Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Majlis Daerah Kinabatangan mampu berjaya jika telus dan profesional

SUKAU, KINABATANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri di sini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, soal transformasi dan ketelusan mengurus tadbir Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) harus menjadi satu titik pertemuan baru para pentadbirnya dalam memperkasa dan menyusun semula tanggungjawab, demi kebaikan rakyat dan pembangunan kawasan itu.

Beliau berkata, selain perlu bersikap adil kepada semua pihak termasuk kalangan wakil rakyat setempat, rasa keterbukaan dan sanggup berkongsi masalah menjadi budaya baru majlis itu untuk disahut, dalam menyelesaikan segala kekangan dan cabaran pentadbirnya, sesuai visi dan misi perkhidmatan serta halatuju pembangunan majlis itu.

“Apabila ada ketelusan dan sedia bersikap adil kepada wakil rakyat termasuk saya, sudah tentu ianya membolehkan masalah boleh dikongsi dan disuarakan kepada kerajaan negeri. Ia termasuklah dibahaskan di Sidang Dewan Undangan Negeri, kepada anggota kabinet negeri dan Ketua Menteri,” katanya.

“Namun ini tidak berlaku sejak lawatan kerja saya ke MDK enam tahun. Kerana saya merasakan penjawat jawatan Pegawai Eksekutifnya sebelum ini tidak memberikan saya peluang serta apapun maklumat untuk dikongsikan demi diatasi bersama,” katanya,

Menyatakan perkara itu sewaktu melakukan lawatan kerja di pejabat MDK Kinabatangan pagi ini, Saddi berkata, sebagai wakil rakyat menganggotai Dewan Undangan Negeri, Saddi berkata, beliau mempunyai banyak peluang untuk membantu MDK kerana majlis itu beraada di bawah pengawasan kerajaan negeri.
 
Malah, Saddi menggambarkan, sasaran MDK berpotensi untuk mencapai hasil sehingga RM30 juta setahun berpotensi besar ekoran kedudukannya memiliki pelbagai sumber hasil dan keuntungan pada masa depan.


MDK menguasai beberapa sektor yang memungkinkannya membawa masuk banyak pelaburan beerkaitan, selain membuat pelaburan luar berasaskan segala sektor yang ada dan dibantu kecekalan dan kecekapan kakitangannya yang masih agak kecil dan wajar diberi penarafan baru di bawah peranan pihak berkuasaa tempatan.

“ Saya amat bersetuju bahawa kedudukan MDK memiliki kawasan tanah sehingga 5,000 ekar akan memberikan kebaikan kepada masa depan perkhidmatan, pelaburan masuk, kemudahan perumahan dan segala prasarana baru pihak berkuasa tempatan itu,” katanya.

Namun demikian, katabeberapa isu amat dilihat penting termasuklah tumpuan kepada menstrukturkan semula pentadbiran kakitangan kerajaan MDK, selain kedudukan 16 buah kampung di dalam kawasan Persisiran Pantai Kinabatangan yang sekian lama ditadbir Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MDK, Arisin Haji Arifin yang juga Pegawai Daerah Kinabatangan, Pegawai Eksekutif MDK yang baru, Mohd Japar Haji Amit,   para kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat  (UPPM) Sukau diketuai Amirudin Mohd Damit, diikuti Timbalan Pengerusi MDK Haji Hamidin Radin serta sebilangan anggota Majlis MDK yang sempat hadir dalam majlis itu.

Sebelum itu, Japar memberikan taklimat kepada Saddi dan kakitangan UPPM tersebut berhubung fungsi dan matlamat MDK, sebuah badan pihak berkuasa tempatan di sini yang mengurus lebih 17,494 kilometer atau  1,759 juta hektar kawasan tanah perkadaran daerah antara yang terbesar di Malaysia itu.

Selain memiliki pelbagai hasil dan sumber ekonominya termasuk perladangan, perikanan dan eko pelancongan, MDK  memiliki lebih 5,000 ekar tanah simpanan untuk tujuan pelaburan dan memberi hasil perkadarannya pada masa depan.

Bagaimanapun kedudukan kewangan MDK ketika ini tidak dinyatakan dalam taklimat itu. Kira-kira 10 tahun lalu, kedudukan kewangan MDK disifatkan kukuh dengan anggaran perolehan melebihi  RM 5 juta setahun,  dengan keeupayaannya menawatkan khidmat bantuan kewangan kepada majlis-majlis daerah  di negeri ini yang kurang berpotensi. 

Saddi berkata, isu persempadanan daerah itu mengakibatkan kesukaran kepada rakyat di kawasan DUN Sukau. Mereka bukan saja masih tertinggal dari arus pembangunan dan ekonomi, tetapi dibebani kerenah birokrasi perkhidmatan kerajaan yang kurang kemas dan ‘double standard’, dikekang isu-isu logistik dan perhubungan.

“Isu ini sudah kerapkali saya dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri, demi mempastikan kawasan ini mendapatkan perkhidmatan dan layanan yang samarata dari kerajaan.

“Walaupun perkara ini masih dalam peringkat kajian kerajaan termasuk beberapa agensinya seperti Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), tetapi ianya perlu terus diperjuangkan selagi belum dapat diselesaikan

Dalam pada itu, Saddi mengharapkan supaya keujudan beberapa jawatankuasa majlis bagi tujuan mendapatkan hasil dan pendapatan MDK dapat diperhebatkan demi mencapai matlamat tersebut.

“Saya mencadangkan agar pihak pengurusan MDK dapat mengamalkan pengurusan pintar. Saya juga mahu supaya mana-mana jawatankuasa majlis yang menghadapi kelemahan diperbaiki dan dikemukan kepada pihak saya untuk tindakan selanjutnya.  

“Saya juga berharap agar Jawatankuasa Pelaburan MDK diwujudkan bagi membolehkan jawatankuasa yang dibentuk dapat menyusun strategi untuk menarik pelbagai pelaburan beraasaskan beberapa bidang ekonomi di daerah ini,” katanya.

Dalam mada yang sama, katanya, beberapa kekurangan kemudahan rakyat khususnya keperluan perumahan rakyat, isu setinggan dan penempatan mangsa-mangsa banjir ke kawasan perumahan sedia ada dapat diberi tumpuan khusus.

Sekain itu soal pengujudan jawatan-jawatan baru, kenaikan skil gaji dan penarafan jawatan kakitangan MDK dan sebagainya perlu diberi peneltian secara menerusi bentuk pengurusan yang cekap dan profesional. 

Sebelum itu, Saddi  menggesa Jawatankuasa Pekan Baharu Sukau yang sudah diujudkan dalam MDK dapat diperkukuhkan dengan mengemukakan segala cadangan penting demi mempastikan perlaksanaan pembangunan Pekan Baharu itu mencapai sasarannya.

Saddi menyasarkan agar tapak pembangunan pekan berkenaan yang telah diluluskan  Ketua Menteri menerusi Majlis Pecah Tanah 24 Julai 2010 mula beroperasi sebaik mungkin termasuk diangkat sebagai Daerah Kecil Sukau pada tahun 2020..

Tahun ini saja, kata Saddi, pekan ini sudah menerima peruntukan RM7 juta termasuk lima juta untuk pembinaan masjid pekan berkenaan, selain RM2 juta untuk tujuan pembangunan asas dan beberapa lagi tahun yang lalu.

“Namun apa yang saya dapati walaupun Jawatankuasa Pekan Baharu Sukau yang diujudkan di dalam MDK telah mengadakan beberapa mesyuaratnya, tetapi belum mengemukakan sebarang hasil dan ini perlu diberikan tumpuan jawatankuasanya demi kebaikan matlamat tersebut,” katanya.
      

Saddi menegaskan, apabila semua jentera pentadbiran MDK sedia melakukan anjakan perubahan dan transformasi diharapkan itu, sudah pasti badan itu mampu mencapai  pelbagai kemajuan serta memberikan pembelaan berkesan kepada rakyat, sesuai dengan misi dan misi kewujudannya.