Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Lebih 10000 ahli UMNO Silam menyertai Parti Warisan Sabah




Lahad Datu 16 Dis 2019 : 

YB Datuk Saddi Hj Abdul Rahman menghadiri penyerahan borang-borang keahlian Parti 

WARISAN Sabah Bahagian P.188 Silam disempurnakan oleh YB Datuk Darell Leiking Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah. Di Dewan Masyarakat Tun Mustapha Lahad Datu 

Penyerahan borang ahli kepada Ketua Menteri Sabah



Kota Kinabalu 12 Dis 2019 :

YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, ADUN N.48 Sukau menyerahkan borang kemasukan ahli Parti WARISAN Sabah secara rasmi kepada YAB Datuk Sri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal merangkap Ketua Menteri Sabah dipejabatnya petang tadi.

ADUN Sukau, Saddi sertai WARISAN



SANDAKAN 10 Dis 2018 : 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
Saddi yang sebelum ini menjadi ADUN Bebas selepas mengisytiharkan keluar UMNO pada Ogos lalu berkata, keputusan itu diambil selepas tertarik dengan visi WARISAN yang dipimpin Presidennya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggariskan dasar perjuangan untuk membela seluruh rakyat negeri ini.
Katanya, keputusan itu juga kerana mengambil kira faktor pembangunan berterusan yang diharapkan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan beliau yakin ia mampu direalisasikan sekiranya wakil rakyat berkhidmat dengan parti kerajaan.
“Saya sudah bertemu dengan Ketua Menteri pada Khamis lalu dan dalam pertemuan selama dua jam di rumah beliau (Mohd Shafie), kami berbincang mengenai apa yang diperlukan rakyat Sukau.
“Alhamdulillah, saya diterima dengan dada terbuka dan akan serahkan borang keahlian kepada Ketua Menteri sebelum DUN bersidang pada Khamis ini,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.