Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Gong Xi Fa Cai.!


Majlis Jamuan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina diadakan oleh parti kompenan parti BN siang tadi, pada malam ini presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Ir James Wong merayakan majlis makan malam bersama Tuan Yangt Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr. Juhar Datuk Haji Mahiruddin & Toh Puan, turut hadir YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji aman Ketua Menteri Sabah & Datin Datuk Faridah Haji Tussin.

KPD akan terus dimantapkan..




Mempengerusikan Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah KPD di tingkat 7 ballroom Perkasa Hotel, Keningau yang turut dihadiri oleh Datuk Ahmad Haji Awang Hashim, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah. Disamping lawatan kerja ke Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Sebrang dan projek-projek KPD.

Yayasan Sabah Bersama Rakyat




Berkesempatan menghadiri Program Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat tetamu kehormat YAB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah. Di Dewan Sri libaran, Sandakan.

Selamat Pengantin Baru.,Semoga bahagia hingga ke jannah.


Menghadiri majlis resepsi anak Tuan Haji Rosli Lahama di Kg Gomantong Jaya, Sukau. Ucapan Tahniah kepada kedua mempelai, semoga bahagia sehingga ke jannah..

Perkembangan positif mengatasi konflik gajah dan manusia.



Lawatan kerja bersama Datuk Rusmadi Datu Sulai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayan & Alam sekitar Sabah bersama Tuan Augustine tuuga, Pengarah Hidupan Liar Sabah berserta pegawai-pegawainya turun padang mencari Jalan untuk mengatasi isu pencerobohan gajah-gajah di Kampung Litang sejak September, 2017 sehingga awal tahun 2018 yang memusnahkan hampir keseluruhan tanaman kelapa sawit dan produk tanaman lain dan menjejaskan pendapatan penduduk kampung. 

Satu penyelasaian secara jangka panjang akan dilakukan oleh Kementerian dan Jabatan Hidupan Liar untuk mempastikan konflik gajah dan manusia dikampung ini tidak berulang lagi. Saya ucapkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam sekitar Sabah yang menyahut cabaran saya supaya kementerian untuk turun padang untuk melihat sendiri kes pencerobohan gajah di Kg Litang ini..