Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Masyarakat di pesisir pantai akan terus dibela -Saddi

TG ARU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, pengorbanan dan kesusahan dialami rakyat di kawasan ini akan mendapat pembelaan sewajarnya selagi mereka terus sedia berkongsi kekuatan untuk berada di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Samada perlaksanaan diambil itu cepat atau lambat, kerajaan yang adil sebagaimana yang telah dibuktikan BN tetap akan menunaikannya demi untuk kebaikan rakyat.

“Saya mengambil contoh kepada beberapa kekurangan dan kelemahan di negara ini termasuk di dalam Dun Sukau yang berjaya diatasi. Sebagai contoh kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan kemudahan jalan raya yang sebahagian besarnya sudah diselesaikan.

Maka kata Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) itu,  tidak hairanlah kepada beberapa rancangan pembangunan yang sudah dipersetujui kerajaan seperti Projek Pekan Baharu Sukau, diikuti program pembangunan infrastruktur sdan ekonomi rakyat yang mengikut keperluan, tetap menjadi kenyataan selagi rakyat bersatu di belakang BN.

Tanjung Aru dicadang tapak Pesta Perikanan sempena Hari Malaysia

TG ARU: Masyarakat pesisiran pantai Dun Sukau wajar menzahirkan rasa bangga mereka apabila Kampung Tanjung Aru di sini dicadangkan sebagai tapak Pesta Perikanan sempena Hari Malaysia peringkat Daerah Kinabatangan bermula tahun depan.

Cadangan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman yang antara lain bertujuan untuk mempromosikan kawasan perkampungan nelayan tersebut sebagai pusat pembangunan nelayan antara yang produktif di Pantai Timur Sabah. 

Malah kata Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Negeri Sabah,  pesta tahunan yang dicadangkan setiap 16 September itu boleh dijadikan landasan penting mengetengahkan segala hasil produk perikanan dan nelayan, aktiviti sukan laut dan pelbagai lain.

“Antara lain juga kita ingin mempromosikan kawasan Tanjung Aru sebagai sebahagian daripada 16 buah kampung dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau yang boleh dibangunkan menjadi kawasan Penempatan Nelayan Moden, sekaligus diberi pendedahan mengetengahkan pelbagai produk dan aset perikanan mereka pada masa depan.