Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Isu dokumen pengenalan diri rakyat Dun Sukau yang bermasalah bakal diatasi


Hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Dokumen Pendaftaran Mahkamah Bergerak bagi rakyat kawasan DUN Sukau kepada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam proses serta pengeluaran dokumen pengenalan diri termasuklah JPN, Jabatan Kehakiman, Pejabat Daerah, MKN, Polis, JHEAINS, dan Mahkamah Anak Negeri.
Pada sidang DUN April lalu, saya telah membawa isu pengeluaran dokumen pengenalan diri yang menghadapi masalah, dalam perbahasan saya. Masalah terutamanya, mendapatkan endorsement bagi pendaftaran lewat sijil kelahiran dari pihak mahkamah memakan masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun. Dan saya menyarankan, suatu mekanisme yang komprehensif perlu dicapai bagi mengurangkan apa sahaja kekangan yàng telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
Dianggarkan lebih kurang 2000 penduduk tempatan di kawasan DUN Sukau menghadapi pelbagai masalah berhubung sijil kelahiran dan pengeluaran MyKad. Sehubungan dengan majlis ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Hal Ehwal Anak Negeri kawasan Sukau dengan kerjasama UPPM Sukau yang telah menjalankan tinjauan serta pengumpulan maklumat sebagai langkah permulaan kearah mencapai matalamat sifar masalah dokumentasi penduduk.