Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

131 PROJEK KAMPUNG WIFI BAKAL SIAP BULAN INI

SANDAKAN :
Sebanyak 131 projek kampung Wifi seluruh Sabah akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan ini, di mana 50 peratus kampung wifi yang di wujudkan telah siap dan akan memberi faedah kepada penduduk di kampung- kampung terpilih.
" Kerajaan akan terus berusaha memastikan rakyat akan mendapat manfaat daripada pembagunan sektor ICT, bagaimanapun usaha semua pihak harus digembleng bagi menjayakan usaha tersebut". kata wakil rakyat Sukau, Datuk Saddi Hj Abdul Rahman ketika merasmikan Majlis makan malam sempena sambutan Hari Telekomunikasi dan maklumat sedunia 2011 anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Radio Malaysia Sandakan di Dewan Suria Perdana Kastam di Sandakan.
katanya, 2 buah kampung wifi bakal diwujudkan menrusi Dun Sukau, iaitu kampung Suan Lamba dan Kampung Paris 3 di Kinabatangan. Menurutnya, sebelum ini SKMM telah mewujudkan empat Pusat Jalur Lebar Komuniti di Pekan Kinabatangan, Bukit Garam, Sukau dan Kampung Paris 1.
Katannya, pengagihan dua ribu unit Komputer 1Malaysia kepada pelajar-pelajar kawasan luar bandar juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan ICT yang perlu dimiliki segenap masyarakat.
Saddi turut menggesa para peniaga agar mengeksplotasi sepenuhnya kemudahan ICT yang disediakan dalam memperluaskan perniagaan tanpa had sempadan.
Katanya, Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang memperuntukkan satu juta Komputer 1Malaysia untuk diagihkan kepada pelajar dan orang awam berkelayakan merupakan usaha kerajaan meluaskan penggunaan jalur lebar.