Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Bakat muda digilap melalui Piala Datuk Saddi







KG BILIT 29 Julai 2017 :  

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengharapkan agar ramai pemain-pemain bolasepak yang berbakat dapat ditonjolkan dalam kejohanan Bolasepak Piala Datuk Saddi anjuran Badan JKKK Kampung Bilit.

“ Walaupun tidak sekarang, tetapi saya mengharapkan agar sejumlah pemain yang berpotensi boleh dilahirkan bagi mewakili kawasan Sukau dan Kinabatangan.

“ Kalau usaha itu boleh dilakukan, kita akan berusaha meningkatkan taraf penganjuran kejohanan ini agar ianya boleh diterima menjadi sebuah kejohanan bolasepak yang penting,” kata Wakil Rakyat Dun Sukau itu.

Saddi berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bolasepak Sembilan Sebelah Piala Datuk Saddi di Padang SK Kampung Bilit pada Sabtu. Saddi berkata, kejohanan bolasepak atas namanya itu telahpun diperbaiki berbanding kejohanan pertamanya tahun lalu atas permohonan dikemukakan pihak penganjur terlibat.

Tahun ini, tegas Saddi,    anjuran itu bukan saja diperbaiki dari segi pengurusan dan hadiah-hadiah serta piala pusingan dan hadiah  wang tunai. Tetapi juga jumlah penyertaan kini bertambah melebihi 30 pasukan dari seluruh kawasan Dun Sukau.

“ Hari ini saya juga melihat ramai pemain ini berusia bawah 20 tahun. Sudah tentu Ini suatu perkembangan yang sihat dalam melahirkan pemain bolasepak yang berkualiti.

“ Tetapi saya memberi jaminan, jika usaha penganjuran ini terus ditingkatkan terutama penyertaannya, saya tetap tidak teragak-agak memberikan sokongan yang lebih,  demi  kebaikan sukan bolasepak di kawasan ini,” katanya.

Menurut Saddi,  telah ramai pemain bolasepak sudah dilahirkan kawasan Sukau ke tahap negeri dan kebangsaan sehingga kini . Antara Taip Amirbak dan Tahir Mastar yang beraasal dari Kg. Abai yang pernah bermain untuk pasukan Kebangsaan di zaman 70an.

Selain itu,  pemain seperti Azman Mastar dan Awang Hamid telah bermain untuk pasukan Sabah pada pertengahan tahun 80a.

Pemain seperti Ibrahim Mastar telah turut berjaya memimpin pasukan bolasepak bawah 15 tahun negara untuk menjuarai buat pertama kali,  Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asean di Indonesia lapan tahun lalu.

Golongan ibu tunggal akan terus dibantu kerajaan





SANDAKAN 23 Julai 2017 :  

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Zon Bandar Kinabatangan adalah medium berkesan bagi mengurus kebajikan golongan itu di negara itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, kedudukan pimpinan badan itu yang teratur, ditambah di bawah pimpinan oleh seorang ketua yang berwibawa akan menjadikan setiap peranan PITK dihargai,  termasuk berkaitan pendirian mereka ke atas  kedudukan sosiopolitik masa kini.

“ Saya begitu bersenang hati menerima kehadiran Persatuan ini apalagi dengan bercawangan di Kinabatangan, kerana ia bukan saja membolehkan saya mengenalpasti golongan ibu tunggal yang memerlukan pembelaan kerajaan.

“ Ini termasuk di bawah program E Kasih, bantuan jabatan kebajikan, di bawah bantuan zakat dan menerusi program-program yang disediakan oleh kerajaan.

“ Malah, mereka ini dengan kedudukan yang kuat dan padu tentunya akan  berperanan penting menentukan kejayaan kerajaan BN pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang ini,” katanya.

Kerajaan BN sentiasa peka isu kesihatan masyarakat di luar bandar








SUKAU 22 Julai 2017 :    

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN). terus memberi perhatian serius ke atas keperluan kesihatan rakyat, tidak terkecuali yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu menegaskan,  ini terbukti dengan wujudnya kemudahan Bot Klinik Kesihatan Bergerak 1 Malaysia yang telah beroperasi dengan berkesan di kampung-kampung Sepanjang Sungai Kinabatangan sejak diwujudkan dua tahun lalu.

“ Bot klinik bergerak ini bukan hanya berperanan menjalankan tugas-tugas merawat kalangan rakyat mengalami sakit-sakit yang terkawal.  Tetapi turut memantau  sebarang kewujudan krisis penyakit berjangkit serta wabak.

“ Malah agensi ini boleh menjadi mata dan telinga terhadap pencapaian tahap sosioekonomi, keselamatan  dan pendidikan rakyat yang turut berpunca daripada tahap kesihatan rakyat,” katanya.

Menyatakan perkara itu ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sempena Merasmikan Jeti khas Bot Klinik Kesihatan 1Malaysia di Kampung Tundun Bohangin terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan bot laju dari bandar Sandakan, Saddi berkata, kemudahan bot kesihatan seumpama itu merupakan produk kebanggan dicetuskan kerajaan BN.

Salam raya daripada masyarakat Mukim Mumiang Dan Lubukan






Hari ini Mukim Mumiang dan Mukim Lubukan menyahut cabaran YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman ADUN N48 Sukau untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Bersama Peminpin dimukim masing-masing. Majlis seperti ini adalah satu transformasi yang harus dicontohi oleh mukim2 yg lain didlm DUN Sukau. Dengan adanya majlis seperti ini semua masyarakat dimukim masing2 dapat bersua muka dgn pemimpin lebih dekat lagi disamping dapat bermaaf2an diantara satu sama lain. Memandangkan majlis rumah terbuka yg dianjurkan oleh YB Datuk sendiri tidak semua masyarakat dari semua mukim dapat hadir. Syabas Dan Tahniah.....kpd Pemaju Mukim Lubukan En. Abdillah Hj Nahar dan Pengerusi JKKK Mumiang En. Mada Husin kerana berjaya menganjur majlis tersebut di mukim masing2. Dlm ucapan alu-aluan mereka, mereka amat berterima kasih kpd YB Datuk kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Pada ptgnya YB Datuk sempat menghadiri jemputan perkahwinan anak kpd KK kg Bongon En. Ali di Jambatan NO. 21 Sim Sim.

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Korporasi Warisan



Selepas beraya di Mukim Paris terus ke Pekan Sukau menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Koperasi Pelancongan Warisan Sukau Kinabatangan Berhad. Saya sungguh kagum kegigihan sdra Sabran Adari utk menubuhkan koperasi ini untuk bersaing dengan operator pelancongan luar daripada persatuan KITA yang telah mengaut keuntungan hasil daripada keindahan biodiversity Sukau selama ini yang hanya disaksikan oleh anak anak tempatan sendiri. Saya doakan agar koperasi ini berjaya pada masa akan datang. Kepada ahli ahli selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.