Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Jawatankuasa bertindak Kg Paris diwujudkan

PARIS, KINABATANGAN:  Usaha menggerakkan pembangunan pembangunan serta pendekatan menangani pelbagai masalah serta kemuskilan rakyat di kawasan in diperhebatkan menerusi penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Kampung Paris di sini baru-baru ini.

Pengerusinya merangkap Pemaju Mukim Paris, Japar Yusup berkata, jawatankuasa tersebut yang diletakkan di bawah Unit Tindakan Pimpinan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sukau berperanan memberikan khidmat berkesan dengan mempastikan segala keperluan dan rungutan rakyat di semua tujuh kampung dalam mukim itu dapat diselesaikan pada masa singkat.

Katanya, antara anggota jawatankuasa badan bertindak itu melibatkan semua tujuh orang Pengerusi JKKK yang terdapat di mukim tersebut iaitu Ransa Wanna  (Kg. Koyah) Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Biro Agama, Zulhaby Haji Tujuh (Kg. Paris 1) Setiausaha merrangkap Pengerusi Biro Kebudayaan, Mohamad Hambali Darum (Kg. Paris 2) Makmal Pembangunan, Abd. Latif Hamzah (Kg. Paris 3) Makmal Kebajikan, Haji Ahmad Kembali (Sri Takala) Makmal Tanah, Ramli Ahmad (Koyah B) Makmal Belia dan Mahmusa Jamaludin (Koyah Bersatu) Makmal E Kasih.  

Majlis Daerah Kinabatangan mampu berjaya jika telus dan profesional

SUKAU, KINABATANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri di sini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, soal transformasi dan ketelusan mengurus tadbir Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) harus menjadi satu titik pertemuan baru para pentadbirnya dalam memperkasa dan menyusun semula tanggungjawab, demi kebaikan rakyat dan pembangunan kawasan itu.

Beliau berkata, selain perlu bersikap adil kepada semua pihak termasuk kalangan wakil rakyat setempat, rasa keterbukaan dan sanggup berkongsi masalah menjadi budaya baru majlis itu untuk disahut, dalam menyelesaikan segala kekangan dan cabaran pentadbirnya, sesuai visi dan misi perkhidmatan serta halatuju pembangunan majlis itu.

“Apabila ada ketelusan dan sedia bersikap adil kepada wakil rakyat termasuk saya, sudah tentu ianya membolehkan masalah boleh dikongsi dan disuarakan kepada kerajaan negeri. Ia termasuklah dibahaskan di Sidang Dewan Undangan Negeri, kepada anggota kabinet negeri dan Ketua Menteri,” katanya.

“Namun ini tidak berlaku sejak lawatan kerja saya ke MDK enam tahun. Kerana saya merasakan penjawat jawatan Pegawai Eksekutifnya sebelum ini tidak memberikan saya peluang serta apapun maklumat untuk dikongsikan demi diatasi bersama,” katanya,