Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Pertimbangan PM kebanggaan rakyat Sukau - Saddi





SANDAKAN 14 OGOS :   Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan,  pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan permohonan membina Jambatan Kedua Kinabatangan yang menghubungkan kawasan Pekan Baharu Sukau Bandar Biodiversiti di sini amat memberi kebanggaan besar kepada rakyat di dalam kawasan pilihanraya itu.

Beliau berkata, pembinaan jambatan tersebut yang dijangka mula dilakukan pada tahun depan sebagai tahun permulaan Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) itu bukan saja amat ditunggu-tunggu rakyat dalam Deerah Kinabatangan itu, tetapi juga pihak pelabur, para pelancong luar dan dalam negeri serta amat strategik sebagai laluan logistik keselamatan dalam kawasan Pantai Timur Sabah.

Kemudahan penghubung yang saya rancang sejak menyediakan tapak Pekan Baharu Sukau yang dilancarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada 24 Julai 2010 bukan saja amat ditunggu oleh semua rakyat di sini sebagai menyegerakan sistem perhubungan mereka.

Tetapi para pelabur yang sekian lama melihat potensi ini bagi meningkatkan pulangan dari sektor komoditi perladangan kelapa sawit, pelancongan, sekaligus memperkukuhkan kedudukan kawasan Pekan Baharu Sukau sebagai pusat pentadbiran baharu daerah Kinabatangan dan meningkatkan sosio-ekonomi rakyat dirancang pada tahun 2020,” kata Saddi.

Saddi berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka anjuran beliau dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sukau dan Korperasi Pembangunan Desa Sabah (KPD) di Dewan Sri Libaran, dalam kawasan Dun Sungai Sibuga di sini pada Jumaat.

Majlis rumah terbuka itu turut dihadiri oleh ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Isteri Datin Junaidah, ADUN Karamunting Charles O Pang,  Pengurus Besar KPD Sabah, Datuk Datu Basrun  Hj. Datu Mansor Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Tuan Haji Mohd Hamsan Awang Supain, Ketua Puteri Umno Kinabatangan,  Dg. Norhayati Titing, kakitangan kerajaan termasuk pegawai-pegawai kanan polis mewakili kawasan Sandakan dan Kinabatangan,  mantan pemimpin bahagian Umno Kinabatangan termasuk Encik Azman Mastar dan Matin Itin, para pemimpin cawangan Wanita Umno Bahagian Kinabatangan,  para pemimpin akar umbi dari kawasan Dun Sukau dan Kinabatangan, diikuti pemimpin-pemimpin Umno Bahagian  yang mewakili kawasan Zon Lima di sini.

Majis Rumah Terbuka itu turut diserikan oleh artis-artis tempatan termasuk Abu Bakar Ella, Sabhi Saddi penyanyi yang semakin meningkat Asfan Shah, dikuti kalangan residen artis  Sandakan FM di sini.

Saddi dan isteri, Datin Nordiah Jambri meraihkan semua tetamu bermula acara seawal pukul 2 hingga 6 petang dengan dibantu kakitangan UPPM Dun Sukau diketuai Amirudin Mohd Damit dan CDOnya, Dasran Haji Dahalan.

Datuk Saddi yang juga Pengerusi KDP Sabah berkata, kos pembinaan jambatan kedua tersebut dianggarkan bernilai lebih RM 60 juta dan telah mendapat kelulusan Perdana Menteri dalam satu pertemuan dengan beliau tahun 2014. Projek berkenaan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dijangka akan dilaksanakan tahun depan, bermulanya program pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11).

Sekiranya terlaksana projek perhubungan tersebut akan menghubungkan Pekan Baharu Sukau, Bandar Bio Diversiti dengan Ladang Morisum yang merentasi sungi Kinabatangan di situ, diikuti laluan yang lebih mudah dan pantas ke bandar-bandar penting di Pantai Timur Negeri Sabah bermula daripaa Lahad Dtu, Semporna hingga ke Tawau.

Saddi menambah,  kemudahan jambatan tersebut akan turut membantu melancarkan lagi operasi pengawasan keselamatan rakyat di sepanjang Pantai Timur Sabah lebih pantas di kawasan terbabit yang sebelum ini menjadi ancaman penceroboh asing.

Semua impak tinggi kepada  masa depan sektor ekonomi, keselamatan dan penstrukturan pentadbiran daerah ini membuktikan bahawa matlamat mengujudkan kawasan pertumbuhan pembangunan baharu di kawasan Kampung Sukau bukan satu kesilapan atau mengujudkan kawasan ‘pekan mati’ sebagaimana yang pernah diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab  di kawasan itu tidak lama dulu..

Sebaliknya Perdana Menteri sendiri mengakui kepentingan perancangan ini bukan saja memberikan kebaikan kepada rakyat. Tetapi juga segala sektor berimpak tinggi demi kebaikan negara dan rakyat,” katanya.

Katanya, kehadiran ramai kakitangan kerajaan ke majlis rumah terbuka anjuran pihaknya itu memberikan kebaikan besar kepada usaha memajukan kawasan persisiran Pantai Dun Sukau yang didiami oleh masyarakat nelayan, mendapat pembelaan.

“Usaha mensimbangkan pembangunan dan pembelaan ke atas rakyat ini juga memerlukan pembabitan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan di bahagian Sandakan.

“Saya berbangga kerana kempen memajukan kawasan Persisiran Pantai ini yang diperhebatkan sejak saya dipilih sebagai wakil rakyat telah mendapat sambutan dan sokongan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), diikuti para pegawai kerajaan
Negeri dan persekutuan yang begitu memberansangkan dan memberikan kesan yang berguna kepada kawasan berkenaan,” kata Saddi.

Sehubungan itu, beliau menggesa para pemimpin akar umbi khususnya Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung memberikan komitmen yang baik dalam usaha mempertingkatkan pembelaan rakyat di kawasan ini, sebagaimana yang turut dilakukan di kawasan pentadbiran Daerah Kinabatangan.

Kata Saddi sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat, apalagi kalangan ahli-ahli dan pemimpin cawangan Umno ke atas beliau akan terus memberikan anjakan membangunkan kawasan Dun Sukau sebagaimana diharapkan oleh pihak kerajaan dan rakyat.


Selagi tuan-tuan, pihak parti dan kerajaan memberikan amanah kepada saya, saya akan melakukan yang terbaik, walaupun menyadari memang tidak ada jalan pintas dalam memberikan kebaikan kepada rakyat kawasan ini,  yang terbukti  masih dahagakan pembelaan dan pembangunan,” katanya.