Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Kemeriahan suasana raya bersama keluarga.


Kemeriahan sambutan Aidilfitri 2017 di Residence Al-Rahman, Kg Perpaduan Batu Putih, Kinabatangan bersama ayahanda & bonda bersama keluarga.

Semoga cadangan ini menjadi kenyataan.


Pada petang bulan ramadan hari ini saya telah menyerahkan laporan akhir cadangan mengwujudan daerah baru atau Daerah Kecil Sukau menjelang tahun 2020 oleh Institute For Development Studies Sabah (IDS) kepada YB Datuk Seri Radin Malleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah di Kementerian beliau, Jalan Sembulan Kota Kinabalu. Laporan ini juga telah saya serahkan kepada YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah semasa menyempurakan perasmian Masjid Tun Juhar di Pekan Sukau pada 19hb Mei 2017 yang lalu. Marilah kita sama-sama berdoa dalam bulan Ramadan yang penuh barokah ini semoga niat suci kita dimakbulkan oleh Allah SWT.

Usaha menyelesaikan permasalahan rakyat


Mesyuarat kali Ke-2 Jawatankuasa Khas Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kg Litang, Kinabatangan yang saya pengerusikan hari ini telah mengambil beberapa ketetapan supaya projek ini boleh digunakan oleh penduduk Kg Litang yg telah lama siap sejak tahun 2014 namun tidak boleh dimulakan operasinya oleh pihak SESB disebabkan masalah O.C. yang belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan disebabkan pihak FELCRA, konsultan & kontraktornya gagal mengemukakan permohonan OC kepada pihak yg berwajib, akibatnya rakyat yang menanggung beban. Saya berharap ketetapan yg telah diputuskan dalam mesyuarat itu kelak dapat menyelasaikan isu ini dengan kadar segara. Terima kasih pihak SESB, BOMBA, MDK, JAS, DOSH, Pejabat Daerah, FELCRA, konsultan, kontraktor & mana2 Jabatan yang hadir dalam mesyuarat ini & yang terlibat dan telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menangani isu yang sudah berpanjangan ini.

Ziarah petang bersama ADUN Sukau



Selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Nurul Taqwa Kg Perpaduan Datuk Ugi kelmarin, YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkesempatan melawat dan menghulurkan sumbangan ehsan kepada saudara Abu Haji Pibu yang terlantar sakit akibat komplikasi jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Semoga beliau diberi kekuatan menempuh ujian Allah S.W.T.