Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Finally clean water for the Kinabatangan folks




Kota Kinabalu : 20th March 2010/ Saturday.


The need for basic amenities and infrastructure in Sukau receive attention from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin during his three-day working visit in Sabah.


Sukau Assemblyman Saddi Abdul Rahman said Muhyiddin announced urgent projects for the people in Kinabatangan in the 10th Malaysia Plan (10MP) including Sukau."I am very pleased and that our Deputy Prime Minister has announced many vital projects to meet the people's need for basic facilities in Kinabatangan including my constituency, Sukau.


"Among the projects in Sukau are improving water supply namely building a water treatment plant in Sukau, installing network of water pipes from the water treatment plant in Kg Menggaris to Kg Perpaduan Batu Putih, Kg Perpaduan Datu Ogi and Sentosa Jaya.


"These will be followed by projects to install a network of pipes from the water treatment plant in Kg Menggaris to Kg Paris 1, Kg Paris II ang Kg Paris III, which i was made to understand will commence soon,"he said.


Saddi was in this instance particularly grateful as the residents there have not been enjoying clean water supply since Independence.Presently,he said the villagers depend on river water for bathing, washing and cooking.


On March 12, it was reported that Muhyiddin had annouced a special allocation of nearly RM90 million under the National Key Results (NKRA) to carry out socio-economy improvement projects in Kinabatangan.


Saddi said he is also happy that Muhyiddin,who is also Education Minister, is willing to consider constructing a new building for SMK Sukau which is long over-due."Based on records,the proposed construction of a new building for SMK Sukau was apporoved under the 8th Malaysia Plan but until now the students are still going to the school which is housed in a wooden building,which is dilapidated.


"We really hope that the decision to construct a new building for SMK Sukau-including its Primary school SK Sukau that is facing the same problem would be included as pressing projects in the area (Sukau)'he said.


Saddi also fully supported a proposal made by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman on state land applications for the people in Kinabatangan through a new system called Communal Title- to give State land to the landless.


saddi said it is the only measure that could prevent the people from selling their land."By having this method,each landowner under the new system will toil the land that could generate income and improve their family's livelihood,'he said.

Perasmian Majlis Berkhatan Dan bergunting

saddi menyampaikan ucapannya sempena merasmikan program itu.



saddi menyiram sebahagian daripada kanak-kanak yg mengambil bahagian acara berkhatan di kg Tg Aru,pada ahad.

Saddi melakukan majlis mengunting salah seorang kanak-kanak yang mengambil bahagian pada majlis mengunting dilakukan di Masjid Tanjung Aru.

SUKAU: 14/03/2010/Ahad
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kerajaan tidak semata-mata menumpukan soal pembangunan infrastruktur rakyat demi memenuhi tanggungjawabnya tetapi turut memfokuskan soal penjanaan modal insan agar rakyat sentiasa bersedia berhadapan kemajuan sejagat.

Katanya, dalam memenuhi Gagasan Konsep Satu Malaysia, soal pembangunan modal insan adalah salah satu elemen yang diberikan penekanan utama dimasukkan di bawah fungsi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), melibatkan peranan enam kementerian di bawah kerajaan pusat.

“ Ini kerana kerajaan sudah tentu mahu melihat rakyat bukan saja dilengkapi dengan kemajuan pembangunan yang selesa. Tetapi menguasai ilmu dan berkemahiran serta sedia membuat perubahan untuk mencapai kemajuan.

“ Malah paling penting, rakyat sedia berkerjasama serta berterima kasih dengan segala daya usaha kerajaan membangunkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Berkhatan dan Bergunting kawasan Persisiran Pantai Mukim Tanjung Aru, Mukim Lubukan dan Mukim Mumiang di Dewan SK Kampung Tanjung Aru di sini, pagi kelmarin.

Program sehari itu turut dianjurkan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau dengan kerjasama Biro Agama Pergerakan Wanita Bahagian Kinabatangan dengan kerjasama Pusat Zakat Sabah Cawangan Sandakan.

Berucap di hadapan lebih 300 penduduk yang hadir majlis perasmian itu Saddi berkata, kesediaan pihak kerajaan menjayakan program berkhatan dan bergunting itu, melibatkan penduduk tiga mukim itu amat berkaitan dengan mesej pembangunan modal insan di kawasan ini.

Walaupun perjalanan aktiviti seperti itu agak kecil pada pandangan masyarakat, tetapi ianya amat berimpak besar dalam mencapai sasaran kerajaan menjelaskan kepada rakyat, khususnya berkaitan dasar-dasar baru kerajaan seperti tuntutan mencapai Gagasan Satu Malaysia dan NKRA yang perlu difahami dan disertai oleh rakyat di luar bandar.

Seramai 66 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam majlis berkhatan beramai-ramai dan 20 lagi menyertai majlis bergunting.

Turut serta pada majlis itu ialah Pegawai Pentadbiran Kawasan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Awang Sataria Abdullah, Wan Zikri Wan Yusop, mewakili Pusat Zakat Sabah dan Pengawal RTM Sandakan, Razaligh Haji Baba dan Awang Kasim selaku pengerusi penganjur program itu.

Saddi berkata, program seumpama itu tidak saja mahu meringankan beban keluarga bagi mengendalikan aktiviti bergunting dan berkhatan melibatkan anak-anak mereka.

“ Tetapi inilah cara kita mahu membantu rakyat, sambil ianya satu kaedah memberikan penerangan berhubung dasar-dasar kerajaan yang terkandung dalam Gagasan Satu Malaysia dan berkaitan NKRA yang turut menjurus kepada kemajuan modal insan rakyat,” katanya.

Berkaitan keperluan pembangunan di kawasan Tanjung Aru, kata Saddi, rakyat di kawasan pulau itu bakal menikmati kemudahan air bersih dengan kesediaan kerajaan negeri meluluskan Projek penyambungan paip air dasar laut daripada Bandar Sandakan dengan kos hamper RM15 juta baru-baru ini.

Demikian juga berkaitan penyaluran bekalan elektrik ke kawasan itu, kerajaan BN sedang mempertimbangkan penyaluran projek seumpama itu dalam tempoh yang terdekat.

“ Sebagaimana keperluan bekalan air, saya akan turut mendesak pihak SESB supaya menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan ini demi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat. Itulah perlunya program seperti ini untuk kita jelaskan usaha-usaha yang sudah kita lakukan,” kata Saddi.

Sehubungan itu, Wakil rakyat Sukau itu agar jumlah penyertaan kanak-kanak yang mengambil bahagian ditambah, selain konsep program itu diperkasakan.

Katanya lagi, kefahaman mendalam rakyat terhadap dasar-dasar dan usaha kerajaan bukan saja boleh membantu mempercepatkan proses pembangunan di kawasan Dun Sukau.

“ Namun yang lebih penting kita dapat mempastikan menerusi program seperti mampu menyatukan rakyat untuk terus berkerjasama demi kemajuan kawasan Dun Sukau,” katanya.

Selesai.

PENDUDUK KG SUKAU TIDAK PERNAH NIKMATI BEKALAN AIR BERSIH

Pili Bomba...saddi membantu penduduk mengisi air ke dlm pili Bomba
Bincang...Kakitangan UPKR Sukau berbincang denagn Saddi.

Bantu angkat...Saddi membantu penduduk mengangkat air menggunakan baldi

Gambar-Gambar YB. Saddi membantu penduduk menerima bekalan air yang dihantar pihak Jabatan Bomba di bawah khidmat Kasih UPKR Sukau.


oleh Awang Ahmad: New sabah Times/Khamis/11 Mac 2010

“ Walaupun memiliki latar belakang pelancongan terkenal di merata Asia Tenggara, tetapi penduduk Kampung Sukau tidak pernah menikmati bekalan air bersih daripada kerajaan semenjak negara merdeka.

“ Hanya musim kering lebih tiga bulan berlalu, mengantikan musim banjir, cukup menguji kesabaran mereka apabila kehabisan sumber air membuat kehidupan harian mereka tidak menentu.

“ Pada saya, bukan mengejutkan jika budi dan jasa rakyat yang terus menyokong kerajaan ini dapat dibalas dengan menyediakan loji air yang mencukupi disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10).”

Itu kata Saddi Haji Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau yang menyatakan rasa terkilannya ke atas masalah ketiadaan bekalan air bersih di Kampung Sukau, pada lawatannya berkaitan masalah itu minggu lepas.

Saddi tambah kecewa apabila sebuah loji air yang dibina Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felcra di tengah-tengah Kampung Sukau, bernilai lebih RM1.3 juta lebih tiga tahun lalu gagal berfungsi sepenuhnya..

Beliau sedih masalah itu turut menggangu kehidupan harian lebih 100 orang penghuni asrama dan lebih 30 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sukau, diikuti berpuluh-puluh lagi kakitangan Klinik Kesihatan, Polis, Jabatan Kemas, seterusnya ribuan penduduk Sukau, yang sudah sekian lama hidup terpinggir tetapi aset menggerakkan kemajuan Sukau.

Hanya pada awal Januari lepas, Saddi turut bertandang ke Kampung Sukau kerana menyampaikan bantuan banjir ekoran sebahagian kampung di pinggir Sungai Kinabatangan ini sebahagian tadahan banjir yang paras ketinggiannya mencecah melebihi paras bahaya.

Saddi kecewa loji disediakan Felcra yang dianggap masyarakat sebagai ‘pertaruhan’ dalam langkah syarikat itu mengembangkan pelaburan dalam sektor perladangan di kawasan tanah milik sebuah badan koperasi penduduk di sini empat tahun lalu, gagal mewakili kepentingan agensi yang sudah ‘gah’ di peringkat kebangsaan itu.

Wakil rakyat yang sedang menjalani khidmat baru suku panggal itu tidak berpuas hati bagaimana kerja-kerja pembinaan loji yang menelan belanja besar itu gagal, seterusnya tidak mampu menyalurkan bekalan khususnya kepada 99 buah keluarga mendiami Pusat Masyarakat Setempat (PMS) Sukau, yang antara syarat memenuhi konsep menang-menang antara rakyat dan Felcra di sini.

Sekiranya bekalan tersebut lancar, loji berkapasiti 65,000 gelen dalam satu-satu masa itu boleh dikongsi lagi ribuan penduduk Kampung Sukau yang sekian lama ingin menikmati bekalan air bersih.

Apalagi ketiadaan hujan lebih tiga bulan, penduduk sebahagiannya terpaksa menggunakan air sungai Kinabatangan yang ‘azalinya’ tercemar oleh semburan racun rumpai dan sisa kumbahan dari kilang-kilang kelapa sawit di sekitar kawasan itu.

Mereka yang memiliki kenderaan sendiri terpaksa membeli bekalan itu dari loji air Kinabatangan di Bukit Garam, kurang 60km dari kawasan ini. Manakala kurang berkemampuan, mencari pilihan samada mencari perigi lama di sekitar kampung Sukau. atau kalau tidak berpindah sementara ke rumah-rumah keluarga termasuk di Bandar Sandakan sehingga hujan turun.

Suasana ini memang menjejaskan kredebiliti Sukau sebagai distinasi pelancongan, pusat rekriasi dan pemuliharaan kepelbagaian hutan lipur, pembangunan herba dan ekologi, hidupan liar serta warisan flora dan fauna yang penting dalam negara,.

Di mata pelabur, jika berpanjangan, ini menggangu reputasi ekonomi Sukau sebagai sebahagian Kinabatangan, yang keseluruhannya melebihi 4,000 km meliputi Daerah Tongod; dianggap kawasan seluas Negeri Pahang dan seang berfungsi sebagai daerah penyumbang komoditi kelapa sawit terbesar negara yang menghadapi isu-isu pengeluaran sektor itu..

Terdapat enam syarikat pengusaha pelancongan beroperasi di Sukau. Paling sedikit lebih 500 orang mengunjungi kawasan ini seminggu, yang turut tertumpu menelusuri Sungai Kinabatangan di sini yang panjangnya 450km itu.

Misi dan visi Saddi untuk menjenamakan semula Sukau sebagai simbol kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini sudah mulai difahami rakyat. Wakil rakyat ini bukan saja menjadikan Sukau salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi daerah Kinabatangan, menerusi rancangan mengujudkan Pekan Baru Sukau yang bakal dilancarkan Ketua Menteri, tetapi di pekan itulah dituntut sebuah sistem penstrukturan semula pentadbiran pejabat daerah Kinabatangan demi masa depan rakyat.

Kerana itulah beliau awal-awal lagi menegaskan keperluan ini sebahagian daripada pelbagai lagi masalah asas rakyat yang wajib diatasi, demi kebaikan dan masa depan pembangunan rakyat di kawasan ini.

Semua ini kerap disuarakan oleh Saddi pada forum-forum rakyat khususnya sesi Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu.

Ke arah menyelesaikan kepayahan penduduk itu, Saddi sendiri menerusi Program Khidmat Kasih di bawah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau menggunakan bantuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Daerah Sandakan menyalurkan bekalan air kepada para penghuni PMS dan Kampung Sukau sejak beberapa hari lepas.

Wakil rakyat itu juga segera menyumbangkan seunit pam air berkuasa tinggi agar membolehkan penduduk mengambil sumber bekalan itu dari Sungai Kinabatangan untuk disalurkan ke loji Air Felcra yang kini sedang dibaiki kontraktor dilantik.

“ Saya mengharapkan pihak Felcra Teknik yang diberi mandat ke atas penyediaan loji air ini tidak memandang remeh masalah dan keperluan rakyat yang saya wakili.

“ Felcra bukan saja sepatutnya menyegerakan penyaluran bekalan itu yang tertangguh lama. Tetapi menyelenggara loji ini mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan,” kata Saddi.

Wakil rakyat itu turut memaklumkan akan pengakuan pihak Felcra Teknik bahawa masalah penyaluran bekalan air di kawasan itu dapat diselesaikan dalam masa seminggu lagi sebelum penduduk menerima bekalan itu secara berperingkat.

Sementara itu kesemua penghuni PMS berkenaan menyatakan penghargaan ke atas Saddi kerana tindakan segeranya menangani keperluan itu demi kepentingan mereka.

“ Kami bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat ini dan kami berharap Felcra dapat menunaikan janjinya menyelesaikan soal bekalan ini,” kata puan Suriani, seorang ibu kepada empat orang anak.

Pengerusi JKKK Kampung Sukau, Azahari Ranggon merayu Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya turut melipatgandakan perananya memperkasakan kemudahan bekalan air di Sukau pada masa terdekat sebagai persiapan wujudnya sebuah pekan baru di kawasan ini.


Selesai

Seminar 1 Malaysia

Saddi (tengah)diapit oleh Datuk Suhili & Datuk Hj Awg Sharin sewaktu bergambar kenangan selepas seminar 1 Malaysia.
Gambar saddi berbual dgn Datuk Suhaili slps menghadiri seminar 1 Malaysia di Dwn Sri Lamang Kinabatangan.



Oleh Awang Ahmad

KINABATANGAN: 2/03/2010 (Selasa)

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi haji Abdul Rahman menegaskan pemimpin akar umbi adalah sebahagian benteng utama yang perlu diperkasakan ke arah mempastikan gagasan Satu Malaysia menjadi wadah perkhidmatan paling sempurna dan berkesan untuk rakyat di negara ini.

Tegasnya, dengan menjiwai konsep itu, ditambah prasarana sosioekonomi dan program pembangunan yang sudah dirancang di peringkat kawasan, prospek menggerakkan perubahan akan lebih cepat mengikut citarasa dan kehendak semasa.

“ Sewajarnya peranan di bawah pimpinan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri (Maheins) seperti para ketua kampung, Ketua Anak negeri, Wakil ketua anak negeri bukan saja menyedarkan rakyat akan keperluan gagasan ini, yang mendahulukan rakyat dan menguatamakan kepada pencapaian bersama;


“Tetapi menggerakkan kerjasama akar umbi supaya sentiasa terurus dan selari dalam memberikan sokongan kepada usaha kerajaan, selain tumpuan kepada rancangan pembangunan kawasan masing-masing.

“ Saya merasakan wujudnya prasarana perkhidmatan yang bertanggungjawab serta selesa, usaha merubah mentaliti serta konsep bekerja rakyat yang lebih berdisiplin menjadi elemen penting ke arah sebuah kemajuan lebih pantas di kawasan ini,” katanya.

Berucap merasmikan Seminar Satu Malaysia anjuran Mahiens di Dewan Seri Lamag di sini pagi Rabu, Saddi berkata, kesetiaan pemimpin akar umbi itu kepada kerajaan merupakan asas utama ke arah memenuhi matlamat di bawah gagasan itu.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Mahiens, Datuk Suhaili Said, Pengarah Mahiens Datuk Haji Awang Sharin Alimin, Pegawai Daerah, Abdul Latif Kandok, Ketua Daerah Kinabatangan, Titing Putang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Sukau, Sharin Haji Abdul Rahman, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Amirudin Mohd Damit, diikuti lebih 100 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri dari seluruh kawasan ini.

Saddi menegaskan, Gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan saja mengambilkira kepentingan kerjasama antara kaum, tetapi mempastikan jurang kemajuan rakyat di bandar dan luar bandar dapat dibela mengikut citarasa dan matlamat kerajaan Barisan N asional (BN) hari ini.

Katanya, Perdana Menteri bukan saja sekian lama melihat perbezaan itu untuk diperbaiki, malah mahu misi dan visi gagasan itu dapat meraih keperluan pembangunan modal insane rakyat yang mempunyai kendiri bagi menghadapi tuntutan serta persaingan global.

“ Konsep ini sendiri menggariskan lapan nilai utama iaitu menuntut kepada soal budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritrokrasi, pendidikan dan integiriti.

Bagaimanapun, kata wakil rakyat Dun Sukau itu pengaplikasian budaya cemerlang serta keperluan meritrokrasi, soal intergiti adalah tiga elemen paling penting agar harapan kerajaan dan rakyat untuk melaksana serta menerima kemajuan akan tercapai.

Ini sekaligus, kata Saddi, menjadikan Malaysia salah satu negara yang rakyatnya memiliki kemajuan pembangunan serta seimbang dari segi rohani dan jasmani. Kawasan dan rakyat di Kinabatangan sudah semestinya tampil menjadi penyumbang penting dalam tuntutan ini.

Soal budaya bekerja yang cemerlamg, meritrokrasi dan integriti yang tinggi ini jika diaplikasikan rakyat mengikut keperluan bekerja dan memberi khidmat, kata Saddi, tuntutan konsep menang-menang dalam apa juga urusan samada antara antara rakyat dan kerajaan, diikuti berkaitan ekonomi, ilmu dan sebagainya di dalam keperluan masyarakat membolehkan masyarakat kawasan ini dengan sendiri terdidik untuk menjadi masyarakat berwibawa dalam segala keperluan, berdisiplin serta berdaya saing dalam mencapai kemajuan bersama.

Saddi menegaskan rakyat tidak harus semata-mata beranggapan intipati dan maksud Gagasan Satu Malaysia itu hanya difokuskan kepada para pemimpin atasan, tetapi juga di kalangan pemimpin akar umbi agar apa yang diperlukan rakyat dapat disampaikan kepada kerajaan untuk ditangani.

Sehubungan itu, kata Saddi, para pemimpin akar umbi juga perlu bijaksana dalam membuat keputusan selain bersedia merujuk kepada pegawai dan pihak yang dipertanggungjawabkan demi menyelesaikan masalah rakyat.

“ Menerusi proses ini, di pihak saya serta pegawai di peringkat daerah sentiasa peka dan bersedia membuat pertimbangan. Kami terus mencari formula terbaik untuk menentukan keadilan yang diberikan memberi kebaikan bersama kepada rakyat serta kerajaan.

Saddi turut mengharapkan matlamat pembangunan yang cuba diterapkannya dalam Dun Sukau iaitu mahu menstrukukturkan semula pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan mengikut keperluan kawasan ini dan rancangan mengujudkan Pekan Baru Sukau terus difahami semua pihak

Selesai.