Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Rakyat perlu yakini PM berhubung isu 1MDB

Saddi bersama Sarimin, isteri dan Pemimpin UPPM, Amirudin Mohd Damit dan Dasran menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Kampung Tanjung Aru Ulu

Saddi bergambar dengan Ketua Kampung Tanjung Aru Ulu, KK Adnan Sarkawi.

SUKAU 26 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan rakyat tidak perlu terikut-ikut meragui dan keliru dengan segala tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selagi segala tuduhan mengenainya itu belum membawa apa-apa bukti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata,  rakyat sebaliknya wajib memberikan tumpuan terhadap usaha memberikan kemajuan sosio-ekonomi mereka sebagaimana yang diharapkan pihak kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Rakyat perlu fokus kepada soal pokok iaitu bagaimana meningkatkan pendapatan hasil sumber ekonomi mereka atau melakukan yang lebih baik... tetapi bukan yang berkaitan isu yang dilihat sebagai polimik politik.

“ Berkaitan tuduhan penylewengan di dalam 1malaysia Developmen Berhad (IMDB) yang turut mengaitkan Perdana Menteri, ianya hanya satu tuduhan politik yang terlalu awal untuk dipersoalkan, apalagi kini isu tersebut turut melibatkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), “ katanya.

Saddi berkata demikian ketika memberi ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanjung Aru Ulu, Sarimin Sinin @ Sarimun di  kediaman pemimpin akar umbi itu kelmarin.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, kepercayaan yang padu perlu terus diberikan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selagi tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak membutkikan apa-apa salahlaku.

“ Sebaliknya lebih banyak bukti yang yang nyata bahawa Datuk Seri Mohd Najib telah mampu menahkoda kepimpinan negara dengan pelbagai pendekatan dan peranan dilakukan beliau sejak menjawat jawatan itu,” katanya.

Dengan pelbagai peranan yang dicorakkanya itu telah memberikan banyak kebaikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Tranformasi Ekonomi, Tranformasi Pentadbiran dan Tranformasi Politik di dalam Umno, Saddi berkata, rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan sebarang tuduhan yang tidak berasas.

“ Kita perlu terus yakin bahawa kerajaan dalam negara ini yang diterajui UMNO dan BN masih lagi kuat... cuma ada pihak yang sengaja mencari kesempatan untuk kepentingan politik,” katanya.

Dengan meminta rakyat perlu bijak melakukan pernilaian terhadap tindak tanduk politik dalam negara ini, Saddi berkata, rakyat dalam kawasan Dun Sukau adalah rakyat yang terbukti matang dan bijaksana kerana terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN sekian lama.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pemimpin akar umbi perlu terus melakukan perancangan bagi memberikan kemajuan pembangunan kepada kawasan masing- masing.

Katanya, selain menyokong padu kepada usaha-usaha pembangunan yang dirancangnya seperti program pembangunan Pekan Baharu Sukau, Bandar Biodiversiti yang telah diluluskan tapaknya oleh kerajaan negeri di kampung Sukau, mereka berhak memikirkan sesuatu yang baru untuk pembangunan kawasan masing-masing.

“ Harapan kita akan wujudnya rangkaian pembangunan kampung di kawasan Dun Sukau dengan Pekan Baharu Sukau sebagai pusat pentabiran yang penting, diikuti menjadi hub pembangunan dan sosio-ekomi rakyat dalam kawasan ini menjelang tahun 2020,” katanya.


Turut serta bersama beliau ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), Dasran Haji Dahalan, Ketua Anak Negeri Dun Sukau, Awang Ahmad Haji Ongkang, Para Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat dalam kawasan itu..