Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pengukuran tanah milik orang Kampung Sentosa Jaya serta beberapa kampung lain akan dilakukan







KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Abdul Rahman berkata tanah-tanah milik penduduk kampung di Kampung Sentosa Jaya, Kampung Perpaduan Datuk Ugi dan beberapa kampung berhampiran akan dijalankan pengukuran tanah oleh pihak kerajaan dalam tahun ini.

Saya telah mendapat jaminan dari menteri bertanggungjawab semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas dimana pengukuran tanah-tanah milik orang kampung ini akan diukur katanya ketika merasmikan Mesyuarat Umno Cawangan Kampung Perpaduan, Batu Putih 1 dan 2 serta Penyerahan Bantuan Projek Bekalan Mukin Batu Puteh di Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan Datuk Ugi, kelmarin.

Beliau menambah ini adalah salah satu masalah rakyat di kawasan ini sekian lama dan masalah tanah ini perlu diselesaikan.

Sekiranya pengukuran tanah ini telah dijalankan, penduduk kampung perlu mengusahakan tanah-tanah milik mereka untuk meningkatkan ekonomi ‘, katanya.

Saddi tidak mahu ada penduduk kampung yang telah tanah mereka diukur bertindak menjual atau mengabaikan tanah itu (terbiar).

Ini adalah satu tindakan yang tidak awajar dilakukan sebaliknya berbudi kepada tanah dan sudah pasti akan menikmati hasilnya yang akan mampu meningkatkan ekonomi keluarga itu’, katanya.

Beliau juga amat mengharapkan kepada pihak kerajaan dimana tanah-tanah milik penduduk kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat.

Dalam pada itu, Saddi turut menegur Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar mencurahkan khidmat dengan lebih berkesan untuk rakyat.

Kenalpasti segala masalah rakyat disetiap kampung dan membuat laporan kepada pihaknya katanya yang mahu perkhidmatan yang lebih berkesan dijalankan demi kepentingan rakyat.

Beliau juga memberitahu dimana rakyat juga boleh menghubunginya melalui laman blognya selain JKKK yang telah dibekalkan dengan broadband.

Saddi tidak mahu ada pemimpin yang bercakap kosong di kedai-kedai kopi dengan mengkritik kepimpinannya sebaliknya mereka salurkan ketidakpuasan hati itu ke laman blognya untuk ia memperbetulkan segala kepincangan atau kesilapan yang dilakukan.

Sementara itu, Saddi turut meminta pemimpin-pemimpin di kawasan itu agar berhenti melaga-laganya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Saya dengan Datuk Bung ini tidak menghadapi sebarang masalah. Cuma ada pihak yang melaga-lagakan kami dan tidak senang dengan kepimpinannya’, katanya.

Beliau menjelaskan dimana sikap mereka itu hanya merosakkan perpaduan dan jalinan kerjasamanya dengan Datuk Bung untuk membelah rakyat di kawasan ini.

Pada majlis itu, Saddi turut menyampaikan bantuan zink kepada 61 keluarga dari empat buah kampung iaitu Kampung Sentosa Jaya, Kg. Perpaduan Datuk Ugi, Kampung Batu Puteh dan Kg. Mengaris.

Sebanyak 100 buah kerusi juga turut disampaikan untuk kegunaan Dewan Serbaguna Kampung Perpaduan Datuk Ugi dan dua keluarga lagi menerima bantuan tangki air.

Turut hadir, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau Sharin Abdul Rahman dan para pemimpin di kawasan itu.