Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

Sungai Madang, Sukau bakal berubah wajah - Saddi

Saddi melawat pelajar di sekolah SK Sungai Madang, sekolah rendah kedua terbaik pencapaiannya di Sandakan selepas St. Monica
Saddi merasmikan Jamabatan Konkrit Sungai Madang sambil disaksikan Hamsan dan penduduk Kampung

Saddi, Hamsan dan Maaruf meninjau peralatan Generator penduduk yang sudah using dan perlu diganti.

Saddi meninjau pameran kraftangan penduduk Sungai Madang
.

KG SUNGAI MADANG 16 Ogos 2017 : 

Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan, Kampung Sungai Madang letaknya dikawasan Persisiran Pantai Dun Sukau di sini mampu berubah wajah hanya dalam tempoh kurang lima tahun akan datang apabila pelan strategik pembangunan kampung itu dapat dilaksanakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau itu berkata, pelan strategik pembangunan merangkumi keperluan infrastruktur asas dan ekonomi  penduduk itu akan mampu dipenuhi dibawah peranan dan pembiayaan dibawah beberapa  kementerian dan agensi khususnya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Perhatian itu turut diberikan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB), Jabatan Perikanan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“ Ini bermakna dalam tempoh lima tahun akan datang kawasan ini yang masih daif dan mundur termasuk keujudan balairaya yang sudah using seperti sekarang, bangunan surau dan sekolah tadika untuk keperluan pendidikan awal kanak-kanak akan diwujudkan,” katanya.

Saddi berkata demikian ketika berucap dalam Perasmian Kampung Sejahtera dan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Kampung Sungai Madang anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Balairaya kampung berkenaan pada pagi Rabu.

Program itu turut dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sukau.

Saddi berkata, perancangan itu jika berjalan dengan berkesan akan turut seiring dengan pelbagai perancangan pembangunan dalam kawasan Dun Sukau di kawasan itu termasuk perancangan mengujudkan Hub Pembangunan Nelayan Cluster serta beberapa lagi program ekonomi di kawasan berkenaan.

“ Jika tidak ada aral melintang sudah tentulah Perancangan Pembangunan Kampung Sejahtera Sungai Madang ini akan bertembung dengan matlamat kita mahu mengujudkan pusat pentadbiran daerah Dun Sukau di kawasan Pekan Sukau yang sudah bermula sekarang yang bakal menempatkan pelbagai perancangan ekonomi jangka panjang demi kebaikan penduduk di kawasan ini,” katanya.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan pada program itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS),  Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain,

Hadir sama ialah Kapten Che Amin Bin Mohamed, Penolong Pengarah 2, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jamali Japri yang mewakili LPPB Sabah, Fadullulah Madmatar yang mewakili Ketua INFRA Sabah,  PBK11 Mohd Arshad Kadir mewakili Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, PPM Sukau, Encik Hamdan (Jabatan Tanah dan Ukur), Encik Amirudin Mohd Damit dan Ketua Anak Negeri Kinabatangan, KAN Awang Ahmad Hj. Ongkang.

Saddi berkata,  usaha membangunkan 16 buah kampung di dalam kawasan Persisiran Pantai Dun Sukau amat diperlukan ekoran semua kampung-kampung nelayan ini masih lagi tersisih daripada pembangunan sejak keujudannya.

Kata Saddi walaupun kesemua kampung nelayan itu terletak di bawah pentadbiran MPS,  namun soal tuntutan sosioekonomi dan pembangunan rakyat masih terlalu ketinggalan ekoran tumpuan pihak berkuasa tempatan itu lebih kepada kawasan-kawasan penting di bawah perkhidmatan serta perkadaran MPS.

“ Kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa terhadap isu ini. Tetapi adalah lebih pihak pimpinan sama-sama bertanggungjawab untuk mencari jalan menyelesaikan kesemua keperluan pembangunan rakyat.

“ Saya bersyukur kerana kewujudan perancangan pihak KKLW, INFRA dan KPLB Sabah ini merupakan satu peluang. Apalagi saya difahamkan Kampung Sungai Madang salah satu daripada enam kawasan di Sabah yang dipilih di bawah program pembangunan ini,” katanya.

Sementara itu, Haji Mohd Hamsan meminta seluruh masyarakat di Kampung Madang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan gagasan kerajaan di kawasan kampung itu demi kebaikan mereka.

“ Saya meminta agar golongan belia turut memberikan sokongan dan kerjasama diharapkan demi mempastikan segala perancangan yang diatur oleh semua jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dapat dipenuhi pada tempoh disasarkan,” katanya.