Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Datuk napsah menerima cenderakenangan daripada Saddi sempena kunjungan kehormat Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan kepada Adun Sukau itu
Saddi menyampaikan ucapan dengan mendapat tepukan pemimpin pergerakan wanita bahagian Umno Kinabatangan.
SOKONGAN KAUM WANITA AMAT PENTING PADA PILIHANRAYA UNTUK BN : SADDI

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman berkata, sokongan kaum wanita khususnya daripada Pergerakan Wanita Umno memang amat penting dalam mempastikan kemenangan calon-calon mewakili Komponen Barisan Nasional (BN) dalam setiap musim pilihanraya.

Katanya, dengan adanya sokongan padu termasuk daripada pergerakan itu akan memboleh calon BN mencapai kemenangan undi yang lebih besar, ekoran sikap bekerja dengan kuat dan ikhlas yang sentiasa ditunjukkan mereka sejak lagi parti Umno berkembangkan ke negeri ini.

“ Apa lagi dengan slogan baru perjuangan pergerakan ini sebagai ‘nadi rakyat’ yang bukan hanya meletakkan mereka sentiasa berada di sisi rakyat, tetapi mengerakkan tugas-tugas yang boleh meningkatkan kekuatan Umno dan BN di negara ini,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Kunjungan Hormat yang dilakukan oleh Pergerakan Wanita Umno Kinabatangan kepada beliau di pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Sukau di Jalan Labuk di sini kelmarin.

Kunjungan itu diketuai oleh Ketuanya, Datuk Dayang Napsah Datuk Seri Panglima Mohd Galpam dengan disertai oleh sebahagian besar sub kepimpinan pergerakan itu.

Saddi berkata, beliau amat terharu dengan kunjungan tersebut kerana ia merupakan satu penghormatan kepada beliau sebagai wakil rakyat yang mewakili parti itu, namun tewas pada pemilihan parti bagi merebut jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan.

“ Saya terharu kerana, kalau dulu saya dan kumpulan berpakaian merah putih ini sentiasa bersama-sama dalam menjalankan tugas-tugas parti dan memberikan khidmat kepada ahli Umno di seluruh Kinabatangan.

“ Tetapi apabila saya tewas dalam perebutan itu, saya memberikan komitmen sepenuhnya terus khidmat kepada rakyat yang dipertanggungjawabkan kepada wakil rakyat BN. Hari ini saya cukup terharu dengan kunjungan yang diberikan,” katanya.

Kalau boleh, kata Saddi, beliau hubungan yang sudah dieratkan ini tidak terputus dan mengharapkan anggota pergerakan itu sentiasa bersama-sama beliau menjalankan khidmat kepada rakyat di seluruh kawasan Sukau.

Katanya, soal beliau jarang berama-sama kepimpinan Umno bahagian Kinabatangan tidak menjadi persoalan penting, kerana beliau tidak menghadapi apa-apa masalah dengan Ketua Bahagian itu, Datuk Bung Mokthar Radin.

“ Kami memang tidak apa-apa masalah. Apalagi kerana kami sekian lama terlibat dalam politik. Mungkin kalau adapun tanggapan kurang elok, ianya datangnya daripada pihak luar yang cuba meneguk air yang keruh. Tetapi hubungan kami berdua masih baik dan boleh bekerjasama,” katanya.

Dengan menyumbangkan peruntukan RM25,000 bagi menjayakan keperluan dan program politik pergerakan itu, Saddi berkata, pihaknya sentiasa akan mendengar sebarang permintaan masyarakat wanita di kawasan Kinabatangan bagi menjayakan peranan pergerakan itu.

Sementara itu, Datuk Napsah dalam ucapannya, memuji sikap keterbukaan Saddi dalam menjalankan khidmatnya sebagai wakil rakyat yang datang daripada Parti Umno.

“ Apa yang saya kenal beliau ini sentiasa sedia memberikan kerjasama, memberikan pandangan yang ikhlas dan terbuka demi kebaikan Umno.

“ Sudah tantu pergerakan ini memberikan sokongan padu kepada khidmat yang beliau lakukan khususnya demi rakyat di kawasan Dun Sukau, diikuti kalangan kaum wanita di kawasan ini yang sentiasa memerlukan pembelaan,” katanya.

Selesai.