Hari ini bertempat di Dewan Datuk OKK Hj Ugi, PPMS
Sukau saya bersama-sama sebilangan masyarakat wanita Kg Sukau dalam Majlis
Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Merdeka anjuran bersama Yayasan Sabah Zon
Pantai Timor Sabah dan UPPM Sukau.
Dalam majlis
yg serba sederhana ini dengan pengisian kursus fardhu kifayah pada sebelah
pagi, saya amat bersyukur dapat bertemu serta beramah mesra dengan sanak
saudara dan keluarga, di samping memberi penjelasan berhubung pembangunan
kawasan terutamanya pembinaan jambatan kedua kinabatangan yg dijangka akan
bermula pada awal RMK 11, juga isu-isu semasa yg sedang melanda negara.
Saya
berasa amat teruja dikelilingi oleh kaum wanita yg majoritinya ibu-ibu, makan
minum bersama dalam satu majlis kenduri kampung. Tahniah kepada pihak Yayasan Sabah yg diketuai oleh Puan Hajah Rusinah
atas usaha murni ini.