Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV




KINABATANGAN : Kementerian Pelancongan , Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah telah membeli tanah milik persendirian dan ladang-ladang sawit sebagai penghubung hutan simpan ke satu hutan simpan lain untuk tujuan pembiakkan hidupan liar secara berterusan terutamanya badak.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata usaha ini adalah untuk memastikan pembiakkan badak secara berterusan yang kini hanya terdapat tiga kurang 30 ekor di Sabah.

Beliau memberitahu dimana tanah-tanah yang dipulihkan ini sebagai penghubung hidupan liar ke satu hutan simpan ke hutan lain bagi tujuan pembiakkan secara berterusan hidupan liar seperti badak yang kian berkurangan dari tahun ke tahun.

` Pembiakkan badak ini terbantut akibat hutan yang semakin sempit dan tidak dapat dihubungkan ke satu kawasan hutan lain yang juga terdapat badak di kawasan itu’, jelasnya.

` Tanah-tanah yang dibeli itu akan dipulihkan dengan ditanam pokok-pokok ‘, katanya ketika merasmikan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Industri Pelancongan Kinabatangan (KiTA) di Dewan Serbaguna Kampung Bilit, petang Isnin.

Beliau menambah Tanah Simpan Ripirian yang terletak ditebing sungai ini juga pihaknya akan pulihkan untuk tujuan sama.

` 30 hingga 60 meter dari tebing sungai akan tanam dengan pokok sebagai langkah pemulihan ‘, katanya sambil menegaskan dimana tanah simpan yang telah dicerobohi oleh ladang-ladang sawit akan diambil dan dipulihkan.

Masidi menjelaskan tanah tebing sungai ini tidak boleh dicerobohi kerana ia adalah tanah simpan ripirian yang telah digezetkan untuk tujuan hidupan liar.

` Persatuan Penanam-Penanam Malaysia Timur (EMPA) telah memberi jaminan bagi membantu pemuliharaan tebing sungai berkenaan’, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh kualiti air Sungai Kinabatangan yang telah tercemar akibat aktiviti peladangan terutamanya penerokaan tanah-tanah simpan ripirian tebing sungai dan sisa-sisa pembuangan baja.

` Walaupun terdapat langkah pemuliharaan sungai kinabatangan tetapi kualiti airnya telah tercemar akibat dua faktor berkenaan’, katanya.

Beliau berkata pembuangan baja ke kawasan ladang yang berhampiran sungai Kinabatangan ini merupakan faktor utama pencemaran yang boleh menjejaskan hidupan sungai seperti udang galah dan sebagainya.

Masidi turut meminta semua pihak agar membantu usaha-usaha pemuliharaan hutan dan menjaga kualiti sungai Kinabatangan secara berterusan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Saddi Abdul Rahman, Presiden KiTA Alexander Yee, Pengerusi Persatuan Pelancongan Sandakan Datuk John Lim dan para pemimpin masyarakat di kawasan itu.

selesai