Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sabah perlu ada komuter, LRT, BRT




Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pihaknya menyedari rungutan serta masalah yang dihadapi rakyat khususnya melibatkan isu kesesakan lalu lintas di ibu negeri ini.

Namun kata beliau, perkara tersebut bergantung kepada faktor kewangan kerana sistem-sistem pengangkutan awam berkenaan memerlukan perbelanjaan yang besar. “Kita minta kerajaan Persekutuan untuk membantu (dari segi kewangan). Infrastruktur pengangkutan yang berkesan amat kritikal dalam memacu kemajuan dan pembangunan. Ini menentukan daya saing dan kemapanan bandar raya kita.

“Tanpa pengangkutan yang berkesan, ekonomi negeri tidak dapat berkembang pesat, sekali gus menjejaskan kemajuan yang diharapkan oleh rakyat. Oleh itu, kewujudan sistem pengangkutan awam yang teratur, cekap dan berkesan berupaya menjadi pemangkin dalam merangsang pembangunan serta pertumbuhan sektor-sektor ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perancangan Negeri 2015 sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia di sini hari ini.

Bertemakan Perancangan Pengangkutan Awam Ke Arah Bandar Raya Sejahtera Di Sabah, persidangan itu bertujuan meneliti kaedah perancangan pengangkutan awam selain merancang perhubungan antara daerah di negeri ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, sebagai kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, nasib rakyat akan terus dibela dengan menyediakan peruntukan besar untuk menambah baik serta mewujudkan pengangkutan awam yang berkesan dan selesa.

“Kita sedar dengan cabaran ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup, keperluan kepada sistem pengangkutan awam yang cekap semakin mendesak. Bagi menjayakan matlamat ini, perancangan pengangkutan awam seharusnya diambil kira dan diintegrasikan ke dalam perancangan serta pembangunan dari peringkat awal.

“Kita juga menyeru Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah negeri bersama jabatan dan agensi kerajaan serta profesion yang berkaitan untuk terus menambah baik dan meningkatkan sistem pengangkutan awam dengan mengambil kira keselamatan, kemudahan serta ke- selesaan pengguna,” tambahnya.

Sumber: Utusan Online 11 Nov 2015

Jawatankuasa masjid dan surau perlu bersikap pro-aktif dan berinovasi dalam tugasan

Saddi menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi JKKK Kampung Sri Takala, Rasid Rajak bagi tujuan program pembangunan Masjid Sri Takala di pejabat beliau di Bandar Labuk, Sandakan pada Selasa.


SUKAU 27 OKTOBER : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menggesa pemimpin jawatankuasa masjid dan surau di seluruh Sukau supaya sentiasa mempastikan agar semua kemudahan ibadah bagi umat Islam itu terus aktif melaksanakan tanggungjawab asalnya.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu menegaskan, masjid dan surau bukan hanya berfungsi sebagai pusat menjalankan solat difardhukan tetapi berperanan dalam mengembangkan pendidikan syiar Islam berasaskan fardhu ain dan fardhu Kifayah.

“ Semua jawatankuasa masjid dan Surau perlu bersikap proaktif dan berinovatif dalam menjalankan fungsi-fungsi masing-masing agar kedudukan masjid di kampung-kampung di Sukau tidak terus berada dalam keadaan suram dan kosong,” katanya.

Sambut baik usaha wakil rakyat pertahan tanah rakyat Usuk Subak, Sukau.



SUKAU 20 OKTOBER :    Seorang ketua pemohon tanah di Usuk Subak di Kampung Sukau di sini, Katip Haji Kusoi menyatakan penghargaan kepada wakil rakyat kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman kerana bersungguh-sungguh memperjuangkan sebidang tanah bagi membolehkan mereka memulakan penghidupan baru di kawasan itu.

Katip berkata,  wakil rakyat tersebut bukan saja berusaha gigih mempastikan mereka sebagai kumpulan penduduk yang pernah dikenakan tindakan diusir oleh Mahkamah Tinggi Sandakan kerana mendiami tanah milik seorang individu di Kampung Sukau dua tahun lalu.

“ Tetapi Datuk Saddi turut berusaha gigih untuk mempastikan sekumpulan individu yang dikenalpasti meneroka secara haram di kawasan Usuk Subak dapat ditangani secara baik, seterusnya meninggalkan kawasan tersebut,” katanya.

Lapor Polis sekiranya tertipu - Saddi





SUKAU 20 OKTOBER :   Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menyarankan pengusaha pertanian secara haram di kampung Usuk Subak di sini supaya segera melaporkan kepada pihak polis jika meraka merasakan tertipu ekoran aktiviti penjualan  tanah secara haram di kawasan tanah milik kerajaan itu.

Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah itu menegaskan, mereka yang merasakan tertipu wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab sebagai pengajaran kepada mereka yang cuba mengaut keuntungan daripada kesusahan yang sedang dialami rakyat yang telah diberi kelayakan  mendiami kawasan tersebut.

“ Sekiranya mendapati nama mereka tidak tersenarai sebagai pemohon di Jabatan Tanah dan Ukur Daerah, mereka yang merasa teraniaya ini boleh terus membuat laporan polis sebagai usaha mengheret mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan,  “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kedua ke kawasan tanah Kampung Usuk Subak di sini bagi meninjau secara lanjut laporan pencerobohan tanah di kawasan berkenaan bersama-sama kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur Daerah dan Penolong Pemungut Hasil, Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatangan, diikuti sejumlah kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sukau.

Terapkan nilai-nilai inovatif dalam Sambutan Maal Hijrah - Saddi






SUKAU 15 OKTOBER :  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, sudah waktunya sambutan  Maal Hijrah  diterapkan nilai-nilai inovatif dan kreatif bagi meletakkan program meraihkan sejarah penghijrahan Rasulullah SAW serta ulang tahun kalender Islam itu sentiasa seiring dengan pencapaian dan kemajuan Islam hari ini.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah itu menegaskan, penampilan nilai-nilai inovatif samada dalam persembahan, pameran dan program-program yang diadakan dalam penganjuran tersebut mampu memaparkan nilai-nilai kemajuan masyarakat Islam yang mampu  diikuti dan dicontohi generasi ummah.

“ Kalau program Maal Hijrah seperti hari ini gagal memaparkan kemajuan-kemajuan yang diharapkan dalam segala bidang, termasuk kurang mendapat sambutan masyarakat Islam setempat, maknanya program ini tidak mampu mengangkat martabat masyarakat Islam yang sebenarnya terus memerlukan pembelaan dan perhatian,” katanya.

Saddi beri amaran keras penceroboh tanah di Usuk Subak, Sukau





SUKAU 14 OKTOBER: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman memberi amaran tegas kepada sekumpulan penceroboh tanah di sebuah perkampungan Usuk Subak yang terletak di pertengahan antara Kg Bilit  dan Batu Putih di sini supaya segera menghentikan aktiviti pertanian mereka secara haram.

Beliau berkata, ini kerana tanah tersebut telah diperuntukkan kepada penduduk kampung Sukau yang dikenalpasti tidak memiliki tanah, termasuk sekumpulan penduduk tempatan di kampung Sukau yang terlibat dalam pengusiran dari kediaman dan kebun mereka sesudah mahkamah tinggi berpihak kepada pemilik tanah tersebut dua tahun lalu.

Saddi berkata penceroboh haram di tanah Kampung Usuk Subak yang sebahagian dari mereka didapati diperdaya oleh pihak tidak bertanggungjawab itu, dinasihatkan agar menghentikan aktiviti pertanian di kawasan demi mengelakkan mereka dikenakan tindakan yang lebih tegas oleh pihak berkuasa.

“ Kesemua kawasan tanah ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Tanah Daerah (LUC). Selain sebahagian darinya diberikan kepada sebuah badan koperasi, sebahagiannya lagi kepada penduduk di kawasan ini yang telah dikenalpasti tidak memiliki tanah bagi membolehkan mereka memulakan penghidupan baru,” kata Saddi.

Turun padang memantau perkembangan projek-projek pembangunan di Pekan Baharu Sukau







SUKAU 29 SEPTEMBER : Hari ini saya bersama pegawai-pegawai kerajaan dan swasta mewakili agensi-agensi terlibat dengan pembangunan Pekan Baharu Sukau termasuk Pejabat Daerah, LPPB, Jabatan Tanah, MDK, Jabatan Air, SESB, Jabatan Polis dan Jawatankuasa Pembangunan Pekan Baharu Sukau melawat Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau bagi penilaian akhir serta menentukan tarikh penyerahan kepada MDK selaku agensi yang bertanggungjawab terhadap urustadbir pekan. Dan berkesempatan meninjau tapak pembinaan Masjid Tun Juhar dan Pondok Polis Kg Sukau yang kini sedang dalam rangka penarafan kepada Balai Polis Sukau.

Sederhana tetapi meriah...





SUAN LAMBA 27 SEPTEMBER : “Malam Ria Aidiladha dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Mukim Suan Lamba 2015” berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya seperti yang dijangkakan. Antara lain, mesej yang disampaikan oleh YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman selaku ADUN Kawasan N48 Sukau, beliau menggesa agar penganjuran program yang menggabungkan kepimpinan peringkat akar umbi seperti JKKK dan Ketua-ketua Kampung seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang oleh Pemaju-pemaju Mukim/Masyarakat bagi mengeratkan jalinan silaturrahim serta mempertingkatkan kerjasama dari semasa ke semasa antara penduduk dan pihak kepimpinan, di samping menyemai sifat toleransi kepada generasi ‘Y’ yang menjurus kepada solidariti masyarakat dan pemimpin.

Dalam konteks sambutan perayaan yang dianjurkan oleh gabungan JKKK Mukim Suan Lamba kali ini, selaras dengan tema sambutan beliau yang juga Pengerusi kepada sebuah GLC negeri (KPD) menyeru agar sentiasa mengingati serta menghayati signifikan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan Nabi Allah Ismail AS dengan sejarah penubuhan negara bangsa Malaysia.

Sekitar perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kg Padas oleh Ketua Menteri Sabah




SANDAKAN 24 September : Mengiringi YAB DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah menunaikan sembahyang sunat aidiladha di Masjid Kg Padas, Rancangan Sg Manila Sandakan & seterusnya merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di kampung itu.

Komitmen Pagi Ini..




KOTA KINABATANGAN 9 SEPTEMBER : Berkesempatan menunaikan tanggungjawab menghadiri dan membincangkan isu kepenggunaan tanah dalam Mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah Kinabtangan (LUC). Bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan.

Sekitar Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Kemerdekaan Zon Sukau




Hari ini bertempat di Dewan Datuk OKK Hj Ugi, PPMS Sukau saya bersama-sama sebilangan masyarakat wanita Kg Sukau dalam Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Merdeka anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Timor Sabah dan UPPM Sukau.
Dalam majlis yg serba sederhana ini dengan pengisian kursus fardhu kifayah pada sebelah pagi, saya amat bersyukur dapat bertemu serta beramah mesra dengan sanak saudara dan keluarga, di samping memberi penjelasan berhubung pembangunan kawasan terutamanya pembinaan jambatan kedua kinabatangan yg dijangka akan bermula pada awal RMK 11, juga isu-isu semasa yg sedang melanda negara. 
Saya berasa amat teruja dikelilingi oleh kaum wanita yg majoritinya ibu-ibu, makan minum bersama dalam satu majlis kenduri kampung. Tahniah kepada pihak Yayasan Sabah yg diketuai oleh Puan Hajah Rusinah atas usaha murni ini.


Isu dokumen pengenalan diri rakyat Dun Sukau yang bermasalah bakal diatasi


Hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Dokumen Pendaftaran Mahkamah Bergerak bagi rakyat kawasan DUN Sukau kepada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam proses serta pengeluaran dokumen pengenalan diri termasuklah JPN, Jabatan Kehakiman, Pejabat Daerah, MKN, Polis, JHEAINS, dan Mahkamah Anak Negeri.
Pada sidang DUN April lalu, saya telah membawa isu pengeluaran dokumen pengenalan diri yang menghadapi masalah, dalam perbahasan saya. Masalah terutamanya, mendapatkan endorsement bagi pendaftaran lewat sijil kelahiran dari pihak mahkamah memakan masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun. Dan saya menyarankan, suatu mekanisme yang komprehensif perlu dicapai bagi mengurangkan apa sahaja kekangan yàng telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
Dianggarkan lebih kurang 2000 penduduk tempatan di kawasan DUN Sukau menghadapi pelbagai masalah berhubung sijil kelahiran dan pengeluaran MyKad. Sehubungan dengan majlis ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Hal Ehwal Anak Negeri kawasan Sukau dengan kerjasama UPPM Sukau yang telah menjalankan tinjauan serta pengumpulan maklumat sebagai langkah permulaan kearah mencapai matalamat sifar masalah dokumentasi penduduk.

Agenda hari ini..


Meluangkan masa hadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Belud 2015 yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO merangkap timbalan perdana menteri Malaysia. Di Dewan Tun Said Keruak, Kota belud.




Baharu selasai Menghadiri Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Penampang yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib PresidenUMNO Malaysia yang turut di hadiri oleh YAB DSP Musa Haji Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri & Ketua Menteri Sabah di The Palace Hotel Kota Kinabalu pada sebelah malamnya..

Komitmen kelmarin...




Menghadiri forum Awam Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia JPUUM Siri 2. Dirasmikan Oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymod Tan Shu Kiah mewakili Ketua Menteri Sabah Y.A.B DSP Musa Haji Aman. Anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. Di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah.

Pertimbangan PM kebanggaan rakyat Sukau - Saddi





SANDAKAN 14 OGOS :   Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,  pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan permohonan membina Jambatan Kedua Kinabatangan yang menghubungkan kawasan Pekan Baharu Sukau Bandar Biodiversiti di sini amat memberi kebanggaan besar kepada rakyat di dalam kawasan pilihanraya itu.

Beliau berkata, pembinaan jambatan tersebut yang dijangka mula dilakukan pada tahun depan sebagai tahun permulaan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) itu bukan saja amat ditunggu-tunggu rakyat dalam Deerah Kinabatangan itu, tetapi juga pihak pelabur, para pelancong luar dan dalam negeri serta amat strategik sebagai laluan logistik keselamatan dalam kawasan Pantai Timur Sabah.

Kemudahan penghubung yang saya rancang sejak menyediakan tapak Pekan Baharu Sukau yang dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada 24 Julai 2010 bukan saja amat ditunggu oleh semua rakyat di sini sebagai menyegerakan sistem perhubungan mereka.

Menerima kunjungan hormat Pegawai Kebajikan Daerah Kinabatangan.



Menerima kunjungan hormat Tuan Kasrin Bin Atchil, Pegawai Kebajikan Daerah Kinabatangan. Semoga kerjasama yang sedia terjalin antara kepimpinan DUN Sukau dengan Jabatan Kebajikan Daerah Kinabatangan akan terus erat dalam membela nasib rakyat di sini.

Sekitar Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri DUN Sungai Sibuga 2015





Tahniah Astro kerana menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di DUN Sg Sibuga yang diwakili oleh YAB DSP Musa Haji Aman yang juga selaku Ketua menteri Sabah dalam Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri di mana saya menjadi tetamu kehormat dalam majlis tersebut. Saya juga telah di beri penghormatan oleh pihak Astro untuk menyampaikan duit raya kepada jemputan terpilih..Terima Kasih Astro!!!

Komitmen hari ini..




TAHNIAH!!!





Berkesempatan meluangkan masa menghadiri Majlis Warna Warni Aidilfitri KKLW 2015 di Putrajaya sambil mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu.

Komitmen Hari Ini:



Kesempatan menghadiri Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2015. Bertemakan "Towards Board Excellence". Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan di The Magellan Sutera Resort, Kota kinabalu.

Pelantikan MDN sebagai TPM beri momentum baru kepada ESSZONE





SUKAU 1 OGOS:  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menyifatkan perlantikan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri mampu meningkatkan pengawasan kedaulatan keselamatan di negara ini terutamanya di sepuluh kawasan ESSZONE seluas 1,773.7 kilometer di Sabah.

Katanya, perlantikan tersebut bukan saja mampu mengembalikan nilai integriti dan keunggilan semua agensi dalam kementerian itu termasuk Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun mampu mengembalikan keyakinan seluruh rakyat terhadap pengawasan keselaatan dalam negara.

“ Dalam konteks Sabah, saya yakin 10 kawasan Esszone termasuk kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau dalam daerah Kinabatangan, serta kawasan-kawasan berhampiran mendapat keyakinan baharu terutama dalam mempastikan penduduk tempatan bebas daripada dibolosi penjenayah dan penculik sebagaimana insiden pencerobohan pengganas di Tanduo dua tahun lalu.

“ Saya secara peribadi mengenali Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ketika beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, saya juga adalah seorang Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan dan kami mempunyai hubungan baik,” katanya.

Rombakan Kabinet tindakan tepat



KOTA KINABALU 29 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sukau Datuk Saddi Hj Abdul Rahman menyifatkan rombakan Kabinet Pusat yang diumumkan kelmarin sebagai tindakan bijak bagi memsatikan jentera kerajaan berjalan lancar.

Katanya, keputusan membuat rombakan adalah hak mutlak Perdana Menteri yang difikirkannya terbaik untuk rakyat dan negara keseluruhannya.

“Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri atas keputusan itu. Sudah tentu langkah ini yabg terbaik untuk semua” katanya, sambal berharap bahawa agenda pembangunan berjalan lancar, termasuk di kawasan luar bandar.

Saddi mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas perlantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri.

Beliau turut mengalu-alukan pelantikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu.

Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) berkata, pemmpin dan rakyat akar umbi di Sabah sudah tentu menyambut baik penyusunan semua Kabinet itu. Katanya, melihat kepada gandingan pimpinan tertinggi yang dilantik jelas sekali ia merupakan satu pasukan yang cukup mantap.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat supaya terus bersama-sama mengukuhkan perpaduan dan kesatuan yang sedia terjalin demi menentukan kelancaran agenda pembangunan yang dirancangkan.



Rakyat perlu yakini PM berhubung isu 1MDB

Saddi bersama Sarimin, isteri dan Pemimpin UPPM, Amirudin Mohd Damit dan Dasran menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Kampung Tanjung Aru Ulu

Saddi bergambar dengan Ketua Kampung Tanjung Aru Ulu, KK Adnan Sarkawi.

SUKAU 26 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan rakyat tidak perlu terikut-ikut meragui dan keliru dengan segala tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selagi segala tuduhan mengenainya itu belum membawa apa-apa bukti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata,  rakyat sebaliknya wajib memberikan tumpuan terhadap usaha memberikan kemajuan sosio-ekonomi mereka sebagaimana yang diharapkan pihak kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Rakyat perlu fokus kepada soal pokok iaitu bagaimana meningkatkan pendapatan hasil sumber ekonomi mereka atau melakukan yang lebih baik... tetapi bukan yang berkaitan isu yang dilihat sebagai polimik politik.

“ Berkaitan tuduhan penylewengan di dalam 1malaysia Developmen Berhad (IMDB) yang turut mengaitkan Perdana Menteri, ianya hanya satu tuduhan politik yang terlalu awal untuk dipersoalkan, apalagi kini isu tersebut turut melibatkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), “ katanya.