Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Aktiviti hari ini


Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat Ramadan di masjid Al-Taqwa, Taman Merpati & Rajawali Sandakan oleh YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah.

Dasar pemangkin pembangunan pertanian Sabah


Majlis pelancaran Dasar pertanian Negeri Sabah Ketiga(DPNS3) 2017-2026 oleh YAB DSP Haji Yahya Hussin Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah Di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

Ada hikmah disebaliknya

Alhamdulilah., selepas perasmian Masjid Tun Juhar pada hari jumaat lepas 19 Mei 2017. Saya sengaja tidak memberi sebarang ulasan dalam wall fb saya mengenai ketetapan kerajaan menangguhkan projek pembinaan Jambatan Ke-2 Sukau Kinabatangan yang telah dijelaskan YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dalam ucapan nya.

1. YAB Ketua Menteri Sabah tidak pernah menyebut bahawa projek JK2 ini dibatalkan. Semua hadirin yang hadir menunggu perkataan batal daripada mulut beliau sendiri, walau pun ada di kalangan para media telah melaporkan dengan menggunakan perkataan batal. Apa yang di kata oleh YAB KM hanya menyatakan bahawa kerjaan akan mencari Jalan laluan alternatif atau cara lain bagaimana JK2 ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang, mengambil kira pertimbangan bahawa kedua dua belah Pihak NGOs dunia dan rakyat sebagai stakeholder mendapat manfaatnya bersama dengan formula win win situation bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

2. Pada peringkat perlaksanaan projek JK2 ini, agak malang sekali kerajaan telah membuat U-Turn seperti mana yang saya jelaskan pada perkara 1 diatas. Walau pun projek JK2 tidak dapat diteruskan namun, berasaskan formula win win, saya telah mencadangkan kepada YAB KM dalam ucapan saya memohon agar peruntukan JK2 yang telah tersedia tidak ditarik balik oleh KKLW & MOF dan akan digunakan untuk pembangunan infra rakyat di Pekan Baharu Sukau.

3. YAB KM telah bersetuju dan menyokong sepenuhnya agar peruntukan JK2 RM73 juta di gunakan utk projek-projek infra rakyat seperti berikut:-


  • Membina jalan raya Pekan Baharu Sukau sejauh 5 km dengan kos RM25juta.
  • Menaik taraf Jalan Suan Lamba Peringkat 2 sejauh 5.4 km dengan kos RM17juta.
  • Membina Pejabat Daerah Kecil Sukau dengan kos RM7juta.


4. YAB KM juga akan memberi pertimbangan yang sewajarnya atas cadangan saya menaik taraf pekan Sukau menjadikan daerah kecil sesuai dengan hala tuju plan strategik pembangunan Pekan Baharu Sukau menjelang tahun 2020.

5. Laporan akhir oleh pihak IDS @ Institue for Development Study Sabah telah juga saya serahkan kepada YAB KM. Saya menaruh keyakinan & harapan yang tinggi sebelum tahun 2020 kerjaan BN yang menjadi tonggak harapan rakyat akan pasti membalas kesetiaan rakyat kepada BN khusus di DUN Sukau yang tidak pernah kalah dalam menghadapi PRU.


Saya berharap rakyat di DUN Sukau akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN/Umno yang diterajui oleh YAB DSP Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia diperingkat pusat & YAB DSP Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri Sabah di peringkat Negeri.

Satu lagi janji ditepati kerajaan BN



Sinar Mentari Memancar Indah

Khazanah Hutan nampak Kehijauan
Masjid Yang Indah Terbina Sudah
Lambang kesatuan Dan Usaha Kerajaan


Pantun balas YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah kepada YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman dalam ucapan rasminya sempena Perasmian Masjid Tun Juhar, Pekan Baharu Sukau.

Satu lagi mercu tanda pembangunan yang membuktikan bahawa kerajaan yang ada bukan sahaja mengutamakan pembangunan ekonomi dan fizikal semata-mata, kerajaan hari ini juga amat menitikberatkan kepentingan pembangunan dalam aspek keagamaan serta kerohanian. Masjid bukan sahaja sebagai kemudahan ummat islam untuk beribadat dengan selesa secara berjemaah, malah ianya juga menyediakan ruang tempat mengadakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang menjurus kearah pembudayaan ilmu dan perpaduan ummah.”

Pada masa sama, YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman, ADUN Sukau dalam ucapan alu-aluannya, memohon agar pembinaan jambatan kedua Sukau dipertimbangkan dan seandainya dibatalkan, beliau mohon agar peruntukan yang telahpun diluluskan itu dapat disalur kepada pembangunan infrastuktur Pekan Sukau, Pejabat Daerah Kecil Sukau dan projek naiktaraf jalan Kg Rancangan Peringkat 2 Suan Lamba yang bernilai RM42 juta keseluruhannya. Walaubagaimanapun, YAB Datuk Seri memberi jaminan akan menyokong permohonan tersebut dan mempertimbangkan cadangan mewujudkanPejabat Daerah Kecil Sukau di PekanSukau.

Dalam majlis ini juga, YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman telah menyerahkan Laporan Kajian oleh Institute For Development Sabah (IDS) bertajuk Cadangan Pengwujudan Pusat Pentadbiran Baru (Daerah Kecil) Kawasan DUN N48 Sukau, Kinabatangan MenjelangTahun 2020 kepada YAB Datuk Seri. Selain itu antara lain pengisian majlis, penyerahan sumbangan naskhah Al-Quran dan Surah Yassin.

Dulu, Kini Dan Selamanya


Hadir di ulang tahun Umno ke 71 di Stadium Bukit Jalil. 7 dekad memperjuangkan bangsa. Selamat ulang tahun umno ke 71.

Pencemaran air Sg Mumiang mendapat perhatian kerajaan


Mewakili YB Datuk Seri Panglina Haji Yahya Hussin Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah merasmikan Program Kesedaran Kepentingan Penjagaan Kualiti Air Sungai Mumiang bersama penternak ikan dalam sangkar penduduk Kampung Mumiang. Program ini telah mendapat perhatian Jabatan Alam Sekitar Persekutuan & Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri Sabah ekoran Daripada perbahasan yang saya bangkitkan di Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai kematian Lebih kurang 7000 kg ikan ternakan di Kampung Mumiang yang dilaporkan tahun lalu.

Alhamdulilah sudah mendapat perhatian kerjaaan khususnya Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. Semoga kes kematian ikan sangkar di Kg Mumiang ini dapat diatasi oleh semua pihak termasuk pengusaha ladang & kilang kelapa sawit yang berhampiran seperti kilang Melangking dalam kita menangani isu menjaga Alam sekitar kita, supaya pendapatan rakyat yang bergantung harap pada sumber hasil sungai dapat dipertahankan..

Semoga dapat menerangkan malam yang kelam.


Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkesempatan menyerahkan sebuah generator kapasiti 3000 Watt kepada En. Hassan Gayung untuk keperluan menampung bekalan eletrik bagi 5 buah rumah di Kg. Mumiang Kuala, Kinabatangan.

Tahniah!


YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, ADUN N.48 Sukau, menghadiri undangan dan seterusnya menyempurnakan acara Gala Night SODOP UNDUK NGADAU Charity Dinner 2017 di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan.Kotobian Tadau tagazo Do Kaamatan kepada semua.

Acara santai bersama YAB PM di Sandakan


Majlis Perasmian Sibuga Golf Club disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Turut hadir YAB Ketua Menteri Sabah Datu Seri Panglima Musa Haji Aman, Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Datuk Tawfiq Datuk Haji Abu Bakar Titingan, hadir bersama YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN Sukau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan

Membantu menyelesaikan Isu BELB Kg Litang Kinabatangan




Saya telah memanggil dan mempengerusikan mesyuarat khas untuk membincang isu berkaitan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Kampung Litang, Kinabatangan oleh KKLW dibawah pelaksanaan oleh FELCRA Bhd. Dipejabat KPD, Kota Kinabalu pagi ini. Banyak perkara dibincang & insyallah bekalan elektrik ini akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat ini, sekiranya semua pihak dapat memberi kerjasama dalam mencari jalan penyelasaiannya. Terima kasih, Pejabat Daerah Kinabatangan, SESB, FELCRA, kontraktor dan konsultan