Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

131 PROJEK KAMPUNG WIFI BAKAL SIAP BULAN INI

SANDAKAN :
Sebanyak 131 projek kampung Wifi seluruh Sabah akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan ini, di mana 50 peratus kampung wifi yang di wujudkan telah siap dan akan memberi faedah kepada penduduk di kampung- kampung terpilih.
" Kerajaan akan terus berusaha memastikan rakyat akan mendapat manfaat daripada pembagunan sektor ICT, bagaimanapun usaha semua pihak harus digembleng bagi menjayakan usaha tersebut". kata wakil rakyat Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman ketika merasmikan Majlis makan malam sempena sambutan Hari Telekomunikasi dan maklumat sedunia 2011 anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Radio Malaysia Sandakan di Dewan Suria Perdana Kastam di Sandakan.
katanya, 2 buah kampung wifi bakal diwujudkan menrusi Dun Sukau, iaitu kampung Suan Lamba dan Kampung Paris 3 di Kinabatangan. Menurutnya, sebelum ini SKMM telah mewujudkan empat Pusat Jalur Lebar Komuniti di Pekan Kinabatangan, Bukit Garam, Sukau dan Kampung Paris 1.
Katannya, pengagihan dua ribu unit Komputer 1Malaysia kepada pelajar-pelajar kawasan luar bandar juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan ICT yang perlu dimiliki segenap masyarakat.
Saddi turut menggesa para peniaga agar mengeksplotasi sepenuhnya kemudahan ICT yang disediakan dalam memperluaskan perniagaan tanpa had sempadan.
Katanya, Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang memperuntukkan satu juta Komputer 1Malaysia untuk diagihkan kepada pelajar dan orang awam berkelayakan merupakan usaha kerajaan meluaskan penggunaan jalur lebar.

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Datuk Saddi ketika sidang RTM
Datuk Saddi menyampaikan hamper kepada salah seorang penduduk kampung ketika memenangi cabutan bertuah.

Ampal adalah Ikon Aedes Negeri Sabah.


SUKAU:
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengajak rakyat kawasan ini supaya mengekalkan keindahan serta kebersihan kampung masing-masing, ketika usaha dilakukan ke arah membawa Dun Sukau sebagai ‘gerbang masuk’ pelancongan bertaraf antarabangsa.
Katanya, keupayaan menjadikan kawasan ini serta seluruh Kinabatangan bebas daripada wabak aedes dan penyakit-penyakit merbahaya, ianya akan bakal menambah jumlah kehadiran pelancong asing ke Dun Sukau yang kini mencecah lebih 40 setahun.
“ Dengan nilai keselamatan termasuk soal kesihatan yang membanggakan, ditambah dengan kemudahan asas pelancong yang terus diperibaiki sudah tentu jumlah kehadiran pelancong ke kawasan ini akan bertambah,” katanya.
“ Saya berkayinan penuh kerjasama yang kuat di antara seluruh rakyat dan sokongan padu daripada pihak kerajaan negeri dan persekutuan membolehkan kawasan Dun Sukau muncul sebagai tumpuan distinasi pelancongan yang pesat di masa depan,” katanya.
Berucap merasmikan Program Gotong Royong Perdana sempena kempen Jom Ganyang Aedes peringkat Dun Sukau, anjuran Jabatan Kesihatan Kinabatangan di Dewan Serbaguna PPMS Kampung Sukau, Saddi berkata wabak penyakit yang mudah menular seperti demam denggi adalah antara ancaman utama kepada Industri Pelancongan di negara ini.
Bagaimanapun, tegas wakil rakyat itu, tidak ada usaha yang lebih besar dalam menangani isu-isu sedemikian melainkan dengan kegigihan dan semangat berkerjasama di antara rakyat, khususnya dalam menyokong kegiatan industri pelancongan di kawasan ini.
Kata Saddi, selain pihak Jabatan Kesihatan Daerah, pihak kerajaan terutamanya pihak berkuasa tempatan perlu turut memainkan peranan yang rancak dalam mempastikan soal kebersihan dan keindahan kawasan taman dan kampung di dalam Dun Sukau dipertingkatkan.
Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Johari Awang Besar, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Madinin Zinin, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Kinabatangan, Haji Hamidin Radin, diikuti anggota-anggota majlis daerah Kinabatangan dan Kuamut serta lebih 200 penduduk kawasan Kampung Sukau yang menyertai program gotong royong perdana itu.
Turut tidak ketinggalan artis penghibur tempatan, Abu Bakar Ellah atau Ampal yang bertindak sebagai Ikon Aedes Negeri Sabah, dilantik oleh Jabatan Kesihatan negeri.
Dalam pada itu Saddi menggesa penduduk di kawasan ini agar tidak hanya sebagai penonton dalam usaha memajukan sektor berkenaan, tetapi memainkan peranan sebagai peserta bagi mempastikan mereka menerima manfaat dari sektor ekonomi itu.
Dengan mengadakan pelbagai aktiviti ekonomi yang boleh menggalakkan kehadiran pelancong, sudah tentu pembabitan rakyat samada terlibat dalam penyediaan kediaman homstay, kraftangan, restoran dan sebagainya boleh menerima pulangan berterusan daripada kegiatan industri itu.
Kata Saddi, tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan kini dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) boleh berperanan dalam menggerakkan ekonomi terutama berasaskan pertanian di kawasan ini.
“ Kita boleh mengadakan pelbagai program ekonomi. Yang penting rakyat di kawasan ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk maju. kerana keupayaan dalam menjayakan program ekonomi boleh juga memberikan kebaikan kepada kemajuan ekonomi negeri,” katanya.
Menyentuh berkaitan soal pembangunan di kawasan itu, Saddi berkata, tumpuannya terus diberikan kepada usaha menjayakan program pembangunan Pekan Baru Sukau yang dijangka akan memulakan program pembangunannya sebelum akhir tahun ini.
Katanya, program pembangunan pekan itu akan dimulakan dengan pembinaan sebuah masjid dan Dewan Masyarakat dalam masa terdekat, memerlukan sokongan padu rakyat ke arah menjana pembangunan rakyat di kawasan itu.
Namun beliau amat mengharapkan projek pembangunan di pekan itu yang dilengkapi kemudahan jambatan kedua dan jalan penghubung di laluan berkenaan siap sepenuhnya sebelum akhir Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK11).
Saddi kemudian mahu usaha ekonomi rakyat di sekitar pekan itu digerakkan secara rancak, termasuk operasi perniagaan di bangunan kedai milik Sedco yang terletak berhampiran kawasan PPMS itu dimulakan.

Selesai.