Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Usaha menyelesaikan permasalahan rakyat


Mesyuarat kali Ke-2 Jawatankuasa Khas Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kg Litang, Kinabatangan yang saya pengerusikan hari ini telah mengambil beberapa ketetapan supaya projek ini boleh digunakan oleh penduduk Kg Litang yg telah lama siap sejak tahun 2014 namun tidak boleh dimulakan operasinya oleh pihak SESB disebabkan masalah O.C. yang belum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan disebabkan pihak FELCRA, konsultan & kontraktornya gagal mengemukakan permohonan OC kepada pihak yg berwajib, akibatnya rakyat yang menanggung beban. Saya berharap ketetapan yg telah diputuskan dalam mesyuarat itu kelak dapat menyelasaikan isu ini dengan kadar segara. Terima kasih pihak SESB, BOMBA, MDK, JAS, DOSH, Pejabat Daerah, FELCRA, konsultan, kontraktor & mana2 Jabatan yang hadir dalam mesyuarat ini & yang terlibat dan telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menangani isu yang sudah berpanjangan ini.