Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Projek gantian Jambatan Ke-2 Sukau akan diteruskan


SUKAU 10 Ogos 2017 :
Pagi tadi menghadiri Mesyuarat Hala Tuju Projek Gantian keatas penangguhan Projek Jambatan Ke-2 Sukau, Kinabatangan seperti yang dipersetujui pihak kerajaan khususnya YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah iaitu :-
1. Projek membina jalan 5 km Pekan Sukau dengan kos RM25 juta. 
2. Projek naik tarap jalan 5.6 km Rancangan Suan Lamba Peringkat 2 dengan kos RM17 juta.
3. Mengekalkan projek asal jalan Sukau 2.6 km. Hasil mesyuarat ini UPEN & JKR telah diminta mengemukakan syor ini kepada KKLW & MOF untuk kelulusan.
Saya amat terkilan walaupun mesyuarat sepatutnya dihadiri oleh ketua-ketua jabatan & Setiausaha Tetap Kementerian hampir semua ketua jabatan hanya menghantar wakil. Agak malang sekali, kementerian yang penting dalam isu ini seperti Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar langsung tidak menghantar wakil. Ini membuktikan kementerian ini langsung mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan kesejahteraan dan kemajuan rakyat di Sukau.
Dalam ruang ini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB DSP Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah yang telah bersetuju dan menyokong gantian projek-projek yang telah saya cadangkan kepada YAB DSP saya tahu YAB DSP juga turut bersimpati terhadap penangguhan projek ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih khususnya Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah (UPEN) dan Pegawai Daerah Kinabatangan yang mengandalikan mesyuarat hari ini serta KKLW yang masih mengekalkan peruntukan jambatan Ke-2 yang ditangguhkan. seterusnya kami mengadakan lawatan kelapangan untuk penilaian dan justifikasi terhadap betapa penting jalan serta jambatan ini kepada rakyat.
Saya berharap projek ini dapat dapat dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional secepat mungkin sebelum PRU14 ini.