Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV





RAKYAT TEMPATAN JANGAN TERLALU MEMILIKI PEKERJAAN : SADDI

KINABATANGAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan salah satu faktor rakyat tempatan di luar bandar gagal merubah masa depan ekonomi mereka kerana sikap terlalu memilih pekerjaan.

Beliau berkata, sikap negatif yang menjadi tradisi di kalangan belia termasuk mereka yang berpendidikan baik itu turut mengagalkan perladangan visi dan misi kerajaan untuk membangunkan beberapa sektor berpotensi demi memajukan rakyat luar bandar.

“ Antaranya, bidang perladangan yang kepakaran mengenainya dikuasai sektor swasta di negara ini. Prespektif golongan muda yang menggangap bekerja di ladang sebagai ketinggalan zaman dan kotor, menjadikan peluang pekerjaan di sektor itu dikuasai buruh asing,” katanya.

Berucap merasmikan Program Pengajian Pekerja Tempatan di Sektor Perladangan, Program Penempatan Pekerjaan (3P) dan Taklimat Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia di Luar Negara di Balairaya Kampung Sukau di sini, Saddi berkata, pemahaman mendalam terhadap bidang kerjaya di sektor itu perlu diterokai, kerana bidang tersebut terus menjanjikan masa depan ekonomi yang cerah kepada rakyat tempatan.

Program itu adalah anjuran bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dengan Kerjasama Kretam Holding Berhad, salah sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia.

Turut hadir pada program itu dan menyampaikan ucapan ialah Pengarah Tenaga Kerja Sabah, Hajjah Siti Aishah Haji Mohd Asri, Pengurus Kanan Kretam Holding Berhad (KHB), Florian John Modoit.

Saddi berkata, usaha memberi kefahaman terhadap peluang-peluang kerjaya seperti perladangan, pelancongan dan pembuatan yang menjadi antara fokus utama kerajaan menjana ekonomi negara hari ini perlu dikongsi bersama Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan syarikat swasta seperti KHB.

“ Saya amat mengalu-alukan program road show jabatan ini bersama KHB. Kalau boleh bukan sekadar di dalam Kampung Sukau, tetapi melibatkan kawasan-kawasan lain dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau yang masih memiliki ramai belia yang tidak memiliki pekerjaan.

“ Tugas ini sememangnya dapat mengurangkan lagi peranan saya yang perlu menyelesaikan banyak lagi soal-soal berkaitan ekonomi di kawasan ini.

“ Saya sedar antara lain tanggungjawab kami wakil rakyat perlu menyelesaikan masalah pengganguran di kalangan rakyat. Tetapi apa yang ada pada hari ini bukan saja telah melibatkan penyertaan mereka yang pakar terhadap isu dan soal peluang pasaran pekerjaan,” kata Saddi./

Tetapi mendedahkan peluang pekerjaan khususnya perladangan dari perspektif yang berbeza, termasuk membuka terus peluang perkerjaan di sektor swasta yang perlu diisi dalam masa pantas.

Lebih 100 orang belia dari Kampung Sukau mengisi lebih 200 kekosongan yang diwujudkan oleh KHB dan mereka yang layak dan berminat akan diserapkan terus dalam kekosongan dalam sektor ladang milik badan swasta itu yang terdapat di beberapa kawasan di Sabah.

Tambah Saddi, sektor perladangan kelapa sawit sentiasa menyediakan peluang ekonomi yang cerah kepada belia, apalagi kerana bidang tersebut sentiasa berkembang pesat di peringkat pasaran antarabangsa, selain bidang-bidang berasaskan R&Dnya telah membawa komoditi itu menerokai pelbagai bidang hiliran yang mencakupi tuntutan dunia maju sebagaimana yang telah dicapai hari ini.

Maka itu, katanya, apabila anak tempatan termasuk dari Sukau bersedia menguasai komoditi kelapa sawit di peringkat buruh, sudah semestinya mereka juga memiliki peluang luas untuk menguasainya bidang pengeluaran berteknologi tinggi itu.

“ Aspirasi dan cita-cita seperti ini yang perlu menjadi matlamat murni golongan belia di luar bandar,” katanya yang berbangga kepada daya usaha kedua pihak menjayakan program itu di kawasannya.

Sementara itu, Hajah Siti Aisah berkata, program seperti itu akan diteruskan di kawasan Dun Sukau, dalam usaha menyedarkan belia terhadap peluang di bidang perladangan dan sumber ekonomi lain menerusi prsspektif berbeza.

“ Sebagai mewakili pihak kerajaan saya memuji dengan keikhlasan KHB dan rakyat di kawasan ini untuk menyertai program ini sebagai salah satu usaha melakukan perubahan, “ katanya yang memuji sikap kepimpinan di kawasan ini yang prihatin terhaadap rakyat.

Beberapa pamrean yang melibatkan cabang-cabang di bawah jabatan Tenaga Kerja Malaysia diadakan dalam program itu

TAMAT