Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Sabah



Bangunan kebanggaan rakyat Malaysia di Sabah negeri dibawah bayu, Kami bersama pengerusi BNBBC Sabah YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Rahim Ismail berpeluang melawat bangunan pusat pentadbiran kerajaan negeri sempena kunjungan hormat kami kepada YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah di pejabat baharu beliau. Bangunan ini akan menjadi mercu tanda kejayaan seorang pemimpin yang mengilhamkan bangunan ini dan ikon & arkitek bapa pembangunan Sabah. Tahniah Tan Sri..

Serangan gajah memusnahkan mata pencarian rakyat di Litang, Kinabatangan








LITANG 20 Okt 2017 :  

Dianggarkan kira-kira 100 ekar gajah dilaporkan sedang menceroboh serta merosakkan tanaman kelapa sawit milik penduduk Kampung Litang sejak seminggu lalu, yang dipercayai mengakibatkan penduduk kerugian ratusan ribu ringgit.

Ketua Anak Negeri (KAN) Daerah Kinabatangan, Abdul Said Abdul Karim memberitahu, gajah berkenaan yang dilaporkan bergerak dalam tiga kumpulan ini memusnahkan tanah kelapa sawit, selain pohon buah-buahan yang disauahakan penduduk, mendiami kawasan itu lebih seratus tahun lalu.

Kampung Litang yang sedang didiami lebih 40 keluarga,  berhampiran Hutan Simpan Tabin di sini  atau terletak lebih 200 km daripada Pekan Kinabatangan,  memiliki kira-kira 700 ekar ladang kelapa sawit milik penduduk,  dengan dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) lebih dua tahun lalu. Dilaporkan berjuta ringgit telah dilaburkan agensi terlibat untuk tujuan itu.

Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 2017




SUKAU 19 Okt 2017 :

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 1439H/2017M bertempat Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau yang disempurnakankan perasmiannya oleh YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah (KPD)...Tahniah Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan kali ini dianugerahkan kepada Tuan Yassin Bin Nasir selaku Pegawai Daerah Kinabatangan...Semoga keimanan bertambah... Tema Ma'al Hijrah tahun ini ialah "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"...

Jemputan ke Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan Tahun 1439 H / 2017 M

PENGERUSI JAWATANKUASA PELAKSANA


Dengan segala hormat dan takzimnya menjemput 

YB / Datuk / Tuan / Puan 

ke

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Kinabatangan 
Tahun 1439 H / 2017 M

Yang Disempurnakan Oleh :

YB. DATUK SADDI HJ. ABDUL RAHMAN

Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau
Merangkap
Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD)

Tarikh : 19 Oktober 2017 
Masa : 7.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat :  Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau

Semoga dengan kehadiran YB / Datuk / Tuan / Puan dapat memeriahkan lagi majlis ini disamping mengukuhkan ikatan ukwah dalam mengembangkan syiar islam di bumi Kinabatangan ini

Golongan OKU akan terus dibela - Saddi







SUKAU 12 Okt 2017 : 

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mencadangkan kepada Jabatan Kebajikan Am supaya menyediakan statistik lengkap berhubung kedudukan golongan Orang kelainan Upaya (OKU), termiskin serta individu tertentu di sini agar memudahkan tumpuan khusus dan pembelaan terhadap mereka.

Beliau berkata,  statistik itu bukan saja memberi maklumat berkaitan jumlah dan kedudukan anggota golongan Orang Kelainan Upaya (OKU),  tetapi dari kalangan orang-orang tua, balu, anak-anak yatim piatu, diikuti mereka dari kalangan keluarga daif serta secara tiba-tiba mengalami kemiskinan mengejut akibat kehilangan pekerjaan, menjadi mangsa kebakaran dan malapetaka.

“ Saya mengharapkan maklumat lengkap berhubung statistik seperti ini sejak mula menjadi wakil rakyat (10 tahun lalu). Tetapi apabila jawatankuasa Makmal Kebajikan yang kami tubuhkan cuba mendapatkannya dari jabatan ini, maklumat seperti ini belum disediakan,” katanya.

Saddi menyatakan demikian ketika merasmikan Majlis Kempen Pendaftaran OKU anjuran Jabatan Kebajikan Am Masyarakat Peringkat Dun Sukau di Pekan Sukau di sini pagi Sabtu.

Saddi berkata, maklumat tersebut amat penting bukan saja membolehkan pihaknya melakukan sebarang perhatian serta tinjauan susulan ke atas nasib yang ditanggung oleh semua golongan tersebut, tetapi membolehkannya melakukan ikhtiar yang lebih untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun








KOTA KINABALU 07 Okt 2017 :

Selamat Menyambut Hari Jadi Rasmi ke-64 tahun kepada Tuan Yang terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (DR) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin. "Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun"

Harus melangkah kearah yang lebih dinamik.



KOTA KINABALU 04 Okt 2017 :

Buat pertama kali pihak pengurusan Korporasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) menjemput saya selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah dan membawa cabaran baru kepada barisan pegawai kanan untuk melakukan pelan Rasionalisasi Kearah kemantapan Dan Daya Saing KPD.

Kerajaan BN bersikap adil kepada semua tanpa mengira anutan agama


SANDAKAN 02 Okt 2017 :

Bersikap adil kepada semua itu prinsip yang diamalkan oleh kerajaan Barisan nasional selama ini yang telah memberi bantuan kewangan sekolah sekolah cina dan badan badan keagamaan bukan islam tahun 2017 bagi kawasan pantai timur yang telah disampaikan oleh YAB Tan Sri DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah bertempat di ballroom Sabah Hotel Sandakan.

Satu lagi mercu tanda bakal terbina di Sandakan.





SANDAKAN 02 Okt 2017

Majlis Perasmian Pecah Tanah Pekan Baharu Ulu Dusun Gum Gum, Batu 32 Sandakan. Dirasmikan oleh YAB Tan Sri DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah. Sebuah projek yang mengimbangi pembangunan bandar & luar bandar untuk memberi peluang kepada rakyat luar bandar untuk meningkatkan sosioekonomi mereka. Tahniah Yb. Datuk Zakaria Edris Adun N.41 Gum Gum merangkap Pembantu Menteri Kerajaan dan Tempatan Sabah & LPPB yang telah menjayakan majlis ini.