Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Aspirasi RELA Kinabatangan amat dihargai





SUKAU 26 Ogos 2017 :  

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, sokongan padu yang terus sedia diberikan oleh badan-badan kepimpinan awam seperti Pertubuhan Sukarelawan Rakyat atau Rela kepada kepimpinan kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus mampu menghadapi cabaran dalam Pilihanraya Umum Ke 14  (PRU 14 ) ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, semangat patriotik yang begitu tinggi ditunjukkan pertubuhan itu dalam Daerah Kinabatangan menjayakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 60 tahun itu, memberi petunjuk yang jelas bahawa seluruh anggotanya mahu agar kerajaan BN yang ada sekarang terus dipertahankan.

“ Ini termasuk kepada lebih 7,500 ahli yang terapat dalam kawasan Dun Sukau ini, telah mengharapkan agar kerajaan BN terus berkuasa selepas menghadapi PRU ke 14 ini.

“ Ia terbukti aspirasi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli Rela Kinabatangan yang sedia mengadakan pelbagai aktiviti di kawasan ini termasuk penyertaan sejumlah ahlinya melakukan larian sejauh 60km daripada Muzium Batu Tulog Kinabatangan menuju ke Dataran Tamu Sukau pada Sabtu,” katanya.


Saddi yang juga Pengerusi Korperasi Pembangunan Desa (KPD) Sukau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Malam Merdeka sempena Larian Merdeka anjuran Rela Kinabatangan di Dataran Tamu Sukau di sini pada Malam Sabtu.

Datuk Saddi menegaskan, komitmen yang ditunjukkan badan itu perlu dicontohi oleh seluruh golongan rakyat kerana terbukti ahli-ahlinya lebih dapat memahami sumbangan dan perjuangan yang telah  dicurahkan kerajaan kepada rakyat selama ini.

“ Apabila rakyat pada keseluruhannya pernah dan masih merasai nikmat dan sumbangan yang dapat diberikan oleh kerajaan kepada kita, sudah tentu tidak salah untuk kita menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada segala kebaikan kerajaan, “ katanya.

Apa lagi yang kurang dari pemberian kerajaan dan tidak pernah dirasakan rakyat negara ini, “ kata wakil rakyat itu.
  
Daripada membantu menjayakan soal pendidikan, kemajuan agama, pembangunan prasarana, kebajikan rakyat dan pelbagai lagi, kata Saddi, segalanya sudah disalurkan kerajaan BN termasuk di kalangan rakyat luar bandar di Sukau.

“ Kita sedar memang masih ada kekurangan dan kelemahan dihadapi rakyat dan kerajaan. Tetapi itu bukan bermakna kita harus memberikan sebuah hukuman kepada kerajaan ini yang benar-benar bertanggungjawab,” kata Saddi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Rela Sabah Mohammad Fauzi Jumat, Pegawai Rela Daerah Kinabatangan, Ismail Talib, PPM Sukau, Amirudin Mohd Taib, Ketua Anak Negeri Kinabatangan, Awang Ahmad Ongkang, Abdul Said Abdul Karim.

Sehubungan itu, Saddi berkata, pihaknya akan terus memberikan sokongan padu kepada komitmen pejabat Rela daerah itu dengan memberikan 100 peratus perhatiannya pada program-program akan datang.

Mengenai larian 60 km yang dilakukan oleh sepasukan Rela selama 4 jam 20minit daripada Muzium Batu Tulog ke Dataran Tamu Sukau, Saddi menggucapkan tahniah di atas kejayaan yang julung-julung kali diadakan di kawasan tersebut.

Katanya, larian penting tersebut akan memberikannya ssemangat dan dorongan memajukan Sukau menjadi sebagai daerah yang maju dan berpoteni dalam pelbagai bidang ekonomi dan pembangunan rakyat.


“ Apabila berada di dalam kawasan Sukau ini pada waktu malam, barulah juga saya mendapati pemandangan sekitar kawasan ini begitu indah dan sesuai menjadi sebuah pusat pentadbiran dan pembangunan ekonomi rakyat yang akan memberikan pelbagai keuntungan dan pulangan pada rakyat kelak,” katanya dengan mensifatkan kejayaan program itu dapat meningkatkan lagi azamnya membangunkan kawasan itu.