Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Tuntutan 40 peratus wajar!!



SUKAU 25 JULAI: Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan adalah amat wajar dihormati jika keputusan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji tuntutan pendapatan 40 peratus daripada hasil bersih yang dikutip kerajaan pusat dari hasil negeri ini mewajibkan dikembalikan  sebagaimana mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Sukau itu berkata,  keputusan itu bukan sahaja boleh meningkatkan lagi keyakinan rakyat dari pelbagai latar belakang politik dan berbilang kaum di negeri ini kepada pihak pusat, tetapi membuktikan ketulusan pentadbiran kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“ Keputusan Perdana Menteri menerima pandangan berhubung perkara ini seterusnya mengarahkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas merupakan satu berita baik kepada rakyat Sabah yang sekian lama tidak disentuh.

“ Maka sudah tentu, sebagai salah seorang mewakili pimpinan rakyat di luar bandar di negeri ini saya mengalu-alukan penubuhan jawatankuasa ini yang dipengerusikan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman,” katanya.

Saddi berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri salah sorang kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sukau, Mahmud Tasan di Dewan Pandu Puteri Sri Taman di Sandakan.

Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah berkata, keputusan positif daripada kaji selidik yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas itu bukan saja memberikan kebaikan kepada kewangan Sabah, tetapi kepada pembangunan masyarakat luar bandar termasuk di DUN Sukau yang masih jauh ketinggalan.

“ Saya melihat tuntutan ini bukan saja daripada kebaikan jangka panjang, tetapi usaha Sabah keseluruhannya untuk setanding dengan negeri-negeri maju di negara ini menjelang tahun 2020 akan lebih bermakna,” kata Sabah.

Sambil memberikan pujian kepada peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Anifah Aman sebagai pemimpin yang bersuara lantang yang telah memberi banyak kebaikan kepada rakyat Sabah, yang antara lain keputusan pusat menambah jumlah anggota kabinet persekutuan dari negeri ini,  Saddi berkata, keputusan Perdana Menteri melayani tuntutan ini tentunya dibantu oleh komitmen dan ketegasan beliau (Anifah).

“ Berasaskan fakta serta ketegasan para pemimpin BN seperti Anifah telah menjadikan syor serta tuntutan yang dibuat mewajarkan Perdana Menteri melayani cadangan ini,” kata Saddi yang berharap jawatankuasa khas itu mampu berkerja keras bagi membuktikan kesahihan tuntutan 40 peratus daripada hasil negeri ini yang telah dikutip pusat dalam tempoh lama, termasuk melibatkan hasil royalti minyak,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis rumah terbuka itu Saddi menasihatkan para pemimpin di bawah unit itu supaya menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai medan untuk mengukuhkan hubungan silatulrahim di antara mereka dan rakyat di kawasan Dun Sukau.

Katanya, hubungan itu bukan saja mampu meningkatkan kerjasama di kalangan pemimpin akar umbi dan rakyat memajukan kawasan Dun Sukau, malah membina sebuah masyarakat yang lebih prograsif serta mampu melakukan perubahan sebagaimana diharapkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Saya turut mengalu-alukan para pemimpin UPPM ini, malah di peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung kita masih ada masa untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri dan menjemput saya.... sekiranya mengizinkan saya tetap hadir, “ kata Saddi.


Majlis rumah terbuka itu turut menampilkan artis yang mula dikenali ramai, Alif Aziz dan dua pendatang baru bidang seni suara, Bella Astillah dan DD Astillah.