Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sederhana tetapi meriah...





SUAN LAMBA 27 SEPTEMBER : “Malam Ria Aidiladha dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Mukim Suan Lamba 2015” berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya seperti yang dijangkakan. Antara lain, mesej yang disampaikan oleh YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman selaku ADUN Kawasan N48 Sukau, beliau menggesa agar penganjuran program yang menggabungkan kepimpinan peringkat akar umbi seperti JKKK dan Ketua-ketua Kampung seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang oleh Pemaju-pemaju Mukim/Masyarakat bagi mengeratkan jalinan silaturrahim serta mempertingkatkan kerjasama dari semasa ke semasa antara penduduk dan pihak kepimpinan, di samping menyemai sifat toleransi kepada generasi ‘Y’ yang menjurus kepada solidariti masyarakat dan pemimpin.

Dalam konteks sambutan perayaan yang dianjurkan oleh gabungan JKKK Mukim Suan Lamba kali ini, selaras dengan tema sambutan beliau yang juga Pengerusi kepada sebuah GLC negeri (KPD) menyeru agar sentiasa mengingati serta menghayati signifikan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan Nabi Allah Ismail AS dengan sejarah penubuhan negara bangsa Malaysia.