Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Ada hikmah disebaliknya

Alhamdulilah., selepas perasmian Masjid Tun Juhar pada hari jumaat lepas 19 Mei 2017. Saya sengaja tidak memberi sebarang ulasan dalam wall fb saya mengenai ketetapan kerajaan menangguhkan projek pembinaan Jambatan Ke-2 Sukau Kinabatangan yang telah dijelaskan YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah dalam ucapan nya.

1. YAB Ketua Menteri Sabah tidak pernah menyebut bahawa projek JK2 ini dibatalkan. Semua hadirin yang hadir menunggu perkataan batal daripada mulut beliau sendiri, walau pun ada di kalangan para media telah melaporkan dengan menggunakan perkataan batal. Apa yang di kata oleh YAB KM hanya menyatakan bahawa kerjaan akan mencari Jalan laluan alternatif atau cara lain bagaimana JK2 ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang, mengambil kira pertimbangan bahawa kedua dua belah Pihak NGOs dunia dan rakyat sebagai stakeholder mendapat manfaatnya bersama dengan formula win win situation bak kata pepatah menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

2. Pada peringkat perlaksanaan projek JK2 ini, agak malang sekali kerajaan telah membuat U-Turn seperti mana yang saya jelaskan pada perkara 1 diatas. Walau pun projek JK2 tidak dapat diteruskan namun, berasaskan formula win win, saya telah mencadangkan kepada YAB KM dalam ucapan saya memohon agar peruntukan JK2 yang telah tersedia tidak ditarik balik oleh KKLW & MOF dan akan digunakan untuk pembangunan infra rakyat di Pekan Baharu Sukau.

3. YAB KM telah bersetuju dan menyokong sepenuhnya agar peruntukan JK2 RM73 juta di gunakan utk projek-projek infra rakyat seperti berikut:-


  • Membina jalan raya Pekan Baharu Sukau sejauh 5 km dengan kos RM25juta.
  • Menaik taraf Jalan Suan Lamba Peringkat 2 sejauh 5.4 km dengan kos RM17juta.
  • Membina Pejabat Daerah Kecil Sukau dengan kos RM7juta.


4. YAB KM juga akan memberi pertimbangan yang sewajarnya atas cadangan saya menaik taraf pekan Sukau menjadikan daerah kecil sesuai dengan hala tuju plan strategik pembangunan Pekan Baharu Sukau menjelang tahun 2020.

5. Laporan akhir oleh pihak IDS @ Institue for Development Study Sabah telah juga saya serahkan kepada YAB KM. Saya menaruh keyakinan & harapan yang tinggi sebelum tahun 2020 kerjaan BN yang menjadi tonggak harapan rakyat akan pasti membalas kesetiaan rakyat kepada BN khusus di DUN Sukau yang tidak pernah kalah dalam menghadapi PRU.


Saya berharap rakyat di DUN Sukau akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN/Umno yang diterajui oleh YAB DSP Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia diperingkat pusat & YAB DSP Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri Sabah di peringkat Negeri.