Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Masyarakat di pesisir pantai akan terus dibela -Saddi

TG ARU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, pengorbanan dan kesusahan dialami rakyat di kawasan ini akan mendapat pembelaan sewajarnya selagi mereka terus sedia berkongsi kekuatan untuk berada di belakang kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Samada perlaksanaan diambil itu cepat atau lambat, kerajaan yang adil sebagaimana yang telah dibuktikan BN tetap akan menunaikannya demi untuk kebaikan rakyat.

“Saya mengambil contoh kepada beberapa kekurangan dan kelemahan di negara ini termasuk di dalam Dun Sukau yang berjaya diatasi. Sebagai contoh kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air dan kemudahan jalan raya yang sebahagian besarnya sudah diselesaikan.

Maka kata Pengerusi Koperasi Pembangunan Desa (KPD) itu,  tidak hairanlah kepada beberapa rancangan pembangunan yang sudah dipersetujui kerajaan seperti Projek Pekan Baharu Sukau, diikuti program pembangunan infrastruktur sdan ekonomi rakyat yang mengikut keperluan, tetap menjadi kenyataan selagi rakyat bersatu di belakang BN.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas pada Majlis Penyembelihan Dua Ekor lembu sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di kawasan lapang Dewan Serbaguna Tanjung Aru di sini Isnin lepas.

Rakyat di kawasan ini tegas Saddi, wajar mengambil iktibar daripada nilai pengorbanan tinggi ditunjukkan dalam peristiwa korban melibatkan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS bahawa sikap takwa dan kesabaran mereka menerima ujian Allah SWT telah diakhiri dengan nikmat dan hikmah yang amat besar sehingga memberi pengajaran kepada kehidupan manusia hingga akhir zaman.

“Dalam konteks politik dan masa depan sebuah negara bangsa, kita juga dituntut untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang adil dan mematuhi prinsip islamisasi dalam pentadbiran dan perkhidmatanya serta yang lebih penting pembelaan kepada semua rakyat yang memerlukan,” katanya.

Saddi berkata, walaupun semua 16 buah kampung yang terletak dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau masih jauh ketinggalan daripada kedudukan pembangunan sosioekonomi lain-lain kampung dalam kawasan itu, namun perhatian kepada keperluan semasa rakyatnya terus mendapat perhatian dari masa kes semasa.

Namun rakyat di kawasan ini, katanya, tidak harus berhenti berusaha memperbaiki kehidupan mereka walaupun semakin meraih banyak kebaikan.

Sebaliknya mereka sentiasa berganding rapat sesama rakyat dan kerajaan agar mempastikan segala sasaran pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut akan tercapai.

“Kita sudah berupa membawa masuk beberapa jenis pembangunan di sini antaranya projek penyaluran bekalan ait melalui dasar laut ke Pulau Tanjung Aru daripada Bandar Sandakan hanya dalam tempoh lebih dua tahun sebelum ini.

“Maka tidak ada yang mustahil jika projek yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat telah dapat dibuktikan, selagi rakyat terus bersabar dan beristiqamah untuk bersatu dan berkerjasama demi mempertahankan sebuah kerajaan yang adil seperti hari ini,” kata Saddi.

Dalam pada itu, Saddi mengumumkan peruntukan keperluan sukan bolasepak kepada empat pasukan yang bertanding di peringkat Serparuh Akhir Sembilan Sebelah di sini.

Beliau juga mengumumkan peruntukan khas menaiktaraf Padang Bolasepak Kampung Tanjung Aru di bawah Bajet Negeri 2015 demi untuk kebaikan semua golongan belia dan beliawanis di kawasan terlibat.