Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

‘ SAYA BERKERJA SETIAP 365 HARI UNTUK SUKAU” SADDI.


Pekan Baru Sukau, program pembangunan dicetuskan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, bolehlah disifatkan lambang kebangkitan baru ekonomi rakyat di sebelah sini.

Dicadangkan pengwujudannya oleh wakil rakyat di situ sebelum ini, Datuk Aklee Haji Abbas sebelum disemarakkan secara jelas dan tersusun pengganti beliau, Saddi Haji Abdul Rahman, lebih 130 ekar yang diperuntukkan bagi penyediaan tapak pekan itu di dalam Kampung Sukau sendiri, bakal menyaksikan perubahan besar pembangunan ekonomi di kawasan itu.

Pendek kata, jika siap kawasan yang menempatkan rumah-rumah kedai, diikuti pejabat-pejabat kerajaan yang bakal menjadi pusat pentadbiran Daerah Kinabatangan itu mampu memberikan lonjakan ekonomi kepada masyarakat di kawasan terlibat.

Pekan baru di Kampung Sukau yang berhampiran Sungai Kinabatangan itu juga akan bertindak secara langsung sebagai ‘one stop centre’ dan pusat pertemuan ekonomi masyaarakat sekitar kampung-kampung di bahagian timur dan barat dalam Dun Sukau, melibatkan kepentingan lebih 2,000 buah keluarga mewakili golongan petani, peladang, nelayan dan para pengusaha pelancongan. .

Lebih-lebih lagi jika terbinanya Jambatan Kedua Sukau yang boleh menghubungkan kampung-kampung di Zon Litang, diikuti lebih 15 buah kampung yang menduduki perkampungan nelayan di Zon Pesisir Pantai Dun Sukau dan masyarakat peladang dan pekerja-pekerja ladang melibatkan keseluruhan lebih 15,000 penduduk (termasuk buruh asing daripada Indonesia) sepanjang Sukau – Daerah Lahad Datu.

Saddi sendiri, selepas mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Sidang Dewan Undangan Negeri April tahun lalu, bukan saja berjanji mempastikan Projek Peka Baru Sukau itu menjadi kenyataan. Tetapi terus mengemukakan cadangan demi cadangan kepada kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan supaya boleh memfokuskan kepada cadangan penyediaan pekan baru itu.

Dari segi kempen mempromosikan cadangan itu, Saddi sudah menjadikan isu pekan baru itu sebagai modal penting dalam setiap perjumpaannya dengan rakyat agar rancangan itu benar-benar mendapat sokongan kerajaan dan pelabur luar.

Bagi menjana lagi rancangan itu, Saddi sendiri turut mengemukakan beberapa cadangan ekonomi penting seperti membina pusat rekriasi pelancongan atau Gumantong Park di Gua Gumantong, kira-kira 10 km dari Pekan Baru Sukau, rancangan penanaman padi bersepadu di Kampung Abai dengan kerjasama pelabur dari Negara China, sejam mengunakan bot laju dari kampung itu ke arah mempelbagaikan rancangan ekonomi mega untuk pekan baru berkenaan.

Tidak cukup strategi itu, Saddi menyuarakan segala keperluan terhadap cadangan itu di beberapa Sidang Dewan Undangan Negeri lalu, supaya ianya mendapat perhatian anggota kabinet BN Sabah sendiri.

Saddi memberanikan diri menegur kelemahan soal sistem penyampaian dan berlakunya karenah birokrasi di kalangan segelintir kakitangan kerajaan yang bersikap sambil lewa dan boleh menggangu perjalanan program pembangunan di pekan itu, sekaligus kawasan Sukau.

Kini sudah wujud Jawatankuasa Pemandu Pekan Baru Sukau (JPPBS) dipengerusikan wakil rakyat itu, disertai Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latip Kandok dan kakitangan-kakitangan kerajaan lain, termasuklah Jabatan Perancang Pembangunan Bandar, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, di bawah Kementerian Pewrumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri yang bertindak sebagai urussetia JPPBS

Samada Saudara Abdul Latif dan para penolong pegawai daerah yang ada, diikuti ketua agensi-agensi kerajaan lain menyokong usaha ini dengan memberikan taklimat dan penjelasan kepada setiap pemimpin dan pegawai kementerian berkunjung ke sini.

Menurut mesyuarat JPPBS yang sudah tiga kali bersidang itu, pelan cadangan tapak-tapak bangunan dan infrastruktur pekan baru itu sudahpun di peringkat terakhir penyiapannnya di bawah JPPBS itu dan ianya bakal diserahkan kepada kerajaan negeri tidak lama lagi.

Saddi kalau boleh mahu agar acara perasmian bagi tapak 130 ekar dicadangkan itu dirasmikan secepat mungkin demi menyegerakan projek rakyat itu yang sudah diwar-warkan di Sukau lebih tiga tahun lalu.

Respond dan penerimaan rakyat terhadap projek pembangunan yang dianggap mega itu sudahpun diketahui..

Rata-rata rakyat di kawasan ini memberikan sokongan. Mereka mahu dapat diberikan peluang ekonomi yang lebih sebaik saja pekan baru itu beroperasi.

Di tambah-tambah kakitangan di bawah pimpinan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau mahu setiap zon dan mukim di kawasan ini diberikan peluang berniaga, mempamirkan produk masing-masing, manakala bakat-bakat belia mewakili seluruh Sukau dipamirkan di kawasan pusat pertumbuhan ekonomi ini.

Ada juga suara-suara sumbang mulanya mempertikaikan usaha Saddi itu dengan mengatakan keupayaan pemimpin yang masih dianggap muda tidak akan mencapai sejauh mana. Apalagi kerana melihat penampilan wakil rakyat ini begitu berbeza dari yang sebelumnya, kerana ketegasannya menyuarakan sebarang perkara yang benar dan tidak mahu mengecewakan rakyat.

Tetapi kerana Saddi keupayaan KPPBS itu berjaya menghasilkan beberapa program berkesan sehingga mula mendapat kepercayaan kerajaan negeri, sedikit sebanyak gagasan tersebut mendapat sokongan rakyat.

Dun N.48 Sukau, satu daripada Daerah Kinabatangan berkeluasan 6,605 km persegi melibatkan Dun N.47 Kuamut yang bersempadan dengan beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Sandakan, antara kawasan yang memiliki sejarah awal tamadunnya tersendiri, apabila ahli pelayaran China, Ong S\ung Peng turut melalui perairan kawasan ini pada kurun ke 16 dan membawa kepada pembukaan penempatan kaum itu dengan beberapa nama dan ditukar oleh kerajaan penjajah British Chatered Borneo Company pada kurun ke 18. Kawasan ini adalah sebahagian penting kawasan pelaburan kerajaan penjajah itu.

“Saya mahu merealisasikan kewujudan sebuah pekan baru Sukau ini tidak lain tidak bukan untuk kebaikan masa depan ekonomi rakyat di kawasan ini…Saya mahu golongan muda dan belia memainkan peranan yang besar dan suatu hari nanti merekalah yang memimpin dan membangunkan kawasan ini.

“ Bukan kerana kakitangan kerajaan dari luar kawasan ini tak berkesan....tetapi kerana pihak kerajaan tidak ada pilihan, akhirnya pegawai-pegawai kita yang tentunya mahu membangunkan kawasan masing-masing, maka terpaksalah mereka menyumbang bakti di kawasan ini” katanya.

Di bawah Konsep Satu Malaysia, kata Saddi, falsafah perkhidmatan kerajaan di bawah prinsip itu mampu menyediakan pembangunan yang jelas kepada kewujudan pekan baru itu di dalam daerah yang sudah lama jauh ketinggalan dari daerah-daerah, apalagi di negeri-negeri lain.

Tambahan lagi, kata Saddi, Kinabatangan adalah salah satu pengeluar komodoti kelapa sawit terbesar dalam negara (lebih 1.3 juta hakter), diikuti Kampung Sukau sendiri merupakan distinasi pelancongan dikenali di dalam negara dan rantau Asia kerana kewujudan pusat pengutipan sarang burung Layang Layang di Gua Gumantong yang terkenal kerana kualiti bahan makanan dan minuman eksotik itu.

Demikian juga kerana kewujudan hidupan liar seperti monyet belanda, badak Sumatera dan kawasan hidupan seperti tumbuhan hutan hujan dan Sungai Kinabatangan antara yang terpanjang di dalam negara (650km), menyimpan pelbagai rahsia dan khazanah alam itu amat diminati para pelancong dan penyelidik asing (kira-kira lebih 5,000 sebulan), juga berhampiran Hutan Simpan warisan dunia di Tabin Wildlife (The Lost World), antara kelebihan menjayakan masa depan Pekan Baru Sukau itu kelak.

Di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancarkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, Sukau adalah sebahagian kawasan yang diletakkan di bawah Zon Perlindungan Alam Sekitar, selain sebagai kawasan pengeluar bahan komoditi kelapa sawit, selain industri makanan berasaskan sumber laut dan pertanian bersama-sama daerah berhampiran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ketika berucap dalam satu lawatan berkaitan program pemuliharaan alam sekitar anjuran akhbar The Star di Kampung Sukau menggesa rakyat di sini menyokong pelbagai usaha pembangunan (termasuk bidang-bidang ekonomi berasaskan pelancongan) yang diperjuangkan Saddi.

Kerajaan negeri, katanya, akan mempastikan kawasan Dun ini dibangunkan dengan kerjasama kerajaan pusat, seiring dengan matlamat kerajaan membangunkan kawasan di luar bandar.

Minggu lepas, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun ketika menghadiri satu majlis Perjanjian Persefahaman (MOU) di Danau Girang di sini, antara Jabatan Hidupan Liar dan Universiti Cardiff dari Amerika Syarikat itu menyuarakan perasaan bangga dengan kekayaan khazanah hutan berasaskan pelancongan di Sukau yang membawa kepada MOU lima tahun antara dua pihak..

Menteri itu menyifatkan kewujudan pusat penyelidikan berasaskan bidang biodiversity terhadap hidupan liar itu menjadi rangkaian penjanaan ekonomi di kawasan ini.

Bagi Saddi program lawatan berterusannya samada kerana menghadiri program rasmi anjuran pelbagai pihak atau atas kehendak penduduk di Sukau semenjak menjadi wakil rakyat, fokusnya ke arah mahu membawa masyarakat Sukau berdimensi pembangunan baru, peka ekonomi, beriltizam, bermuhasabah diri, sedia merubah pemikiran dan tindakan demi berkerjasama menyatukan perjuangan ke arah kebaikan masa depan bersama.

“ Percaya atau tidak saya sedang berfikir dan bertindak 365 hari setahun demi Projek Pekan Baru Sukau ini demi kebaikan dan peluang rakyat.

“ Saya sentiasa sedia dikritik mengenai apa saja khidmat saya kerana semua ini untuk kebaikan rakyat di bawah Konsep Satu Malaysia,” katanya

Selesai.
Datuk napsah menerima cenderakenangan daripada Saddi sempena kunjungan kehormat Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan kepada Adun Sukau itu
Saddi menyampaikan ucapan dengan mendapat tepukan pemimpin pergerakan wanita bahagian Umno Kinabatangan.
SOKONGAN KAUM WANITA AMAT PENTING PADA PILIHANRAYA UNTUK BN : SADDI

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, sokongan kaum wanita khususnya daripada Pergerakan Wanita Umno memang amat penting dalam mempastikan kemenangan calon-calon mewakili Komponen Barisan Nasional (BN) dalam setiap musim pilihanraya.

Katanya, dengan adanya sokongan padu termasuk daripada pergerakan itu akan memboleh calon BN mencapai kemenangan undi yang lebih besar, ekoran sikap bekerja dengan kuat dan ikhlas yang sentiasa ditunjukkan mereka sejak lagi parti Umno berkembangkan ke negeri ini.

“ Apa lagi dengan slogan baru perjuangan pergerakan ini sebagai ‘nadi rakyat’ yang bukan hanya meletakkan mereka sentiasa berada di sisi rakyat, tetapi mengerakkan tugas-tugas yang boleh meningkatkan kekuatan Umno dan BN di negara ini,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Kunjungan Hormat yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan kepada beliau di pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau di Jalan Labuk di sini kelmarin.

Kunjungan itu diketuai oleh Ketuanya, Datuk Dayang Napsah Datuk Seri Panglima Mohd Galpam dengan disertai oleh sebahagian besar sub kepimpinan pergerakan itu.

Saddi berkata, beliau amat terharu dengan kunjungan tersebut kerana ia merupakan satu penghormatan kepada beliau sebagai wakil rakyat yang mewakili parti itu, namun tewas pada pemilihan parti bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan.

“ Saya terharu kerana, kalau dulu saya dan kumpulan berpakaian merah putih ini sentiasa bersama-sama dalam menjalankan tugas-tugas parti dan memberikan khidmat kepada ahli Umno di seluruh Kinabatangan.

“ Tetapi apabila saya tewas dalam perebutan itu, saya memberikan komitmen sepenuhnya terus khidmat kepada rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada wakil rakyat BN. Hari ini saya cukup terharu dengan kunjungan yang diberikan,” katanya.

Kalau boleh, kata Saddi, beliau hubungan yang sudah dieratkan ini tidak terputus dan mengharapkan anggota pergerakan itu sentiasa bersama-sama beliau menjalankan khidmat kepada rakyat di seluruh kawasan Sukau.

Katanya, soal beliau jarang berama-sama kepimpinan Umno bahagian Kinabatangan tidak menjadi persoalan penting, kerana beliau tidak menghadapi apa-apa masalah dengan Ketua Bahagian itu, Datuk Bung Mokthar Radin.

“ Kami memang tidak apa-apa masalah. Apalagi kerana kami sekian lama terlibat dalam politik. Mungkin kalau adapun tanggapan kurang elok, ianya datangnya daripada pihak luar yang cuba meneguk air yang keruh. Tetapi hubungan kami berdua masih baik dan boleh bekerjasama,” katanya.

Dengan menyumbangkan peruntukan RM25,000 bagi menjayakan keperluan dan program politik pergerakan itu, Saddi berkata, pihaknya sentiasa akan mendengar sebarang permintaan masyarakat wanita di kawasan Kinabatangan bagi menjayakan peranan pergerakan itu.

Sementara itu, Datuk Napsah dalam ucapannya, memuji sikap keterbukaan Saddi dalam menjalankan khidmatnya sebagai wakil rakyat yang datang daripada Parti Umno.

“ Apa yang saya kenal beliau ini sentiasa sedia memberikan kerjasama, memberikan pandangan yang ikhlas dan terbuka demi kebaikan Umno.

“ Sudah tantu pergerakan ini memberikan sokongan padu kepada khidmat yang beliau lakukan khususnya demi rakyat di kawasan Dun Sukau, diikuti kalangan kaum wanita di kawasan ini yang sentiasa memerlukan pembelaan,” katanya.

Selesai.
NKRA MENJANA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SABAH : YB SADDI

SUKAU : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, penyertaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) sebagai salah satu daripada kementerian yang disenaraikan dalam enam teras bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA) sebagai amat wajar dalam menjana pembangunan infrastruktur di Sabah.

Beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri terhadap pendekatan kerajaan pusat itu, perlu dijadikan agenda besar bagi KPLBW dalam memerangi soal kemiskinan di Sabah, yang sebahagiannya darinya menerusi langkah penyaluran projek-projek pembangunan asas rakyat.

“ Apalagi menerusi pelan tindakan ini, tahun 2012 disasarkan kepada pencapaian ke atas perlaksanaan projek-projek infrastruktur di Sabah melibatkan kemudahan bekalan api letrik dan air dan jalan utama di seluruh Sabah siap sehingga 90 peratus.

“ Sudah tentu kita di Sabah menuntut kepada tumpuan yang berkesan oleh kementerian ini agar bukan saja projek pembangunan yang disalurkan siap, tetapi berkualiti tinggi untuk dinikmati rakyat,” katanya.

Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap penubuhan NKRA yang berperanan di bawah Indeks Prestasi Utama (KPI) itu, Saddi berkata, langkah baru kerajaan itu sebahagian daripada difinasi terhadap penghususan kehendak rakyat dan pencapaian pembangunan yang diutamakan, di bawah Konsep Satu Malaysia.

Datuk Seri Najib mengumumkan penubuhan NKRA beberapa hari lepas, dengan penyertaan beberapa kementerian selain KPLBW, yang antara lain dalam usaha menjana pembangunan pendidikan, mengurangkan kadar jenayah dan rasuah, mengatasi masalah pengangkutan dan mencakupi kehendak keluarga dan masyarakat, melibatkan kementerian-kementerian terlibat.

Saddi dalam pada itu berkata, dalam konteks kawasan Sukau, tumpuan oleh KPLBW terhadap masalah yang amat diperlukan di kawasan Dewan undangan negeri itu begitu diharapkan di bawah pendekatan NKRA.

Wakil rakyat itu menambah, selain beberapa masalah yang wujud di kalangan rakyat ekoran kekurangan kemudahan seperti bekalan api letrik, bekalan air dan kemudahan jalanraya menghubungkan semua penduduk, pernilaian semula terhadap projek-projek pembangunan yang masih dalam perancangan dan dikendalikan sewajarnya diperkasakan mengikut kesesuaian.

“ Saya mengambil contoh Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Sukau yang diwujudkan di kawasan ini yang dirancang sejak Rancangan Malaysia Ke 8 masih lagi tergendala penyiapannya.

“ Pada saya program pembangunan ini memerlukan koordinasi yang kukuh di antara semua agensi yang dipertanggungjawabkan di bawah KPLBW. Maka di bawah NKRA keutamaan ke atasnya perlu diperhebatkan bagi memenuhi segala kehendak rakyat dan kawasan,” katanya.

Menyatakan terima kasih dan penghargaan ke atas pengwujudan NKRA, kata Saddi lagi, rakyat di luar bandar amat mengharapkan pencapaian program itu yang akan selari dengan aspirasi kerajaan negeri memajukan Sabah di bawah Koridor Pembangunan Sabah dan Halatuju Pembangunan Negeri yang idea penubuhannya, turut dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Selesai,