Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

PENDUDUK KG SUKAU TIDAK PERNAH NIKMATI BEKALAN AIR BERSIH

Pili Bomba...saddi membantu penduduk mengisi air ke dlm pili Bomba
Bincang...Kakitangan UPKR Sukau berbincang denagn Saddi.

Bantu angkat...Saddi membantu penduduk mengangkat air menggunakan baldi

Gambar-Gambar YB. Saddi membantu penduduk menerima bekalan air yang dihantar pihak Jabatan Bomba di bawah khidmat Kasih UPKR Sukau.


oleh Awang Ahmad: New sabah Times/Khamis/11 Mac 2010

“ Walaupun memiliki latar belakang pelancongan terkenal di merata Asia Tenggara, tetapi penduduk Kampung Sukau tidak pernah menikmati bekalan air bersih daripada kerajaan semenjak negara merdeka.

“ Hanya musim kering lebih tiga bulan berlalu, mengantikan musim banjir, cukup menguji kesabaran mereka apabila kehabisan sumber air membuat kehidupan harian mereka tidak menentu.

“ Pada saya, bukan mengejutkan jika budi dan jasa rakyat yang terus menyokong kerajaan ini dapat dibalas dengan menyediakan loji air yang mencukupi disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10).”

Itu kata Saddi Haji Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau yang menyatakan rasa terkilannya ke atas masalah ketiadaan bekalan air bersih di Kampung Sukau, pada lawatannya berkaitan masalah itu minggu lepas.

Saddi tambah kecewa apabila sebuah loji air yang dibina Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felcra di tengah-tengah Kampung Sukau, bernilai lebih RM1.3 juta lebih tiga tahun lalu gagal berfungsi sepenuhnya..

Beliau sedih masalah itu turut menggangu kehidupan harian lebih 100 orang penghuni asrama dan lebih 30 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sukau, diikuti berpuluh-puluh lagi kakitangan Klinik Kesihatan, Polis, Jabatan Kemas, seterusnya ribuan penduduk Sukau, yang sudah sekian lama hidup terpinggir tetapi aset menggerakkan kemajuan Sukau.

Hanya pada awal Januari lepas, Saddi turut bertandang ke Kampung Sukau kerana menyampaikan bantuan banjir ekoran sebahagian kampung di pinggir Sungai Kinabatangan ini sebahagian tadahan banjir yang paras ketinggiannya mencecah melebihi paras bahaya.

Saddi kecewa loji disediakan Felcra yang dianggap masyarakat sebagai ‘pertaruhan’ dalam langkah syarikat itu mengembangkan pelaburan dalam sektor perladangan di kawasan tanah milik sebuah badan koperasi penduduk di sini empat tahun lalu, gagal mewakili kepentingan agensi yang sudah ‘gah’ di peringkat kebangsaan itu.

Wakil rakyat yang sedang menjalani khidmat baru suku panggal itu tidak berpuas hati bagaimana kerja-kerja pembinaan loji yang menelan belanja besar itu gagal, seterusnya tidak mampu menyalurkan bekalan khususnya kepada 99 buah keluarga mendiami Pusat Masyarakat Setempat (PMS) Sukau, yang antara syarat memenuhi konsep menang-menang antara rakyat dan Felcra di sini.

Sekiranya bekalan tersebut lancar, loji berkapasiti 65,000 gelen dalam satu-satu masa itu boleh dikongsi lagi ribuan penduduk Kampung Sukau yang sekian lama ingin menikmati bekalan air bersih.

Apalagi ketiadaan hujan lebih tiga bulan, penduduk sebahagiannya terpaksa menggunakan air sungai Kinabatangan yang ‘azalinya’ tercemar oleh semburan racun rumpai dan sisa kumbahan dari kilang-kilang kelapa sawit di sekitar kawasan itu.

Mereka yang memiliki kenderaan sendiri terpaksa membeli bekalan itu dari loji air Kinabatangan di Bukit Garam, kurang 60km dari kawasan ini. Manakala kurang berkemampuan, mencari pilihan samada mencari perigi lama di sekitar kampung Sukau. atau kalau tidak berpindah sementara ke rumah-rumah keluarga termasuk di Bandar Sandakan sehingga hujan turun.

Suasana ini memang menjejaskan kredebiliti Sukau sebagai distinasi pelancongan, pusat rekriasi dan pemuliharaan kepelbagaian hutan lipur, pembangunan herba dan ekologi, hidupan liar serta warisan flora dan fauna yang penting dalam negara,.

Di mata pelabur, jika berpanjangan, ini menggangu reputasi ekonomi Sukau sebagai sebahagian Kinabatangan, yang keseluruhannya melebihi 4,000 km meliputi Daerah Tongod; dianggap kawasan seluas Negeri Pahang dan seang berfungsi sebagai daerah penyumbang komoditi kelapa sawit terbesar negara yang menghadapi isu-isu pengeluaran sektor itu..

Terdapat enam syarikat pengusaha pelancongan beroperasi di Sukau. Paling sedikit lebih 500 orang mengunjungi kawasan ini seminggu, yang turut tertumpu menelusuri Sungai Kinabatangan di sini yang panjangnya 450km itu.

Misi dan visi Saddi untuk menjenamakan semula Sukau sebagai simbol kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini sudah mulai difahami rakyat. Wakil rakyat ini bukan saja menjadikan Sukau salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi daerah Kinabatangan, menerusi rancangan mengujudkan Pekan Baru Sukau yang bakal dilancarkan Ketua Menteri, tetapi di pekan itulah dituntut sebuah sistem penstrukturan semula pentadbiran pejabat daerah Kinabatangan demi masa depan rakyat.

Kerana itulah beliau awal-awal lagi menegaskan keperluan ini sebahagian daripada pelbagai lagi masalah asas rakyat yang wajib diatasi, demi kebaikan dan masa depan pembangunan rakyat di kawasan ini.

Semua ini kerap disuarakan oleh Saddi pada forum-forum rakyat khususnya sesi Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu.

Ke arah menyelesaikan kepayahan penduduk itu, Saddi sendiri menerusi Program Khidmat Kasih di bawah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sukau menggunakan bantuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Daerah Sandakan menyalurkan bekalan air kepada para penghuni PMS dan Kampung Sukau sejak beberapa hari lepas.

Wakil rakyat itu juga segera menyumbangkan seunit pam air berkuasa tinggi agar membolehkan penduduk mengambil sumber bekalan itu dari Sungai Kinabatangan untuk disalurkan ke loji Air Felcra yang kini sedang dibaiki kontraktor dilantik.

“ Saya mengharapkan pihak Felcra Teknik yang diberi mandat ke atas penyediaan loji air ini tidak memandang remeh masalah dan keperluan rakyat yang saya wakili.

“ Felcra bukan saja sepatutnya menyegerakan penyaluran bekalan itu yang tertangguh lama. Tetapi menyelenggara loji ini mengikut spesifikasi Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan,” kata Saddi.

Wakil rakyat itu turut memaklumkan akan pengakuan pihak Felcra Teknik bahawa masalah penyaluran bekalan air di kawasan itu dapat diselesaikan dalam masa seminggu lagi sebelum penduduk menerima bekalan itu secara berperingkat.

Sementara itu kesemua penghuni PMS berkenaan menyatakan penghargaan ke atas Saddi kerana tindakan segeranya menangani keperluan itu demi kepentingan mereka.

“ Kami bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat ini dan kami berharap Felcra dapat menunaikan janjinya menyelesaikan soal bekalan ini,” kata puan Suriani, seorang ibu kepada empat orang anak.

Pengerusi JKKK Kampung Sukau, Azahari Ranggon merayu Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya turut melipatgandakan perananya memperkasakan kemudahan bekalan air di Sukau pada masa terdekat sebagai persiapan wujudnya sebuah pekan baru di kawasan ini.


Selesai