Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pekan Baharu Sukau bukan janji kosong Kerajaan BN



SUKAU 22 Jan - Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, rakyat di kawasan ini tidak perlu melayani dakwaan yang cuba digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kononnya projek pembangunan dicadangkan di Tapak Pekan Baharu Sukau hanya sebagai ;janji kosong’ kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, dakwaan sedemikian  hanya bertujuan untuk memesokongkan pemikiran rakyat supaya menolak sokongan kepada kerajaan, selain cuba memburukkan perananya sebagai wakil rakyat yang telah berusaha merancang projek pembangunan tersebut sehingga mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Tidak perlulah melayani hujah-hujah pihak teretntu apalagi jika mereka ini dari kalangan pembangkang kerana Kerajaan BN sudahpun mula menunaikan tanggungjawab mengisi pembangunan di Tapak Pekan Baharu Sukau, Bandar Bio Diversiti ini secara berperingkat-peringkat.

“Pada saya secara peibadi, semakin mereka (pihak tertentu) memberikan komen-komen negatif terhadap masa depan pembangunan di sini, maka saya semakin berkerja keras untuk mempastikan kebaikan rakyat di kawasan ini yang masih jauh ketianggalan mendapat pembelaan,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan tapak Masjid Tun Juhar dan Tapak Tamu Pekan Baharu Sukau, yang kedua-duanya bernilai RM7 juta di sebahagian daripada kawasan 120 ekar tapak pekan baharu berkenaan.

Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) itu turut tidak menafikan dakwaan buruk pihak tertentu itu sebagai cuba memburuk-burukkan untuk tujuan tertentu.

“Namun pada saya ini biasa....Ia sebagai sebahagian daripada cabaran berpolitik. Tetapi lambat laun rakyat tetap akan memahami dan menikmati usaha-usaha pembangunan yang ikhlas kita lakukan..

“Sebagai contoh, langkah mula mengeluakan geran-geran tanah penduduk di sebahagian kawasan Dun Sukau yang belum dibuat sejak merdeka,” katanya sambil menambah usaha itu akan disambung di tanah penduduk Kampung Sukau masa terdekat..

Turut serta dalam lawatan itu ialah para pegawai mewakili Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sukau termasuk para pemimpin masyarakat di kawasan setempat.

Cadangan Projek Pekan Baharu Sukau yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta telah  mendapat pengiktirafan pihak kerajaan apabila tapak pembangunan tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musaa Haji Aman 27 Julai 2010.

Cadangan projek tersebut meliputi pembinaan pelbagai bangunan kemudahan asas seperti rumah-rumah kedai, pusat IKS, pusat pembangunan belia, selain bangunan yang menjadi pusat pentadbiran pejabat-pejabat kerajaan yang bakal distrukturkan setidak-tidaknya menjadi Pejabat Daerah Kecil Dun Sukau menjelang tahun 2020.

Ia  diikuti cadangan pembinaan Jambatan Kedua Sukau yang merentasi Sungai Kinabatangan daripada pekan itu menuju ke kampung-kampung di Mukim Litang dan daerah-daerah di Pantai Timur Sabah.

Difahamankan selain bangunan Masjid, sebuah Bangunan Balai Polis dan kemudahan lain diluluskan keajaan, cadangan membina jambatan kedua Dun Sukau itu sudah mendapat pertimbangan kerajaan pusat untuk dilaksanakan pada awal Ramcangan Malaysia Ke 11 (RMK11).

Datuk Saddi dalam pada itu berkata, projek pembinaan tapak tamu berkenaan adalah merupakan langkah awal keajaan bagi persediaan mengujudkan bangunan komersial di kawasan pekan itu.

“Sebaik saja kawasan perniagaan ini mendapat tumpuan banyak pihak termasuk masyarakat kampung memasarkan segala hasil keluaran pertanian dan sebagainya, sudah tentulah memberikan kekuatan kepada kerajaan menyegerakan projek pembangunan rumah kedai di kawasan ini,” kata Saddi.

Dalam pada itu, Saddi menyarankan pimpinan JKKK di kawasan itu supaya mengemukakan beberapa cadangan pembangunan di kawasan itu kepada pihaknya dan kerajaan termasuk langkah mengatasi masalah sistem perparitan di Kampung Sukau bagi mengelakkan banjir kilat di beberapa kawasan di situ

“Saya  juga mahu pihak JKKK mencari sebuah kawasan tapak bagi Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Sukau yang perlu disediakan kerana kedudukan tanah perkuburuan yang ada sudah tidak menampung,” katanya.

Saddi juga akan memohon kepada kerajaan bagi membina sebuah Dewan Serbaguna di kawasan Tapak Pekan Baharu Sukau bagi menggantikan seuah balairaya yang dibina di sebuah kawasan tapak tanah milik individu penduduk di sini.

“Kita memerlukan sebuah bangunan dewan serbaguna di kawasan Tapak Pekan Baharu ini yang bukan saja menampung kehadiran ribuan penduduk bagi acara-acara penting, tetapi sebuah bangunan yang menjadi lambang dan pusat kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau, “ kata Saddi.