Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Bakat muda digilap melalui Piala Datuk Saddi







KG BILIT 29 Julai 2017 :  

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman mengharapkan agar ramai pemain-pemain bolasepak yang berbakat dapat ditonjolkan dalam kejohanan Bolasepak Piala Datuk Saddi anjuran Badan JKKK Kampung Bilit.

“ Walaupun tidak sekarang, tetapi saya mengharapkan agar sejumlah pemain yang berpotensi boleh dilahirkan bagi mewakili kawasan Sukau dan Kinabatangan.

“ Kalau usaha itu boleh dilakukan, kita akan berusaha meningkatkan taraf penganjuran kejohanan ini agar ianya boleh diterima menjadi sebuah kejohanan bolasepak yang penting,” kata Wakil Rakyat Dun Sukau itu.

Saddi berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bolasepak Sembilan Sebelah Piala Datuk Saddi di Padang SK Kampung Bilit pada Sabtu. Saddi berkata, kejohanan bolasepak atas namanya itu telahpun diperbaiki berbanding kejohanan pertamanya tahun lalu atas permohonan dikemukakan pihak penganjur terlibat.

Tahun ini, tegas Saddi,    anjuran itu bukan saja diperbaiki dari segi pengurusan dan hadiah-hadiah serta piala pusingan dan hadiah  wang tunai. Tetapi juga jumlah penyertaan kini bertambah melebihi 30 pasukan dari seluruh kawasan Dun Sukau.

“ Hari ini saya juga melihat ramai pemain ini berusia bawah 20 tahun. Sudah tentu Ini suatu perkembangan yang sihat dalam melahirkan pemain bolasepak yang berkualiti.

“ Tetapi saya memberi jaminan, jika usaha penganjuran ini terus ditingkatkan terutama penyertaannya, saya tetap tidak teragak-agak memberikan sokongan yang lebih,  demi  kebaikan sukan bolasepak di kawasan ini,” katanya.

Menurut Saddi,  telah ramai pemain bolasepak sudah dilahirkan kawasan Sukau ke tahap negeri dan kebangsaan sehingga kini . Antara Taip Amirbak dan Tahir Mastar yang beraasal dari Kg. Abai yang pernah bermain untuk pasukan Kebangsaan di zaman 70an.

Selain itu,  pemain seperti Azman Mastar dan Awang Hamid telah bermain untuk pasukan Sabah pada pertengahan tahun 80a.

Pemain seperti Ibrahim Mastar telah turut berjaya memimpin pasukan bolasepak bawah 15 tahun negara untuk menjuarai buat pertama kali,  Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Asean di Indonesia lapan tahun lalu.


“ Semua rekod pencapaian itu harus dikenang oleh pemain-pemain bolasepak remaja di daerah ini dalam memberi peransang dan semangat kepada mereka untuk terus maju,” kata Saddi.


Dalam ucapannya yang panjang lebar itu, Saddi turut mengingatkan para pemain yang bertanding supaya memberikan keutamaan kepada soal disiplin masing-masing, demi kebaikan mutu bolasepak pemain yang bertanding serta nama baik kejohanan itu.