Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Turun padang memantau perkembangan projek-projek pembangunan di Pekan Baharu Sukau







SUKAU 29 SEPTEMBER : Hari ini saya bersama pegawai-pegawai kerajaan dan swasta mewakili agensi-agensi terlibat dengan pembangunan Pekan Baharu Sukau termasuk Pejabat Daerah, LPPB, Jabatan Tanah, MDK, Jabatan Air, SESB, Jabatan Polis dan Jawatankuasa Pembangunan Pekan Baharu Sukau melawat Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau bagi penilaian akhir serta menentukan tarikh penyerahan kepada MDK selaku agensi yang bertanggungjawab terhadap urustadbir pekan. Dan berkesempatan meninjau tapak pembinaan Masjid Tun Juhar dan Pondok Polis Kg Sukau yang kini sedang dalam rangka penarafan kepada Balai Polis Sukau.

Sederhana tetapi meriah...





SUAN LAMBA 27 SEPTEMBER : “Malam Ria Aidiladha dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Mukim Suan Lamba 2015” berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya seperti yang dijangkakan. Antara lain, mesej yang disampaikan oleh YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman selaku ADUN Kawasan N48 Sukau, beliau menggesa agar penganjuran program yang menggabungkan kepimpinan peringkat akar umbi seperti JKKK dan Ketua-ketua Kampung seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang oleh Pemaju-pemaju Mukim/Masyarakat bagi mengeratkan jalinan silaturrahim serta mempertingkatkan kerjasama dari semasa ke semasa antara penduduk dan pihak kepimpinan, di samping menyemai sifat toleransi kepada generasi ‘Y’ yang menjurus kepada solidariti masyarakat dan pemimpin.

Dalam konteks sambutan perayaan yang dianjurkan oleh gabungan JKKK Mukim Suan Lamba kali ini, selaras dengan tema sambutan beliau yang juga Pengerusi kepada sebuah GLC negeri (KPD) menyeru agar sentiasa mengingati serta menghayati signifikan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS dan Nabi Allah Ismail AS dengan sejarah penubuhan negara bangsa Malaysia.

Sekitar perasmian Pusat Internet 1Malaysia Kg Padas oleh Ketua Menteri Sabah




SANDAKAN 24 September : Mengiringi YAB DSP Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah menunaikan sembahyang sunat aidiladha di Masjid Kg Padas, Rancangan Sg Manila Sandakan & seterusnya merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di kampung itu.

Komitmen Pagi Ini..




KOTA KINABATANGAN 9 SEPTEMBER : Berkesempatan menunaikan tanggungjawab menghadiri dan membincangkan isu kepenggunaan tanah dalam Mesyuarat Penggunaan Tanah Daerah Kinabtangan (LUC). Bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatangan.

Sekitar Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Kemerdekaan Zon Sukau




Hari ini bertempat di Dewan Datuk OKK Hj Ugi, PPMS Sukau saya bersama-sama sebilangan masyarakat wanita Kg Sukau dalam Majlis Kenduri Kesyukuran sempena Bulan Merdeka anjuran bersama Yayasan Sabah Zon Pantai Timor Sabah dan UPPM Sukau.
Dalam majlis yg serba sederhana ini dengan pengisian kursus fardhu kifayah pada sebelah pagi, saya amat bersyukur dapat bertemu serta beramah mesra dengan sanak saudara dan keluarga, di samping memberi penjelasan berhubung pembangunan kawasan terutamanya pembinaan jambatan kedua kinabatangan yg dijangka akan bermula pada awal RMK 11, juga isu-isu semasa yg sedang melanda negara. 
Saya berasa amat teruja dikelilingi oleh kaum wanita yg majoritinya ibu-ibu, makan minum bersama dalam satu majlis kenduri kampung. Tahniah kepada pihak Yayasan Sabah yg diketuai oleh Puan Hajah Rusinah atas usaha murni ini.


Isu dokumen pengenalan diri rakyat Dun Sukau yang bermasalah bakal diatasi


Hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Dokumen Pendaftaran Mahkamah Bergerak bagi rakyat kawasan DUN Sukau kepada beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat secara langsung/tidak langsung dalam proses serta pengeluaran dokumen pengenalan diri termasuklah JPN, Jabatan Kehakiman, Pejabat Daerah, MKN, Polis, JHEAINS, dan Mahkamah Anak Negeri.
Pada sidang DUN April lalu, saya telah membawa isu pengeluaran dokumen pengenalan diri yang menghadapi masalah, dalam perbahasan saya. Masalah terutamanya, mendapatkan endorsement bagi pendaftaran lewat sijil kelahiran dari pihak mahkamah memakan masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun. Dan saya menyarankan, suatu mekanisme yang komprehensif perlu dicapai bagi mengurangkan apa sahaja kekangan yàng telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.
Dianggarkan lebih kurang 2000 penduduk tempatan di kawasan DUN Sukau menghadapi pelbagai masalah berhubung sijil kelahiran dan pengeluaran MyKad. Sehubungan dengan majlis ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Hal Ehwal Anak Negeri kawasan Sukau dengan kerjasama UPPM Sukau yang telah menjalankan tinjauan serta pengumpulan maklumat sebagai langkah permulaan kearah mencapai matalamat sifar masalah dokumentasi penduduk.