimana kita telah membuka ruang yang luas kepada mereka melalui penyediaan kemudahan infrastuktur berkenaan.

Sementara itu, Saddi turut mahu rakyat di kawasan itu sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segala perancangan dalam membangunkan kawasan ini berjalan mengikut jadual.

` Rakyat juga perlu sedar dimana kerajaan BN sahaja yang mampu membangunkan negeri ini ‘, katanya yang mahu rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba memecah-belahkan perpaduan.

Beliau menambah mereka ini (pihak tertentu) mahu melihat berpecah-belah dan menimbulkan bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan sedangkan mereka tidak tahu selama ini hanya kerajaan BN telah berusaha membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

` Saya amat yakin dimana rakyat di DUN Sukau ini tidak akan dipinggirkan oleh kerajaan BN kerana wakil rakyat disini adalah datangnya dari BN’, katanya sambil menjelaskan ini adalah satu pilihan bijak rakyat DUN Sukau yang memilih wakil BN untuk mewakil mereka.

Saddi berkata kerajaan BN akan terus menyalurkan segala pembangunan dan bantuan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat.

Sebelum ini, Saddi juga telah menyampaikan sumbangan bantuan zink kepada 61 keluarga dari empat buah kampung di Zon Batu Putih iaitu Kampung Sentosa Jaya, Kampung Perpaduan Datuk Ugi, Kampung Batu Puteh dan Kampung Mengaris.

Dua keluarga lagi telah menerima bantuan tangki air dan Saddi juga turut menyampaikan 100 buah kerusi kepada Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan untuk kegunaan rakyat disitu.

Turut hadir, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sukau Sharin Abdul Rahman dan para pemimpin Unit PKR .

selesai