Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Berita perkembangan Projek Jambatan Ke-Dua Kinabatangan..



Membincangkan projek Jalan Sukau - Moresem termasuk membina Jambatan Ke-Dua Kinabatangan untuk dibentang ke mesyuarat Kabinet akan datang yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah. Mudah2an ada kejayaan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan segera.

Sekitar Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Kg Sri Takala, Kinabatangan.






PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT ANJURAN JKKK KG.SRI TAKALA, disempurnakan oleh YB. Datuk Saddi Haji Abdul Rahman, ADUN N48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Sabah.

Antara Program Pengisiannya ;
1) YB.Datuk Menandatangani Plat Penamaan Semula Masjid kpd Masjid Ar Raudah 
2) Penyerahan Geran / offer Tanah kpd sebilangan penduduk
3) Melawat Projek Pemasangan Paip Air 
4) Melawat Tapak Dewan Sri Takala

Berita sekitar penyerahan bantuan CSR KPD di Kg Bilit, Kinabatangan.





YB Datuk Saddi Haji Abdul Rahman ADUN N48 Sukau merangkap Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Datuk Saddi, disamping Penyerahan Bantuan CSR daripada Korporasi Pembangunan Desa Negeri Sabah berupa Beg & Pakaian Seragam Sekolah untuk pelajar dari SK.Kg.Bilit, Kinabatangan.

CTC manfaatkan rakyat - Saddi




KINABATANGAN 02 APRIL :    Program Transformasi Kemasyarakat atau CTC yang dicetuskan oleh Kementerian Kewangan bukan saja boleh diperkasakan di kawasan Bandar tetapi di luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman.

Beliau berkata, program berkenaan bukan saja mampu memberikan penjelasan yang tepat kepada rtakyat berhubung isu-isu semasa yang dihadapi negara, tetapi juga memberikan keutamaan kepada soal perkhidmatan yang amat diperlukan rakyat berkaitan permintaan semasa.

“ Saya amat teruja apabila Daerah Kinabatangan disenaraikan salah satu daripada enam program lawatan CTS yang dilakukan di seluruh negeri ketika ini. Maka sudah tentu rakyat perlu mengambil peluang bagi mendapatkan sebarang perkhidmatan yang diperlukan demi kebaikan negara keseluruhannya, “ katanya.

Menyatakan perkara itu ketika merasmikan Program  CTC yang dianjurkan kementerian tersebut di Padang Majlis Daerah Kinabatangan berhampiran Dewan Serbaguna Lamag di sini kelmarin, Saddi berkata, program yang tuirut membabitkan penyertaan lebih 40 badan agensi mewakili kerajaan negeri dan persekutuan itu hanya mampu dilaksanakan oleh kerajaan yang stabil seperti Kerajaan Barisan Nasional (BN).